nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label perempuan vs lelaki. Show all posts
Showing posts with label perempuan vs lelaki. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

::PEREMPUAN SUKA KALAU LELAKI....(PART 2)::

Hello bloggers..





Assalamualaikum buat sahabat dan sesiapa jua yang sudi lagi menjengah kat sini..... Meneruskan aktiviti peng'update'an aku sambil tengok Tanyalah Ustaz pagi ni kat tv9.hihi...





Okeh, kali ni dah masuk part 2 pulak entri aku ni, sambungan dari entri kelmarin.... Sket sebanyak dapat jugakla membantu puak-puak adam ni faham serba sedikit golongan hawa. Tu pun kalau nak paham la..takmau pun sudah..bukan aku suruh pun..




Perempuan suka kalau

Lelaki yang dia suka selalu tuju lagu apa-apa ja la....


Haaaaaaaaaa..ni mesti ada laki yang tak sedaq..ada sesetengah perempuan ni, dia memang suka kalau lelaki yang dia suka tuju lagu apa-apa ja la kat dia........Cuba hangpa try.hahahaaha...sure dia ingat punya. Maklumla lagu ni kadang-kadang mainkan emosi yang sangat mendalam bagi jiwa perempuan. Tapi kena kenai la dulu genre macam mana yang dia suka, jangan main hentam ja..haha



Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka buat-buat taktau ja, nothing special


Perempuan, hatinya mesti geram gila sehhhhh, takda lagu, takda bunga.hahahaAku rasa la kot. Tak semua yang suka bunga jugak, tapi kan perempuan paling tak suka bila lelaki endah tak endah ja. Takda lagu la, mesti nanti puak-puak lelaki dicop tak romantik. Kalau tak percaya, cer pi check pesbuk, mesti ada perempuan yang suka post2 lagu kat wall....Tu tandanya depa suka lagu, dah kalau lelaki tak paham sangat, sebab tu depa post lagu sendiri.....macam aku selalu buat..muahahaha...




Perempuan suka kalau

Lelaki yang dia suka tunjuk tanda sayang bukan takat cakap ja

Kalau la hangpa dah kata sayang sangatla kononnya dekat girlpren hangpa tu, at least try to chill out her everyday. Bukan takat cakap sayang ja, yang tu semua orang pun boleh. Kalau boleh tu, tunjukla ke'caring'an hangpa tu. Silap-silap boleh tidoq sambil senyum kot...



Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka terlalu 'caring' 

Perempuan sangat laaaaaaa rimasnya, kalau sang lelaki ni terlalu 'caring' sangat sampai nak pi sana tak boleh, nak pi sini tak boleh, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh..grrrrrrrrrrrrrrrr..memang mendatangkan kemarahan ni...Belum jadi bini hang lagi ni...sabaq la bhai...haha




Perempuan suka kalau

Lelaki yang jenis coooooooool dan tak cepat melenting atau panas baran

Ni susah jugak nak jumpa yang cool-cool ni. Raaaaaaaaamai lelaki yang cepat panehhhhhh dengan awek sendiri. Besala kan, ada ja la yang tak kena tu. Walau cemana pun kena belajaq-belajaq rileks...jangan la tuduh apa-apa kalau belum buat soal siasat. Bincang elok-elok tu kan nampak tertib sket, dari maki-maki kot dalam enfon. Apa pun tak boleh.




Perempuan tak suka kalau

Lelaki cepat emo

Adoiiiiiiiiiiii..ni taktau mau kata apa..hihihi..dahla geng-geng pompuan ni ada emo. Tapi bila time emo, puak-puak laki ni pun emo jugak..heheheh..nasib-nasib. Biaqla emo sorang-sorang. Ikut turn. Naya laaaa kalau dua-dua emo serentak. Hal kecik pun boleh jadi bessssssssar punyaaaaaaa....




p/s: Cukuplaaaa lagi 3 things in part 2 ni...jangan marah-marah na..chilllll..

Saturday, July 30, 2011

::PEREMPUAN SUKA KALAU LELAKI....(PART 1)::

Hello bloggers.....




Masa terluang pada pagi sabtu ditambah cuaca yang agak-agak suam kuku menaikkan nafsu untuk mengupdate blog..hehehehe..Oh, by the way.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


[adeh..baru nak update blog, mak aku suruh pi kait buah rambutan pulak...potong betui.... akibatnya aku mintak penangguhan sat]huhuhuhu




Pagi ni aku nak update sket entri tentang lelaki pilihan wanita. Kalau ditanya kat geng-geng pompuan, mesti depa akan cakap, "saya tak kisah bagaimana rupanya, tapi yang penting...dia setia, jujur dan ikhlas. 3 perkara ni ja....."





Pada pemikiran semua la, penah kan dengaq pompuan cakap macam ayat kat atas tadi? Kadang-kadang aku terpikiaq jugak kan, kenapa ada pompuan yang tak hargai lelaki bila depa dah jumpa yang betui-betui baik. lelaki yang betui-betui setia jujur dan ikhlas dengan diri depa. Memang ada pompuan jenis ni..tapi aku jarang jumpa. Dan bila ada sesetengah kawan aku buat macam ni, baru terbuat aku pun pikiaq, oooo pompuan ngan laki pun lebih kurang sama pattern.





Penah tak terfikirkan apa perasaan sorang tu bila kita mainkan perasaan dia. Bagi aku, aku rasa nasib  la kot kalau jumpa. Cumanya Allah selalu selamatkan aku. Jodoh ni kat tangan Allah, sekarang ni Allah bayaq cash tau....pada sesapa yang suka menyusahkan orang lain. Jadi apa yang jadi tu kita redha ja la. Ada la tu habuan kita nanti. Jangan benci lebih-lebih pulak. Sebab kadang-kadang bila dah benci tup-tup kita buat apa yang kita tak suka tuuuu..haaaa...jodoh tu sapa la tau kan...




LELAKI PILIHAN


Bila bercakap tentang lelaki pilihan, ada banyak benda yang walaupun kecik ja, tapi menyiat-nyiatkan hati pompuan....Eh helo, memang pompuan ni beremosi, so laki kena bijak la tackle hati pompuan,...sayang-sayang.. tapi taktau jaga...




Perempuan suka kalau 

Lelaki yang dia suka tak layan pompuan lain.

Mostly pompuan suka lelaki yang jenih tak layan pompuan len....haaaaaa.. beware la laki...banyak yang mengabaikan aspek keselamatan ni. dahla bila kita tanya dia kata takdak sapa, pehtu siap melayan pompuan len bagai...oh..pleaseeeeeeee...awai-awai dah tunjuk ciri munafik tu.



Perempuan tak suka kalau


Lelaki yang dia suka layan pompuan lain bagai nak rak.

Puak lelaki yan depa minat ni, perghhhhhhhhhh..abih semua status pompuan dia komen, komen gambaq la apa la..... kalau takat berteguq sapa tu mungkin biasa ja, tapi siap komen gambaq "awak ni lawa la...." kat gambaq perempuan lain......perghhhhhh..mau menyirap kot..haha




Perempuan suka kalau 


Lelaki yang dia suka tau jugak bab agama.




Walau pun ada lelaki yang dok ngumpat perempuan ni freehair la..... tak tutup aurat la.... tapi ketahuilah anda, di sudut hati kecil perempuan, mengidamkan lelaki yang ala-ala imam muda gitu......perempuan berharap sangat sang lelaki dapat membimbing, dan menegurnya. Bukan la nak yang berserban 24 jam atas kepala, tapi manners sebagai hamba Allah tu at least ada la walaupun rock kapak.




Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka bila ditanya sket bab agama teruih tukaq topik.

Kamonnnnnnnnnnla lelaki. Jangan mengelak bab-bab agama dalam perbualan, kadang-kadang ada pompuan yang saja nak test. Pleaseeeeeee...kalau hang taktau bab agama sangat tau yang basic punnnn dah kira ada iman tu. Kalau ada perempuan yang penah tanya kaum-kaum lelaki yang bergelar boipren ni bab agama, untung tau, dia dikatakan layak dibuat bini sebab ada kesedaran sivik...Penting tu nak didik anak.




Perempuan suka kalau 

Lelaki yang dia suka selalu jadi motivator buat dia.

Biasanya, pompuan memang banyak mood, dan bila digabungkan mood dengan emosi, cepat bebai, cepat sejuk, cepat hangin, dan cepat segala-galanya. Janganla di saat tengoh down, moody....yang puak laki ni pun senyaapppppppppppppppp ja, tak sms, tak kol....Lagi la hangen. Try la bagi kata-kata motivasi sket, ada di saat pompuan tu tengah down, kan hangpa jugak yang cakap suka kat pompuan tu...Jadi pandai-pandaila.....




Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka buat hal sendiri ja.

Haaaaaaaa ni lah kesilapan lelaki, depa rasa bila pompuan tengah hangen tanpa sebab, depa patut diammmmmmmm ja. Memang aku tak nafikan ada pompuan yang jenih camni, tapi yang ramainya lebih suka laki bagi nasihat. Nak berubah ni bukan senang.... Jadi kena tulun-tulun laaaaa...okeh?




p/s : Cukup kat sini dulu..nanti aku update part 2 pulak na...selamat beramal...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails