nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label kalaulah aku. Show all posts
Showing posts with label kalaulah aku. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

::KALAULAH AKU.....MACAM TU::

Assalamualaikum.....hai peeps ;P



Bertemu lagi di hari khamis yang membahagiakan ini.muehehehehe. Sambil aku sibuk-sibuk cari resepi nak buat kek, aku cari mood sket nak update blog. Memandangkan keja aku dah settle....yehheeeee. dan esok aku start cuti panjang.wuuuuuuuu. bahagia gila rasa jiwa. Menghabiskan tahun ni dengan penuh macam-macam pengharapan.huhuhu





Jadi itu bukan persoalannya. Sepanjang tahun ni macam-macam jugak wishlist aku, dan ada jugak yang aku tengah plan, jadi. Yang aku plan tak jadi.huhu.Tapi, apa kena ngena ngan topik aku hari ni..... Takdak pa, sebenaqnya tapi hangpa perasan tak? dengan amalan "KALAU" dalam hidup kita.








Kalaula aku jadi kaya.
Kalaula aku ada kat tempat hang.
Kalaula aku ada rumah banglo 2,3 bijik.
Kalaula aku jadi menteri.
Kalaula aku dapat dia.
Kalaula aku ada sesuatu macam hang.





Kadang-kadang aku pikiaq jugak. Perkataan "KALAU" ni macam something yang membuatkan kita tak bersyukur ja. Balik-balik asyik nak jadi macam orang lain, nak apa yang orang lain ada. Kita asyik banding-bandingkan dengan orang yang lagi bertuah dari kita. KENAPA?....





Kita asyik tengok orang yang banyak duit, orang yang keja hebat-hebat, orang yang ada rumah besaq, orang yang ada keta porsche 4,5 bijik, dan mula la berangan "ish.kalaula aku jadi dia......" start dah.start dah. "Tu la dulu takmau belajaq pandai-pandai".hahaha. Ayat yang tak boleh blah. Pandai tara mana pun kalau takdak kabel, serupa tak laku ja ijazah tu.hihi





Kenapa bila kita tak bernasib baik dalam apa-apa hal, kenapa kita tak penah langsung nak tengok orang yang lagi tak bernasib baik dari kita. Bila aku rasa agak 'down' aku suka tengok orang yang tak berapa lucky macam aku. Cuba tengok dalam Bersamamu kat TV3. Ramai lagi yang susah rupanya. Kita asyik dok tengok orang-orang kaya ja, kadang-kadang boleh jadikan kita rasa macam tak bersyukur dengan apa yang kita ada.





Ni memang mengundang kerendahan iman dalam hati. Sekadar ingatan untuk diri aku dan kita semua, bila kita rasa down, moody, selalulah pikiaq. Hidup kita ni masing-masing dah ditetapkan rezeki masing-masing. Jangan menyesal apa-apa yang bukan jadi hak kita. Sebab kita tak akan tau pun tuah manusia kat mana dan bila. Tuhan dah atuqkan semua. Jadi, belajaqla untuk redha.





p/s: sekadar renungan. :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails