nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, May 21, 2012

::KENA JAGA TEPI KAIN ORANG::

Assalamualaikum readers and bloggers,




Agak beberapa hari dah aku tak update apa-apa, hehehe. Kemalasan dan kelembapan tenet menghambat ruang waktu..hihihihihi. Nak lari jugak tu dari excuse maleh tu..hahaha



Pagi tadi aku baca sat majalah Gen-Q. Ya lah, sebelum bertambah sibuk menjelang hari ni, eloklah baca buku-buku ilmiah sat. Cewwwwwwahhh. haha. Apa yang aku rasa tertarik, pagi ni adalah satu peribahasa ka apa tah "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG". Bagi aku, ayat ni dah tak buleh nak pakai dengan jiwa aku. Sebabnya, bagi aku, 'remind and advice' tu memang penting dalam Islam. Bukan dalam islam saja, dalam masyarakat pun sama jugak. Kalau mati, orang lain jugak uruskan kita. Bukan diri kita sendiri yang nak bangun mandi sendiri. Kannnnn?





Bagi aku, memang hidup kita ni ada landasan. Kadang-kadang kita boler tersasar jugak, tapi lama mana kita nak tersasar jauh-jauh? Sapa yang boleh pandu kita ke jalan yang benar? Cuba tanya diri sendiri. Apa guna hidup kita kalau sampai tak buleh diteguq. Ego namanya tu. Kita ada nilai bagi diri kita sendiri. Tapi setinggi mana nilai yang kita rasa pada diri kita, JANGAN PERNAH NAK BERLAGAK SOMBONG DENGAN ORANG LAIN. Orang teguq kita mesti ada sebab. Kadang-kadang bila kawan kita yang selalu teguq, kita langsung letak fikiran negatif. Kita kata kawan kita tu ada niat nak menjatuhkan kita la, padahal ada orang teguq untuk kebaikan. Kenapa kita tidak cuba untuk menerima apa yang baik dan jadikan panduan dalam hidup kita.




Bagi aku, aku jenis yang simple, aku jenis easy going, give and take. Jadi aku suka dengaq nasihat orang dan suka nasihat orang. Ada jugak orang yang suka dengaq pandangan aku, walaupun kadang-kadang ke laut saja idea aku ni..hihi. Tapi aku tak reti nak nasihat diri sendiri. Sebab tu aku lebih suka orang nasihat aku. Tapi adakala, bila orang tak buleh nak terima pandangan kita, abaikan saja. 




Eh, ingat tau tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kita ada tanggungjawab untuk sampaikan apa yang kita tau pada orang yang taktau pasai hukum agama. Teguq yang mana buleh. Yang mana kita taktau, carilah ilmu. Islam bukan hanya sekadar nama, tapi Islam itu mendidik diri kita, mengisi rohani yang berjasad agar lebih menyedari bahawa hidup kita ada matlamat. HIDUP MESTI BERTUHAN.




p/s : Saling berpesan-pesanlah kita pada kebenaran. Jangan jadikan Islam hanya pada IC. Berpeganglah dengan ajarannya. Semoga bermanfaat untuk semua. Peace.

1 comment:

PemilikCahaya said...

thanx sebab penah singgah blog saya..hehe

btw, sy pon pernah wat entri cmni..
http://eszylife.blogspot.com/2011/06/jangan-jaga-tepi-kain-orang.html

memang betul, zaman sekarang memang perlu jaga tepi kain org, tp berpada2 lah..jaga tepi kain means jaga not selak atau lucutkan kain dorang kan? heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails