nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, August 6, 2010

::MARI REFRESH OTAK::

Hai semua pembaca
dan pemblog walking...
selamat pagi lah untuk harini...
okeh, pagi ni ada satu benda best punya [bukan besssssssar punya]
yang aku nak share..hihihihi

bukan pe, kadang-kadang 
kita kena jugak refresh otak kita nih 
yang tak mampu nak think out of box
hihihihi..so kepada semua pejuang berani mati sekalian
[berani mati jawab soklan je]
okeh, soalan - soalannya adalah
yang bersifat subjektif saje ye
jadi sila simpan kertas OMR anda ye...




1. Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Jawapan : Jika jawapan anda di tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah. Jika anda memotong orang kedua, sudah tentu anda akan mengambil tempatnya.


2. Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat....?

Jawapan: Jika anda jawab yang kedua terakhir, jawapannya salah! Macam mana anda boleh jadi yang terakhir?hahahha



okeh, la ni kita buat soalan ilmu hisab lak,
tapi congak pakai otak ja tayah cari kalkulator...
tayah guna kertas ngan pensil buat math ni k?math simple je nih...


3. Ambil 1000 dan campur 40, sekarang campur lagi 1000, campur lagi 30. Campur lagi 1000. Campur lagi 20, campur lagi 1000. Campur lagi 10, berapakah jumlah semua?

Jawapan : Tentu anda semua jawab 5000 kan?ya.....................salah!hahahha jawapannya..........selepas ini..hihihi tak la,
jawapannya 4100.cuba kira ngan kalkulator kalau tak percaya..


4.Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis, 1. Nana, 2. Nene 3. Nini 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
Jawapan : Adakah jawapan anda Nunu. Salah! Namanya Mary...cuba baca soalan betui2...


5. Okeh, soalan bonus untuk semua, seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi tersebut. Seterusnya seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya..........?

Jawapan : Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dikehendaki dan dihajati... Mudah sahaja...

p/s : selamat menjawab ye semua...hihihi




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails