nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label hidup bertuhan. Show all posts
Showing posts with label hidup bertuhan. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

::MELALUI HARI YANG TAK MENJANJIKAN CERAH::

Assalamualaikum..


Ya Allah, lama betui aku tak update entry baru. Aku ambik keputusan untuk jarang-jarang berblogging, tapi rindu pulak. Sebab aku ni kan banyak cerita, last-last ke sini jugak aku story. Nak jumpa kengkawan pun macam tak menyempat ja, sebab aku banyak abiskan masa kat rumah. Memang aku selesa lepak kat rumah kalau tak ke mana-mana.






Aku terpandang cover picture ni kat blog Aku Islam. Sedikit sebanyak, ada sikit kesedaran bagi kita yang terleka ni. Sibuk dengan hal dunia semata, tapi kita lupa nak sampaikan sesuatu yang berharga buat kawan-kawan terdekat kita.



Dalam kehidupan kita memang saling berkait antara kehidupan kita sekarang ni dengan kehidupan akhirat kita. Setiap apa yang kita berusaha kat sini, kita akan tui hasilnya di sana. Jadi, aku tak paham kenapa wujudnya manusia yang arrogant, yang rasa dirinya syumul sangat dah dan takmau dengaq nasihat. Ada yang sibuk memperlekehkan kehidupan orang lain sampai hidup sendiri yang porak peranda.




Betul la kata orang, taik di kain sendiri belum tentu kita nampak sebab selalu rasa tak berpijak di bumi yang nyata. Serius aku cakap, kebanyakan orang yang bersifat arrogant yang aku jumpa, hidupnya memang tak macam apa yang selalu diagung-agungkan. Selalu menunjuk-nunjuk, tapi akhirnya bila susah, kawan-kawan jugak yang dicari, nak cerita problem, nak story macam-macam. Untuk apa? kalau sebelum ni terlalu meninggi diri ibarat boleh handle diri sendiri dan bergolek masuk ke kubuq sendiri, tapi bila melalui kesusahan, mintak tolong dengan orang yang pernah diperlekehkan tu. Aku pun tak paham.



Dunia ni bukan kita punya, jadi jangan buat macam harta sendiri. Berkongsilah dengan makhluk yang jugak sama semuanya macam kita. Untuk apa rasa begitu hebat? Sebab banyak harta? jaga ego? Hakikatnya, tak nampak baik jugak kehidupan tu walau disorok macam mana sekalipun.



Make it simple.


Kita memang tak akan melalui hari yang semuanya cerah dalam hidup kita. Tapi kita ada pilihan untuk mencari hari yang cerah. Sama ada melaluinya dengan tenang, atau melaluinya dengan niat menjatuhkan orang lain dan hakikatnya tak ke mana pun.



Bangkitlah dengan menjadi manusia yang lebih waras untuk tunduk merendahkan diri. Jangan terlalu mendongak. 


Peace.


Monday, May 21, 2012

::KENA JAGA TEPI KAIN ORANG::

Assalamualaikum readers and bloggers,




Agak beberapa hari dah aku tak update apa-apa, hehehe. Kemalasan dan kelembapan tenet menghambat ruang waktu..hihihihihi. Nak lari jugak tu dari excuse maleh tu..hahaha



Pagi tadi aku baca sat majalah Gen-Q. Ya lah, sebelum bertambah sibuk menjelang hari ni, eloklah baca buku-buku ilmiah sat. Cewwwwwwahhh. haha. Apa yang aku rasa tertarik, pagi ni adalah satu peribahasa ka apa tah "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG". Bagi aku, ayat ni dah tak buleh nak pakai dengan jiwa aku. Sebabnya, bagi aku, 'remind and advice' tu memang penting dalam Islam. Bukan dalam islam saja, dalam masyarakat pun sama jugak. Kalau mati, orang lain jugak uruskan kita. Bukan diri kita sendiri yang nak bangun mandi sendiri. Kannnnn?





Bagi aku, memang hidup kita ni ada landasan. Kadang-kadang kita boler tersasar jugak, tapi lama mana kita nak tersasar jauh-jauh? Sapa yang boleh pandu kita ke jalan yang benar? Cuba tanya diri sendiri. Apa guna hidup kita kalau sampai tak buleh diteguq. Ego namanya tu. Kita ada nilai bagi diri kita sendiri. Tapi setinggi mana nilai yang kita rasa pada diri kita, JANGAN PERNAH NAK BERLAGAK SOMBONG DENGAN ORANG LAIN. Orang teguq kita mesti ada sebab. Kadang-kadang bila kawan kita yang selalu teguq, kita langsung letak fikiran negatif. Kita kata kawan kita tu ada niat nak menjatuhkan kita la, padahal ada orang teguq untuk kebaikan. Kenapa kita tidak cuba untuk menerima apa yang baik dan jadikan panduan dalam hidup kita.




Bagi aku, aku jenis yang simple, aku jenis easy going, give and take. Jadi aku suka dengaq nasihat orang dan suka nasihat orang. Ada jugak orang yang suka dengaq pandangan aku, walaupun kadang-kadang ke laut saja idea aku ni..hihi. Tapi aku tak reti nak nasihat diri sendiri. Sebab tu aku lebih suka orang nasihat aku. Tapi adakala, bila orang tak buleh nak terima pandangan kita, abaikan saja. 




Eh, ingat tau tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kita ada tanggungjawab untuk sampaikan apa yang kita tau pada orang yang taktau pasai hukum agama. Teguq yang mana buleh. Yang mana kita taktau, carilah ilmu. Islam bukan hanya sekadar nama, tapi Islam itu mendidik diri kita, mengisi rohani yang berjasad agar lebih menyedari bahawa hidup kita ada matlamat. HIDUP MESTI BERTUHAN.




p/s : Saling berpesan-pesanlah kita pada kebenaran. Jangan jadikan Islam hanya pada IC. Berpeganglah dengan ajarannya. Semoga bermanfaat untuk semua. Peace.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails