nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label hati ini. Show all posts
Showing posts with label hati ini. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

:: DI SAAT AKU MASIH DI SINI::

Assalamualaikum...


Waktu hujan-hujan macam ni memang aku suka sangat, sebabnya time ni la yang selalu mencurah-curah idea dalam kepala aku nak update entry. Mood separa lelap separa sedaq ni, memang entry aku pun emo-emo sket.kuikui. Tapi apa yang diupdate memang tak lari la dari kehidupan manusia ni. 





Sebagai manusia yang bergelar sahabat, yang masih mempunyai perasaan memang standard kalau kadang-kadang kita rasa terabai dengan keadaan sekeliling, dengan perangai manusia lain yang seolah-olah tak menghargai apa yang kita usahakan.



Kadang-kadang rasa syok lagi cakap ngan kucing berbanding cakap ngan orang yang tak paham kita. Selalunya depa saja yang nak kita paham depa, tapi tak penah terfikirkah akan perasaan untuk memahami kita jugak. Bagi aku, aku memang tak suka teguq orang, dan bukan cara aku untuk sound orang suka-suka hati aku. Aku lebih suka diam, sebab aku tak suka kecoh.



Bila aku diam, aku bukannya tak peka dengan keadaan, tapi aku belajaq untuk menerima. Menerima benda yang negatif dan aku lebih suka gelak untuk jadikan benda tu positif. Memang ramai orang kata "syok la jadi hang, tadak masalah apa pun". Sapa kata?



Cara yang paling berkesan, adalah pandai-pandai la nak switchkan benda negatif tu bagi jadi positif. Sebab tu semarah-marah aku pun sat saja, nak cool pun cepat. Aku takkan marah lama-lama. Cumanya, tolongla belajaq hargai orang. Aku pun tak mintak orang puji aku melangit, cukupla sekadar doakan yang baik-baik dlam hati. 



Ada kala, aku pun down jugak, aku dok diaaammmmmmmmmmmmmmmm tulih notes. Tu saja cara aku kalau aku tak puas hati. Aku memang tak reti baca novel-novel ni. Cumanya bila apa yang aku rasa, aku tak direct cakap ngan orang, aku akan tulis. Macam dalam blog ni, kan aku tengah menulis ni. Sapa yang rapat dengan kehidupan aku dia tau la macam mana karenah aku.



Cumanya bila seseorang tu still ada dalam kehidupan kalian, bagila space untuk dia sket. Jangan la sekadar, bila dah takdak, baru sedaq kehadiran dia.hewhew.Sapa yang rugi, sendiri la pikiaq. Aku tak larat dah.


Saja nak tayang baju raya.hahahhaa


p/s : Hujan-hujan ni memang cepat lapaq. Awat taktau...kihkih

Friday, May 18, 2012

::RAHSIA YANG KITA SIMPAN::

Assalamualaikum peeps.




Salam jumaat bagi semua saudara islamku, to all bloggers and readers, semoga ceria-ceria la dan diredhai Allah lah hendaknya. Semenjak kebelakangan ni, macam-macam status aku tengok kat facebook. Segalanya nak update dalam fesbuk. Nak maki pun dalam fesbuk, nak berjiwang pun dalam fesbuk, nak mengata, mengutuk semuanya dalam fesbuk. kadang-kadang benda yang tak sepatutnya diuploadkan, terlepas jugak. Semua orang mudah 'share' benda yang belum tentu kita tau kesahihannya.




Bila orang kata gila glamour, kita jadi marah. Padahal, memang itu pun yang sedang jadi. Aku sedikit sebanyak tak berapa suka dengan benda-benda yang macam ni. Semuanya nak bagitau orang, sikit pun tak simpan rahsia untuk diri sendiri. Paling aku nak muntah, ada kawan yang 24 jam dok update status putuih cinta, ayat-ayat frust tonggeng. Sebelum ni aku dah cakap, jangan buat macam tu, bukan hang sorang dalam dunia ni yang putuih cinta. Bila aku tak komen kat status dia, aku kena marah pulak. Kononnya aku tak concern dengan keadaan dia. haishhhhhh, please stop it, don't mess your mind and my mind too.





Semua orang ada rahsia. Kita semua ada rahsia, tapi kena paham situasi. Tak semua orang kita boleh cerita semua benda. nak cerita pun kena tengok orang sama. Jangan main ikut suka saja nak terjah pun. Susah kita nak cari orang yang boleh dengaq story kita. Jangan disebabkan bila kita tak puas hati dengan sesuatu benda, kita teruih nak heboh dengan satu dunia. Macam mintak simpati. Mintak penampaq pun ada jugak. Bukankah seeloknya kita sujud dan mengadu pada Allah? Bukankah itu jalan yang terbaik?




Bagi aku, memang aku mengaku teruih terang, aku memang tak suka cakap straight to the point. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, atau ada something secret yang aku nak bagitau, memang aku suka berkias. Aku hanya bagi klu-klu. Sebab memang style aku macam tu. Jadi, kalau orang tak paham, aku buat taktau saja. Sebab aku tak suka explain. kecuali kalau aku rasa aku salah, then aku akan explain. Aku bukannya seorang yang cepat berterus terang. Everything aku rahsiakan. 




Selalunya, bagi kawan-kawan yang mana kenai aku, depa akan paham melalui gerak geri aku. Cara aku akan bagi 1001 gambaran, tapi aku jarang berterus terang. Kalau aku tak puas hati pun selalunya aku akan buat ayat tergantung dan buat semua orang pening, kepala mesti penuh dengan "Question Mark".hihihihi. Yang sabaq saja kot yang dapat korek rahsia aku..hahaha. Sebab kalau aku simpan, memang aku simpan dalam-dalam. Buat apa nak bagitau, orang tak kisah pun pasai kita. Kannnnnnnnnn?




P/S : Bila aku tak puas hati, aku tulis atas kertas, then bakaq....Settle..tak update dalam fesbuk pun.hihihihihi

Thursday, August 18, 2011

::AKU MEMANG TAK DAPAT BACA HATI ORANG::

Hello bloggers...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, and good morning to all......





Setelah semalaman aku bermalam tanpa membuka facebook aku, tanpa mengupdate sepatah kata dalam blog aku ni. Aku rasa panjangggggggggggggggggg sangat malam aku. Ni semua gara-gara bil berukben aku sampai lambat, dan aku tak alert bila last payment aku buat. Alkisahnya, selagi aku tak settlekan tunggakan aku, memang takkan ada la line beruk aku ni,huhuhu.









Pagi ni dengan mood yang separa hambar dan mood sat ada sat takdak ni, aku usaha jugak mengupdate blog ni, sebab semalam aku dah sedikit kecewa tak dapat nak hadap blog aku. Pagi ni, awai-awai lagi nak balas dendam update blog..guna tenet kat opis...hihihihi....





Kadang-kadang aku nakkkkkkkkkk sangat baca apa yang ada dalam hati orang. HOW I WISH I CAN!. Aku nak tauuuuuuuuu sangat apa yang ada dalam hati kalian. Aku nak tau sangat apakah bila kalian menyebut  "i only have you" "I need you"...apakah betul-betul itu yang kalian maksudkan. Aku frust sangat, bila aku tengok tindakan yang kalian buat tu tak sama dengan apa yang kalian cakap.








Apakah yang kalian cuba sampaikan? selalunya nawaitu bermula dari hati, minda akan berfikir dan mulut akan menzahirkan keadaan. Aku agak terkilan dengan dunia sekeliling aku, bila depan aku cakap lain. Belakang aku cakap lain pulak. Dalam dunia aku, aku tengok hampir semua orang jadi macamtu. Kenapa???? Kadang-kadang aku pening sangat, harini cakap lain, esok cakap lain. Sapa yang aku patut percaya.





Sebab tu aku seboleh-boleh nak faham hati kalian yang mana masih ada dalam hidup aku ni. Tapi aku tak mampu, sebab aku taktau apa yang betui-betui kalian fikirkan. Aku tak pasti apa patut aku buat la ni. Dan susah jugak aku nak bagitau apa yang sebenaqnya ada dalam hati aku. Tak semua patut kita luahkan, yang tu memang prinsip aku. Tapi aku lebih suka dengaq luahan hati orang. Tak semua orang sempurna, aku pun macam tu jugak.






Paling aku rasa seksa, bila something yang aku nak cakap tu aku tak dapat nak sampaikan. Sangat menyeksakan, tuhan ja la yang tau. Tapi, aku tak suka sangat direct to the point. Cuma aku lebih suka orang direct to the point dengan aku. Jangan berkias. Aku blurrrrrrrrrrrr....





Aku sangat berharap suatu hari aku dapat memahami apa yang kalian cuba maksudkan. Tolonglahhhhh.... berterus terang saja dengan aku. Jangan lain di hati lain di mulut. Aku susah nak teka dan benda macam ni selalu menghantui di masa sepi aku



p/s : tell me the truth...

Thursday, July 21, 2011

::SETIAP HATI KITA ITU ADA PENGHUNINYA::

Hello bloggers....




Assalamualaikum...dan masih lagi nak update entri hari ni dengan mode yang kadang-kadang boleh jadi sentimental dan nasib bek lagi tak berapa nak mental ni..huhuhuhu. Bicara mengenai isi hati yang tak berpenghujung...






"Ya Allah, andainya dunia ini tidak berpihak padaku, Engkau letakkan lah ia di tanganku, jangan engkau masukkan dunia ni dalam hatiku" 



Dalam hidup kita ni, kita tak dapat lari dari buat kesilapan, sama ada kita sengaja ataupun tak. Kita tetap manusia. Kita ada satu hati tapi kita ada macam-macam perasaan. Kita ada rasa nak marah, sedih, suka, kecewa.....macam-macam ada. Tapi sejauh mana kita dapat membuat hati kita lebih kepada Allah, itu lagi penting. Semua manusia sama tarafnya, cuma orang beriman tarafnya lebih sket dari orang yang kufur.




Tapi dengan tu jugak, bukan lah bermakna kita boleh cop orang ni sombong atau orang tu yang sombong, sebaliknya cuba kita didik hati kita untuk kejaq keredhaan Allah. Kadang kala kita terlepas pandang hal ni, Allah tak pernah tinggalkan kita, tapi kita yang selalu mensasarkan hati kita dari keredhaan Allah.




Adakah dengan tu, kita dah rasa kita manusia yang paling hebat dalam dunia ni? Bila kita dibagi nikmat kesenangan, kita lalai dengan nikmat tu sehingga kadang kala kita mengabaikan perasaan yang ada pada manusia lain. Memang betui, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, tapi kita kena ingat, kalau kita nak orang jaga kita, kita kena jaga hati orang lebih dulu.




Apabila perkara yang di dunia ni yang kita gila-gilakan, dunia yang sementara ni, di mana pulak masa untuk kita kejaq akhirat kita? Apa dengan penuhkan kehendak dunia kita, kita akan comfirm bahagian di 'sana'? Apa dengan perkara yang sepatutnya menjadi jambatan untuk ke sana kita sia-siakan dengan menindas orang yang tak sepatutnya...




Sahabat........

Adanya kita di dunia ni bukan untuk bertelagah, aku sangat kecewa jika kamu saling berbantah dan berebutkan isi dunia. Walaupun kadang-kadang dunia ini berlaku tidak adil tapi Keadilan itu datang dari Allah. Pertelagahan itu lebih memudaratkan dan mendatangkan keburukan yang dasyat. 








Apa yang paling penting dalam hati kita? Yang paling penting siapa penghuninya, dan bagaimana kita menjaga penghuni itu sebaik mungkin dalam hati kita.... Allah yang paling berhak dalam hati kita. Bukankah Dia yang menciptakan kita.....walaupun ada yang cuba menyentuh hati kita, Allah takkan tinggalkan kita, seteruk mana kita, sehebat mana pun kita, sekeji mana pun, kita tetap hambaNYA. bukan hamba dunia yang tak ke mana-mana ni.




Sahabat...

Nikmat apa yang membahagiakan kita bila-bila masa saja boleh 'direntap'....Hanya tuhan yang tahu...






sekian, untuk makluman.

Saturday, July 9, 2011

::APABILA HATI MULA BERBICARA::

Hello bloggers...



Assalamualaikum and happy saturday.




Awai aku bangun dan tak boleh nak tidoq dah even tak keja harini. Mind was set up to rest start Thursday lagi...hihi. Jadi, bila cuti lama, it doesn't mean aku kena tidoq lama jugak.mau boleh tepu otak aku.hihi. So, its better update blog pepagi buta ni sebelum ada keja len yang menyapa aku..hihi







Dalam hidup kita ni, tak selalunya kita hadapi masa-masa indah, adakalanya pahit, jatuh bangun mesti ada dalam kehidupan. Hidup kita takkan rasa berharga kalau dari awal kelahiran kita hanya duduk di tangga teratas. Kita takkan mengenal kehidupan kalau kita sentiasa dijunjung kesenangan. Seboleh mungkin, kerisauan, kejatuhan.....itu yang akan mengajar kita lebih mengenali manusia. Lebih mengajar kita agar berbicara dimulakan dari hati bukannya dari bibir yang boleh membicarakan dusta menjadi benar.




Lebih manis bicara hati bila iman menjadi penghias diri. Aku...... sama macam orang lain jugak, yang ada rasa happy, rasa down, rasa macam-macam...normal as human being. Tapi aku lebih suka diammmmmmmmm dan menjaga hati orang dari tengok orang terluka. Biaq hati kita tercalar dari kita yang mencalarkan hati orang lain. Memang yang tu prinsip aku. Aku tak suka menyedihkan orang dan cari pasai dengan sapa-sapa... Dan aku paling tak suka bila adanya perbalahan untuk selesaikan keadaan. THATS NOT THE WAY I AM.





Aku lebih suka dengaq pendapat orang, then ada satu solution. Sebab aku paling percaya, apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. Walaupun kadang-kadang aku tak nampak apa yang aku ada, tapi aku ada hati yang perlu aku jaga. Pertengkaran tu hanya cara sia-sia untuk tunjukkan ego masing-masing.





Semua orang senang untuk marah. Tapi yang susahnya, cara kita melepaskan kemarahan tu pada masa yang tepat.....yang tu adalah satu benda yang susah. Bagi aku, aku diam ja kalau aku marah.hihi. Dah memang tu ja cara aku. Paling kuat pun aku update status kat pesbuk. Tapi aku bukannya orang yang boleh bangun dan maki depan orang...that is totally not me..... Kalau jadi macam tu, better pegang aku kuat-kuat...kena rasuk la kot.hihi






Satu prinsip yang aku pegang sampai bila-bila....Walaupun aku tak cantik rupa, ke laut ja pun muka aku, tapi sekurang-kurangnya, aku bersabaq dalam apa jua situasi. Orang mungkin akan hargai perangai kita walaupun kita bukanlah orang yang terbaik. Dan aku percaya jugak, tak ke mana pun kalau kita buat jahat dengan orang. What you give, you get back...kan? Jadi sentiasalah bersabar dan biarkan hati yang berbicara. Mulut mungkin boleh mencanangkan yang dusta tapi hati.....hati membenarkan perkara yang tulus.....


Tuesday, May 3, 2011

::APAKAH INI TANDANYA HATI ROSAK BILA CINTA ALLAH DIKETEPIKAN DAN CINTA MANUSIA DIDAHULUKAN??::

Salam 1 Malaysia.....and selamat pagi....





Pagi ni aku tergerak hati nak mengupdate hot entri yang sampai bila-bila pun tak akan pernah luput kat kepala kita semua. Sekadar renungan dan peringatan bagi mereka yang lalai. Biasalaaaa la ni kalau kita tengok bab-bab bercouple, memang kadang-kadang sampai berpinaq bijik mata ni. Sebab budak-budak la ni tak agak-agak.








Bukan main no.....zaman-zaman dok bercinta, semua syok. Dunia rasa macam ana yang punya. Kalau boleh dating, jalan-jalan pegang segala...kadang-kadang sampai tak kira sapa, kat shopping complex, depan masjid pun menjadi. Kadang-kadang orang tengah dok azan tapi belangkas ni macam takdak perasaan ja.





Masa bercinta, pi mana melekat-lekat ja. Rimas pulak aku ni. Bukanla nak kata aku ni jeles ka hapa. Tapi rasa macam geli plak nak tengok permandangan aku. Tu yang aku rasa semakkkkkkkkkk ja nak pi jalan-jalan. Memang serius sangat teruk.








Pakai tudung bukan main cun, comey sangat. Tapi berkepit tak hingat. Kalau kita tengok, yang spesies ni memang siap menjeling. Eleh, macam la aku kebuluq sangat pakwe hang tu. Aku taktau, adakah pompuan yang jenis pakai jeans ketat, baju pendek, shawl jarang tu  jadi stok bagi lelaki ja???? Aku nak tanya sat sapa-sapa yang rasa dia LELAKI...





Memang terngiang-ngiang jugak dalam kepala aku.....Ish,....ada jugak no orang ambik buat bini. Aku ingat saja ja suka-suka takat nak buat awek ja. Besa la kan, kalau takda awek, dikatakan kuno lak.  Pastu pakat-pakat la cari awek sorang dua.Buat bahan ka hapa pun taktau la...






Kalau masa bercintan-cintun, bukan main melepak lagi sampai tak hirau orang azan. Masuk waktu pun buat taktau ja, janji boleh tengok wayang berjam-jam. Kadang-kadang aku saja ja ronda masa hari jumaat. Hari jumaat kan rehat lama. Boleh je selamber dok berkepit kat shopping complex kan??? Macam takdak perasaan bersalah ja takpi sembahyang jumaat padahal bukan ada masalah apa pun. Boleh ja heret awek ketat pi jalan-jalan kan........








Tak ingat langsung kan di mana Allah ketika itu. Kalaulah waktu itu dijemput Izrail...huiiiiiiiiiii..........memang naya. Tapi takda sapa pernah ingat, mana ada mati tiba-tiba kan.......hemmmmmmm....sapa pun takkan jangka.....Ya lah kan, bila kat dalam syurga dunia, memang kita takkan sedarpun benda-benda buruk nak jadi kan. Semua benda yang short-term ja yang difikirkan.......











Tapi bila dah break, mesti rasa hilang 'syurga' tu kan.....Tanyalah sapa-sapa yang pernah frust. Mesti rasa tercari-cari balik jalan hidup. 











Sebelum ni, mungkin dia lah segalanya untuk kita. Kita hanya nampak benda yang baik ja tentang dia. Kita tak perasan pun drama atau propaganda di belakang kita. Tapi kebanyakan manusia memang takkan prepare benda yang buruk kan? Sebab tu kalau aku tengok berita, aku tak rasa terkejut pun tengok ada chikaro-chikaro yang sanggup panjat bangunan pastu buat jumping yang menyayat hati. Tapi dalam hati kecik aku ni kecewa sangat sebab depa tak pikiaq panjang.





Apa faedahnya buat semua tu. Takkan segala ilmu yang mak bapak kita curahkan sia-sia macam tu ja??? Tak pernak ka rasa perasaan orang tua kita? Senang-senang ja buat jumping macam tu? Jangat ingat nyawa kita ni tak bernilai tau.









Sesiapa pun pernah rasa kecewa dalam hidup masing-masing. Tapi tolonglaaaa kawal emosi. Jangan terlalu ingatkan hati. Ingat lah, mati bunuh diri tu tak bau syurga tau...Takkanlah syurga dunia ja nak dapat tapi syurga akhirat???????takkan nak abaikan. Mungkin kita akan jumpa orang yang kita sayang di akhirat....Siapa yang tau??? Mana iman yang dibajai selama ni......Untuk apa segala ilmu fardhu ain yang diajar?





Kalau benar nak bercinta...Bercintalah sebab Allah. Kalau benar nak sayang. Sayangilah kerana Allah. Setiap perbuatan kita kerana Allah tu sentiasa mendapat pahala. Masalah yang kecil jangan dibesarkan. Tak guna pun nak mengenang lelaki atau perempuan yang sakitkan hati kita. Takda faedah dan buang masa ja semua tu.










Carilah keampunan Allah. Masih belum terlambat untuk kita sementara hayat masih di jasad, selagi nadi masih berdenyut. Cinta Allah yang mesti diutamakan. Bila Cinta Allah lebih diutamakan......Jangan risau tentang cinta manusia. Cinta manusia tu akan datang dengan sendirinya. Renung-renungkan dan selamat beramal....








Sekian, untuk makluman.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails