nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

2nd TRIP JRRCMDU : KUALA KETIL - TASIK BERIS

Assalamualaikum bloggers and readers



Here i come..muehehehhehe. Mood layan lagu sat,okeh berbalik pada tajuk entry kali ni, apabila puak-puak JRRCMDU buat 2nd trip ke Kuala Ketil. Kali ni kita terjah port ikan bakaq sorang ahli dalam group ni jugak. Port yang agak menarik sebab tepi jalan ja, tapi depan sekolah apa taktau, aku dah lupa...kiki..(maafkan saya).




Jadi untuk aktiviti kali ni, walaupun tak semua yang dapat pi, cuma yang mana ada freetime sempat la join. Then kita lajak pi Tasik Beris sekali. Aku pun first time gak sampai kot belah sini. Tak penahnya dok mai pun, cuma dok dengaq ja.Dah alang-alang tu.............apa lagi...redah ja la.



Konvoi kali ni ada lebih kurang 20 members kot yang join..ka kurang? agak-agak macam tu ja la. Meetpoint kat Petronas Seberang Jaya, dan dalam pukul 10 kot baru bertolak ke Restoran Shake Sys kat Kuala Ketil sebelum berangkat ke   ladang anggur Tasik Beris. (aku panggil 'taman anggur' sebab buah anggur tak banyak sangat macam rupa 'ladang') hihi



Kat bawah ni antara aktiviti yang kami buat hari tu.Aktiviti yang memang happening, jalan-jalan cari makan. Paneh sangat sampai sakit tekak, takda suara....tapi memang paneh sungguh ladang anggur kat tasik beris tu, huhuhuhu. Belasah ja la.






















Line berukben ni agak slow sket, so maleh nak upload gambaq banyak-banyak tapi apa-apa pun layan ja la gambaq yang ada no..hihi



Kredit to : asraffjamaludin.blogspot.com atas ihsan gambar.

p/s : next trip.........[no answer] hihi

::ADMIN GROUP JRRCMDU::

Assalamualaikum to all readers and bloggers.



Malam yang suam-suam kuku dek kerana hujan di sini, aku nak ambik kesempatan untuk promosikan satu group yang berpengkalan di.....(aku taktau tapak), tapi yang pastinya di utara lah jugak.hihihi. Group ni salah satu group yang bak kata orang agak cepat naik tarafnya dalam pesbuk ni, sebab makin lama, makin ramai yang dah join dan jugak salah satu platform buat kaki-kaki makan untuk terjah port-port makan yang best coverage dia, sebelah utara ni saja.




Yang mana dok belah selatan, barat, tengah, timur tengah tu, harap maaf la na, sebab yang tu di luaq coverage kami.kikiki. Jadi kebanyakan posting dalam group ni memang based on makanan belah Utara ni yang memang dicop sebagai Syurga makanan (wah!sinonim).





Amacam? sempoi dak?hihi. Actually group JRRCMDU ni diwujudkan untuk mempromosi makanan di Utara terutamanya dari Perak, Penang, Kedah dan jugak Perlis. Jadi ahli-ahli yang ada dalam group ni jugak masing-masing ada tempat makan yang best untuk dikongsi.Tak kira lah yang otai dan selalu makan kat kedai, jadi sebarang posting yang ada dikira sekaligus mempromosi jugak port-port makan yang diterjah.




Bagi sesapa yang nak dapatkan info tempat makan yang best, bolehla terjah group ni dan join sebagai ahli. No fees.no form needed.hihi.Ramai yang boleh tolong suggestkan tempat makan sekiranya lah berhajat nak cuti-cuti Malaysia kat negeri utara Malaysia ni.



Kat bawah ni adalah muka-muka otai dalam group ni. Dan yang sesungguhnya mereka-mereka di bawah ni adalah tulang belakang group ni yang bersedia untuk membantu anda (sila bayar saya untuk promosi kalian...)














Ni antara sebahagian admin-admin yang memang mesra rakyat, kalau kenai muka-muka depa ni kat kedai-kedai makan, silalah teguq..kikikikiki. Sori na admin yang takdak gambaq, cari tak jumpa pulak, kat mana tah depa simpan collection gambaq semua.





So, secara konklusinya, bagi rakan-rakan bloggers yang nak join group ni boleh terjah link ni JRRCMDU. komfirm boleh terliuq dengan segala posting makanan yang dok ada. Assalamualaikum. peace



p/s : ada orang kenai aku dak?hihihi.bagi low profile sket.

Friday, March 30, 2012

::SEDAPNYA MAKANAN KITA SAMPAI MASUK TONG SAMPAH::

Assalamualaikum people.



Bertuahnya kita yang menjadi rakyat Malaysia ni. Apa yang tadak dalam Malaysia ni? Cer bagitau sat. Astro ada (walaupun sangkut time ujan), ayaq ada (walaupun merata-rata ada virus kencing tikuih), makanan ada (walaupun bukan kedai 24 jam), internet ada (walaupun lembapnya menguji kesabaran aku). Tapi kita seakan-akan tak menghargai nikmat apa yang kita ada. Semua benda nak merungut, dah jadi tebiat. Buat apa-apa pun mesti nak merungut punya la. Tak best pulak kan kalau tak merungut.haha.Takpa, aku paham.




Tapi, bila aku makan kat kedai makan, aku perati, ramai antara kita yang memang tak sah kalau tak buang makanan. Hakikatnya, aku pun tengah belajaq nak makan ngam-ngam dengan isipadu perut aku ni. Selalu aku pun dok terbuang jugak sikit-sikit tu.huhu






Sedih jugak bila tengok-tengok makanan lebihan, last-last bagi kat tong sampah. tapi macam aku yang jenih tank kecik ni...Memang ciput ja la kena ambik. Kalau mood selera besaq mai, orang keliling pun buleh terkejut tengok aku. Haluih ja, tapi makan.....masyaallah,  tak padan dengan orang.




Apa-apa pun, jangan la selalu makan tak abih. Dah kalau tak boleh sumbat, jangan dok gagah la. Satgi jadi kes lain pulak. Cumanya aku nak sampaikan, kalau la kita ditempat mereka yang di bawah ini, apa laaaa daya kan, dah la kurang zat, kemiskinan melanda, kuman, wabak. Macam-macam. 








p/s : Aku selalu tapau kalau tak abih makan.tank kecik ni payah, tengah makan tetiba jadi kenyang. Baru makan tetiba buleh lapaq balik.Huhuhu.Orangnya tak la besaq mana sangat pun.

Tuesday, January 24, 2012

::JOM RONDA_RONDA CARI MAKAN D' UTARA::

Assalamualaikum to all bloggers,

readers,
stalkers and
whoever yang masih lagi sudi terjah-terjah kat sini.


To all chinese friends, Gong Xi Fa Cai.


Berikutan ada demand bagi aku siapkan entry makang-makang, maka aku nak war-warkan satu page ni khusus buat sapa-sapa yang suka makan especially bagi yang dok kat utagha. Tak kesahla, rakyat penang ka, kedah ka, perak ka, perlih ka, as long hangpa semua dok belah utagha ni. Eh, tapi perlih negeri kayangan kan?hihihihi.




Walaupun page JRRCMDU ni baru ja pandai masuk dalam FB, kalau tak salah aku la, dalam3-4 bulan, tapi beriban-riban dah members dalam ni. Baru-baru ni group ni buat first gathering kat Perda, memang sangat happening dan peningnya dengan aktiviti memasing. 




Okeh, sedikit background pasai page JRRCMDU ni, page ni menghimpunkan semua tempat makan best yang melambak-lambak dari utagha, sapa nak tengok ka atau nak bagi cadangan ka buleh la klik link yang aku providekan tu. Di samping buleh kenai dengan hantu-hantu makan dari utagha, sapa yang join group ni memang havoc la sebab boleh recommend kedai, kutuk kedai dan sebagainya. Jangan hangpa dok pi santau tokey kedai dah la na. Dosa besaq tu.




Sapa yang nak bertindak sebagai pengomen tukang kedai, tanda halal atau apa saja pun buleh la. Suka hati hangpa la. Tapi mesti berlandaskan atas dasar makanan semata-mata. Nak panggil makan kenduri, nak tanya kedai makan pun buleh. Nak post gambaq makanan yang buleh buat aku terlioqqqqq pun bulehla.jem betui.




Bagi sapa yang nak diet-diet tu takyah la tengok. Sebarang pertambahan berat bukan salah aku.muehehehe. Kat bawah ni aku uploadkan gambaq untuk kalian cuci mata dan rasakan gegarannya betapa happeningnya bila hantu makan seutagha turun.huhu.(agak-agak mau kena banned nih)



















































































Ikutkan hati aku, semua aku nak sumbat dalam ni,tapi cukup la yang ni dulu kot. Aku heran la,gambaq aku tak berapa buleh nak upload dalam ni, gambaq orang len buleh pulak masuk. Ni boleh mengundang ketidakpuashatian ni. huh. Hahahaha,takpa la. bagi chance kat orang len dulu. Aku len kali ja la.huhu. Sapa nak join group ni amatlah dialu-alukan. Mai klik kat sini JRRCMDU.



p/s : Sebahagian dari gambaq yang sempat dikidnap dan jugak dengan hadiah cabutan bertuah masing-masing.hahahahahhhaha

Saturday, May 7, 2011

::MENARIK JUGAK....TAPI SAYANG NAK MAKAN::

Salam 1 Malaysia lagi.......





Malam ni aku update lagi,memandangkan aku bukan boleh berjaga lama, lapaq ja keja. Makan bagai nak rak tapi, badan tak membesaq pun. Ish... Jadi bila aku tengah lapaq malam-malam buta ni, aku nak share la gambaq makanan yang aku rasa hangpa boleh buat kat rumah.Tak payah pi kursus hias pun.hehe.




Tapi kalau nak makan tu, makan ja la. Kalau bagi aku la, takdan nak hias makanan aku, dah hilang separuh nanti.hihi




















































Lapaq sudah. Nak pi geledah dapoq sat apa yang boleh dicekik di tengah malam ni..huhu




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails