nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, October 12, 2012

::ANDAI AKU TIADA::

Assalamualaikum.....


Jumpa lagi dalam ruangan yang membolehkan aku taipkan rasa hati aku. cewwwwaaaahhhhhhh.....Dan buat sesapa jua yang masih lagi sudi membaca, tima kasih banyak-banyak. Semoga ada jugak entri aku yang bermanfaat untuk kalian, InsyaAllah.





Alhamdulillah,

Kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hari-hari sementara yang masih ada. Esok, masih belum tentu buat kita.Begitu juga dengan hari-hari yang mendatang.



Dalam kehidupan kita, kadang-kadang kita lalai dalam bersyukur. Lalai dengan apa yang ada di sekeliling kita sehingga lupa untuk sebut Alhamdulillah. Adakala, kita terlupa ada kawan yang baik untuk kita, ada yang sering membantu kita dengan ikhlas. Tapi kita mengabaikan pertolongannya. Kufur nikmat.



Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk jadi ikhlas. Orang mungkin tak sedar kehadiran kita, tapi mungkin mereka sedar andai kita sudah tiada. Hilang sangat-sangat benda yang paling berharga. Memang lumrahnya macamtu. Jadi, jangan tersinggung. Teruskan menjadi diri sendiri dengan masa yang masih bersisa. Entah, esok atau lusa, mungkin ketiadaan kita akan mendatangkan kerinduan.



Dalam hidup ini, kita perlu berkorban. Tak ada yang dapat kebahagiaan tanpa pengorbanan. Walaupun kita sedih sebab tak dapat sesuatu, tapi percayalah dengan aturan ALLAH SWT.Dia adalah perancang terbaik untuk kita, sedangkan mata kita tak semestinya dapat melihat jauh terus ke hadapan.


Aku terbaca posting sorang sahabat yang menyedarkan aku, kalau dah rezeki takkan ke mana. Segalanya sudah tertulis. Sesungguhnya kalau sesuatu tu memang ditakdirkan untuk kita, jauh manapun ia, akan datang jua menjadi milik kita.

Jangan takut melepaskan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita.



Andai aku tiada, 
Teruskan hadiahkan doamu padaku
Teruskan ingatan kamu pada aku
Teruskan merindui masa kita bersama


Andai aku tiada,
Lupakanlah segala kesilapanku
Halalkan perbuatanku
Teruskan perjuangan sahabat sebagai pendakwah
Kuatkan hati kalian menempuh dunia

Mungkin suatu hari nanti, 
aku sudah tidak boleh menemani kalian,
tapi aku hadir dalam minda sahabat yang mengingatiku.

Semoga istiqamah;)


p/s : Aku redha andai tidak mendapat cinta dunia, jangan sampai aku lalai dari mencintai akhirat.


Friday, September 28, 2012

::KAWAN DUNIA AKHIRAT::

Assalamualaikum....



To all bloggers. Alhamdulillah, harini hujan lagi walaupun aku sakit kepala kesan kena hujan kelmarin pun tak hilang lagi. Rasa macam ada batu oiii dalam kepala. Kalau tak kena actifast, memang seksa jugak la menanggung. Nak makan pun tak buleh.






Adat berkawan. bagi aku, aku tak suka sangat cerita macam mana relation. Cuma, sapa yang pernah kawan dengan aku, dia tau macam mana cara aku berkawan. Kadang-kadang aku pelik la, bila takdak kawan, nak sangat cari kawan. Bila dah ada kawan yang sanggup susah senang, dah dok main tikam belakang pulak. Ada saja yang tak kena. Apa tujuan berkawan sebenaqnya?



Kawan bagi aku, susah dia susah aku jugak. Kalau dah terdesak,kawan susah nak mati, aku takkan biaq susah dia tu dengan hanya memerhati, at least aku bagi nasihat ja kalau aku tak boleh buat apa sangat pun. Memang aku tak nafikan, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk share story kita,tak kira la story hepi ka atau story yang kecewa bagai. Salah share pun tak boleh jugak.



Kadang-kadang bila hepi taktau nak share ngan sapa,aku share ngan kucing aku ja.kuikui. Salah share ngan kawan pun tak buleh jugak, satgi dia rasa dengki pulak. Walaupun kucing aku tu suka buat muka blur, tapi dia dengaq ja kot apa yang aku cakap.



Untung tau kalau kita jumpa kawan, yang betui-betui buleh rasa "kawan dunia akhirat". Kalau bernasib baik, akan jumpa sorang, tu pun takkan jumpa dah yang sama macam tu, walaupun cari sampai hujung dunia.






p/s : dalam seharian kehidupan aku, takdak istilah "u jump i see".aku cuma boleh bagi nasihat supaya jangan "jump" dan aku terpaksa "see".


Thursday, May 17, 2012

::KAMU BERTUAH SAHABATKU::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, malam ni tak hujan kat umah aku ni. Jadi lepas semayang maghrib ni, seperti sedia kala, idea nak mengupdate entry rasa mencurah-curah mai dalam kepala aku ni. Macam terjun dari langit saja.hihihihi. Bukan senang dia nak mai ni. Kadang-kadang seminggu lebih aku tak update entry dalam blog aku ni.



Dari bicara hati............... 



Alangkah bertuahnya kamu sahabatku, 

Andai kamu menemui sahabat yang benar-benar tulus hatinya. Dari riak wajahnya, tidak sekalipun dia cuba meminta belas ihsan kamu, dari tutur katanya tidak sekalipun dia meninggikan suara, mengguris hati kecilmu, dari segi perbuatannya, tidak sekalipun dia menunjukkan sifat bongkaknya terhadap kamu.



Dia sentiasa tersenyum bila ternampak kelibat kamu. Walaupun hatinya dibalut resah dunia, dia sebolehnya tidak akan menyusahkan kamu. Namun dia yang sering membantu kamu, susah dan senang kamu. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu dihimpit kesusahan. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu tersasar haluan. Dia tidak membiarkan kamu keseorangan di saat kamu kesedihan.




Sahabatku, mengertilah kamu bahawa...

Teman ketawa mudah dicari. Kamu bertuah andainya dalam masa hidup yang kamu ada sekarang, ada seorang sahabat yang sentiasa disamping kamu. Biarpun kadang-kadang kamu membelakanginya, kamu mengejinya, kamu mengabaikannya, tapi dia masih setia memberi kamu semangat di kala kamu rasakan hidup ini perit. Dia yang kuatkan hati kamu di saat kamu rebah di pertengahan jalan. Dia sabar menemani kamu di kala kamu marah. 




Dia yang bernama sahabat tidak pernah luput ingatannya pada kamu dalam setiap doanya. Hanya Allah yang tahu hatinya. Dan jika kamu tidak buta hati, kamu akan menyedari kehadirannya. Hadirnya bagai memberi harapan pada kamu. Datangnya membawa ketenangan pada diri kamu. Dia di umpamakan seperti sebutir bintang. Hilangnya membuat kamu sepi tanpa kata, bagai ayat yang tiada noktahnya. 



P/S : Susah nak jumpa seorang sahabat tapi 'serbuk karbaid' memang belambak...peace.




Wednesday, March 21, 2012

::BERKAWAN SAMPAI KE SYURGA::

Assalamualaikum readers.



Semalam masa aku termenung kat kerusi hospital sempat aku baca buku yang macam kat bawah ni. Sementara nak tunggu turn buat follow up, aku just view contents dalam buku tu.Memang agak menarik bila sentuh bab sahabat ni. Actually buku-buku yang berkonsepkan macam ni memang makanan jiwa aku, sebab aku memang tak suka baca novel.Tengok kulit novel pun rasa nak lena. hahahaaha. Aku prefer motivation camtu, best wooo..






Jadi, bila aku baca bab sahabat ni, memang agak susah untuk kita cari sahabat yang boleh bimbing kita all the time. As human being, memang macam tu la kan, kawan yang nak sama-sama susah, sanggup terjun selamatkan kita memang payah sangat nak jumpa. Untung kalau masa kita susah pun, kawan still menyebelahi kita dan sanggup bimbing kita jadi orang yang baik-baik.




Kadang-kadang bila kita leka, atau kita down mesti rasa nak motivate diri sendiri jugak, Tapi kita selalu gagal. Mesti ada kawan yang membantu. Kawan yang boleh bantu kita sampai ke syurga. Mana la nak cari. Kalau bagi parents yang nak didik anak-anak, kena cari jawapan dengan sapa anak-anak berkawan. Jangan sampai anak-anak terpilih orang yang salah.




Memang betui, bila kawan kita ada masalah, mungkin kita boleh tolong. Tapi macam mana pulak kalau ada yang sanggup tikam belakang? Depan kita, semuanya kita lah yang terhebat, tapi dicanang pulak kita yang paling buruk bila dia dengan orang lain. Perlukah kita ada kawan yang jenis macam ni?




Berhati-hatilah bila berkawan. Jangan sebabkan kawan, kita abaikan segala keperluan terhadap keluarga. Perhatikanlah kawan-kawan kita dan tengoklah siapa mereka. Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, mesti kita juga akan terkena tempias baunya.



p/s : Kawan yang baik akan selalu memandu kita ke arah kebaikan.Wallahualam.

Friday, July 29, 2011

::SIAPAKAH YANG PALING LAYAK DIGELAR SAHABAT?::

Hello bloggers..


Assalamualaikum buat kalian yang masih-masih lagi sudi baca blog aku yang tak seberapa ni [dengan nada agak sentimental] hihi.....





Malam ni saja ja aku nak update entri baru sebabnya siang tadi dengan keazaman yang tinggi dan semangat yang berkobar-kobar nak menghupdate, tiba-tiba aku baru sedaq...laaaaaaaaaaaaaa tak bawak charger lappy aku....bertuahnya mastura niiiiiiiiii..arghhhhhhhhhh! tensi sengsorang. Dek kerana tak dapat mengupdate, dan untuk mengelakkan bebai, hahahaha...aku lena ja lepas aku settle down kan semua keja aku. Terbaekkkkkk....





Okeh, malam ni aku berkobar-kobar lagi nak update new entry. Kali ni apa yang kita gelarkan 'sahabat' konon-kononnya lah. Tak sangka aku, selama aku hidup ni, dan di tahap la ni, aku sedaq ada lagi yang tak paham apa itu sahabat? Masyaallllahhhhhhhh... ini sangat kronik. Baru aku tau manusia ni, kalau bercakap memang auta cukup kuat.





Kadang-kadang ada orang tanya aku, boleh tak kita bersahabat? Semata-mata nak kenai aku, dengan harapan apa pun taktau la. Tapi bila dah bersahabat, depa memang take granted [bak kata omputih]. Aku pun tak paham kadang-kadang bila aku tengah down, buta ja kena tinggai macam tu. Mana la perkataan sahabat yang depa dok propa kat aku sebelum ni.





Seingat aku la, takdakla pulak aku charge monthly fees ka untuk jadi sahabat aku. Aku ingat lagi dulu .....  ada cakap kat aku, "saya nak jadi sahabat awak biar pun saya jauh dari awak" . Tapi aku silap, dia sendiri tak paham apa yang dia canang-canangkan tu....haisssshhh...Takdaknya dia update story aku ka hapa....hahahha... sahabat la kononnya.... tak kesah la aku, bukannya aku kejaq hang pun..hihihi....






Apa maksud sahabat yang sebenar-benarnya???


Carilah sahabat yang berakal. Kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaraan. "Musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh". Carilah sahabat yang membantu, bukan yang membuntu. Temuilah sahabat sejati yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam.





Dia yang menyokong anda ketika tegak berjuang, menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf. Dia jugalah yang tidak menuding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di telapak kegagalan. Dia adalah pendorong pemberi semangat bagi menyuburkan potensi diri anda. Bahkan yang sangat menakjubkan, dia akan meraikan kejayaan anda seperti kejayaan yang diraihnya dan berlutut simpati ketika kedukaan menakluki diri anda......





Itulah maksudnya sahabat...susah nak carikan? tapi tak mustahil ada macam ni yang kita akan jumpa dalam dunia ni...Bila dah dapat, hargailah dan jangan lepaskan, takut nanti rugi pulak bila dah terlepas. Kadangkala yang terbaik tu Allah bagi sekali ja, terpulang pada kita bagaimana kita menghargainya....








p/s : tulisan dengan nada skema di atas dikongsi dari artikel dalam majalah ANIS "Sahabat yang buruk umpama bayang" bilangan 167.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails