nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label tips-tips. Show all posts
Showing posts with label tips-tips. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

::TIPS EFEKTIF TINGGAL JEJAK MASA BLOGWALKING::

Assalamualaikum bloggers...







Okeh, pagi ni sebelum aku start keja, aku update dulu blog aku ni, kot-kot satlagi aku sibuk, takdan pulak nak update. Jadi masu blog ja, bila aku tengok shoutbox aku, memang ramai yang suka link kat situ..ada yang spam link jugak........ada yang berblogwalking bajet masa....









Apa yang aku maksudkan BLOGWALKING BAJET MASA? haaaaa ni term aku guna.




Contohnya, readers masuk blog kita sama ada sengaja masuk nak baca entry atau saja jalan-jalan, depa selalunya akan menjerit kat shoutbox ja. Depa rasa dengan menjerit kat shoutbox tu, tuan blog akan singgah jugak kat blog depa. Percentage tuan blog akan terjah balik blog hangpa tu, adalah di bawah 20% ja.




Bagi aku kalau hangpa nak 'kewujudan' hangpa tu disedari tuan empunya blog, jangan la blogwalking secara malas.....rajin-rajinkan laaaa diri komen kat blog owner tu. Sekurang-kurangnya, owner blog akan sedaq kehadiran hangpa tu.Bila dia nak approve komen kat blog.




Kalau asyik jerit kat shoutbox tu kadang-kadang tuan empunya blog pun tak perasan. Macam aku, memang ada shoutbox kat blog aku, tapi aku jarang tengok sangat kat situ. Ada yang aku sempat pi blogwalking, ada yang aku tak sempat, haaaaaa kan dah rugi bila hangpa tinggai link kat situ.





Tapi kalau orang yang komen entri aku, memang aku kena approve untuk publish entri, maka secara tak langsung, orang yang komen kat blog aku ada chance tinggi untuk diterjah balik. Tu sebab la, tinggalkan komen adalah lebih baik dari menjerit di shoutbox. 





Ada sesetengah reader yang suka cakap..follow me back ye.... sorry cakap la.....memang aku tak layan. Kalau boleh biaqla orang follow kita sebab depa minat nak follow blog kita, jangan kejaq followers yang follow dalam keadaan terpaksa. Macam takda makna ja....






sekian, untuk makluman.



















Friday, May 6, 2011

::BILA AKU JUMPA MICROPHONE::

Salam 1 Malaysia...dan haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..



Rindunya aku kat (blog aku)haha. Harini pecah rekod, seharian tak update apa-apa, sebab aku sibuk ngan rehearsal jadi emcee yang tak bertauliah. Sejak aku meletakkan jawatan sebagai presenter, aku dah tak terpikir yang aku sekali lagi akan berjumpa dengan microphone. Gila fobia!!!serius...











Haa.... jika dilihat pada menatang ni, memang la rasa..besa ja natang ni...Tapi aku cukup tak boleh blah ngan natang ni. Bila aku dan microphone berjumpa....aku akan dihinggapi sejenis penyakit....Yang sampai la aku taktau penawar dia. Aku kalau nampak mic ni, mesti aku akan tolak sebarang aktiviti menggunakan mic ni, tapi kalau aktiviti ketuk kepala orang guna mic, aku suka..hahaha...terbaekkkk!






Tapi kalau suruh aku pi kat depan, bagi mic sebijik, cakap ja apa-apa, mula la gagap aku mai, ketaq lutut segala, tapi masalah yang paling kritikal bila aku agak gila bercakap pulak kalau aku pegang natang ni lebih dari sejam. Bab-bab karok.....jangan cakap la.....ni la champion peringkat bilik..hahahahha. Boleh aku tibai ja lagu apa pun sampai gelap langit tu.....hihi.












hahahha..Muka cuak selaku emcee. Siot betui la, tak kira la majlis kecik ka besaq...apa yang perlu dielakkan adalah...ga...ga...gap...gagap ku mencoba...hhahahhahah.So, harini lepas satu bab jadi emcee...errr ada dak orang nak jemput aku jadik emcee lagi....Kalau boleh tak bagi mic pun takpa la, takut satgi, bercakap tanpa henti pulak.....hihi





Moral of the story: tips nak jadi emcee, jangan cakap laju-laju, sebut perkataan bior le jelas ye...jangan ketaq sangat....pandaila aku pesan walaupun aku sendiri gelabah bewak..haha








sekian, utuk makluman.

Sunday, April 24, 2011

::3 BENDA UTAMA YANG MEMBUATKAN ADA BLOGGER TAK JADI NAK FOLLOW::

Salam 1 Malaysia buat semua kawan-kawan sepermainan, seperjuangan sepem'bloger'an(apakah?)




(Yang harus di sharing dan yang harus kita tau)


Harap-harap sihat la semuanya. Yang mana tak makan lagi tu, renti-rentikan la blogwalking sat, pi makan dulu. Kang perut masuk angin haaaa...baru tau. Yang mana yang dah makan tu, mai lepak baca entry aku ni. Ni ada dua, tiga kerat ilmu yang boleh aku share. Aku suka tanya pendapat kawan-kawan aku, dan orang yang lebih senior dalam dunia blogger ni.




Yang mana yang aku dengaq, then aku rasa berkenan tu aku share kat sini, untuk kalian jugak. Kan ilmu tu untuk kita share dan aku rasa, yang tiga-tiga ni aku paling setuju la.




 1. Pasang lagu 'merapu' yang tak boleh nak pause.


Haaaaaaaaaaaaaaa....yang ni paling sakit hati. Aku memang tak nafikan kadang-kadang ada orang suka baca sesuatu sambil dengaq lagu. Aku pun suka dengaq lagu. Tapi yang paling tragik bila aku masuk blog, dahla lagu apa pun aku taktau la rock semacam, memang tak boleh blah pastu takleh 'pause' pulak tu. Alaaaaaaaaaaaaaaaaa, memang aku pangkah terus. 


  

Bukan takleh nak letak lagu, tapi makesure jangan di'autoplay'kan. Ni tak, bila buka blog ja lagu pun autoplay. Memang semak kepala. Mau pulak kalau guna headphone yang high volume, rasa cam nak tercabut gegendang telinga. Kalau yang lagu jenis slow-slow tu tak kisahla, tapi yang heavy music ni. Adoiiiii....





Dulu aku pun pasang camtu jugak, sebab aku rasa dah kira best la lagu kat blog aku tu,haha. Tapi bila aku ambik kira pandangan orang lain, betui la jugak.......Memang terasa semak samun ja kepala. Tambah-tambah bila buka 2,3 blog dan semua blog tu ada lagu, serentak pulak. Mau 'hang' sat kepala.Kalau nak letak jugak go on la. Tapi jangan autoplay. Biaq dia dok diam-diam kat tepi tu, kalau rasa nak hiburan, ha pandai-pandai la pi play sendiri (by the way aku suka lagu dalam cite Asmara, sebab tu aku letak, pi la dengaq)hehe...





2. Letak widget yang rasa dah lawa tapi hakikatnya memberatkan blog


Ni serius aku bagitau. Ramai betui blogger yang suka letak widget yang kadang-kadang tak penting pun. Tapi hakikatnya, lambat tau nak loading page tu. Macam aku dulu, hahaha.Tak abih-abih macam aku.





Dulu, aku berkenan sangat pasang widget yang aku rasa 'comel' la, 'kiut'la, 'havoc' la. Ala, yang ada salji-salji tu, bila kita pasang widget tu, nanti ada salji turun. Sebenaqnya aku tak sampai lagi tempat yang ada snow. Kalau kemaruk sangat nak main snow, aku pi dok kat depan peti sejuk, buka bahagian freezer tu. Main ais, hahahha.gilossss!Tapi tak penting semua tu.




Dulu PW la teguq aku, Apa tu PW? ni lah dia. PW la kata benda alah camtu tak penting, pastu aku tengok-tengok balik. Ya lah jugak. Apa bondo eh pekdah den dapat?haaaaaaa..takda apa pun.hahhahah. Lagi buat blog berat dan rasa lembap ja, bagi pengguna berukband macam aku ni la. Yang bayaq RM68 sebulan tu. Tau ja la, kalau mai time line slow. Memang tahap cipan nak loading.




Ni la yang buatkan page kita lambat loading, lambat gila nak keluaq. Nak tunggu header keluaq pun mau dalam setengah jam. Mana mau tunggu nak tengok blog yang tah hapa ja ambik masa lama tu. Bek pangkah ja, pi blog orang len. Tak jadi nak blogwalking kat page kita.Haaaaa, kan dah rugi tu.




3. Kalu boleh janganla guna perolahan ayat yang bombastik dalam entry


Kalau kalian perasan la kan, dalam blog sesetengah orang, terutamanya blog yang boleh dikatakan underage la kot. Depa guna 'perolahan bahasa' yang sannnnnngatttttttttla teruknya. Guna bahasa pasar orang kata, kita dah nampak biasa lah tu macam yang aku dok guna. Bukan baku pun, tapi yang depa guna ni, aku pun taktau dari planet mana.




Contohnya macam ni " Ariew new, kitew raserrrr kitew rajen sangat, lepas tuewwwww, kitew aser kitew tak boowhat suwatuew bendew lagiey, rupewnyew kitew da lupew kitew janjiey ngan diew nak giey tengok wayang, " alorrrrrrrrrrrr....pening dohhhhhh. Aku rasa pening gila. Time study dulu aku jarang jumpa bahasa memeningkan macam ni. Aku pun tak sangka ada jugak budak-budak yang jadi pro-sak macam ni. Aku anti sket kalau orang dok suka tambah perasa bahasa camni.




Dulu pun aku pernah buat, bukan tak pernah. Sampai kan aku pun blur, apa aku tulih. Konon-kononnya seni halus lah tu kan? Tapi adoiiiiiii...sedih wooooo kalau cikgu BM aku tengok, pengetua lama aku mau pencen terus camni( padahal memang lama pencen dah), bila tengok penulisan macam ni. Kalau depa habaq kat aku, UPSR depa A..memang tipu yang amat la tu.





Yang tu ja la kot, buat masa ni yang aku rasa perlu dirombak balik. Kalau ada sebarang cadangan atau bantahan bolehla diusulkan di bawah entry ini atau pun diemelkan kepada mastura.zakaria@gmail.com. Sekian saja, salam hormat dan jumpa lagi (cesssssssssss...dah rasa macam nurul syuhada nurul ain) hahaha.






Sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails