nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, July 31, 2010

::MENANTU YANG BUKAN HANTU::


Hai semua para pembaca
para blogger semua..
how are you
semoga sihat-sihat la hendaknya...

okeh, malam ni aku nak share satu cerita
tentang menantu dari sebuah keluarga yang sederhana..
bagaimana jiwanya dah diasuh untuk membela nasib keluarga

semoga dengan penghayatan yang mendalam akan meninggalkan kesan
dalam hati anda

[mak aii....seriousnya ayat aku]

selamat membaca diucapkan buat semua

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

p/s: semoga jadi pedoman di samping gelak-gelak besaq..


Friday, July 30, 2010

::KATA-KATA HIKMAH IMAM AL-GHAZALI::

Hai assaLamualaikum kalian
para pemblogger yang dikasihi ALLAH sekalian..
tazkirah pada kali ni adalah dipetik dari
kata-kata hikmat dari Imam Al-Ghazali..
semoga apa yang dibicarakan menjadi iktibar
dan peringatan buat diri sendiri dan anda semua...

selamat membaca =0)

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.
Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-harimendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.


3. Apa yang paling besar didunia ini.
Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)


4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.
Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.


6. Apakah yang paling tajam didunia.
Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


p/s : renung-renungkan dan selamat beramal =)

::KAWEN OOOO KAWEN::

Hai u olls..
Salam 1 Malaysia diucapkan...
buat semua pemblogger dari segenap pelusuk tanah air
errr..[yang paham bahasa melayu aku je lah]
hihihihi...

malam nih seperti biasa aku still lagi melayan tilawah al quran sambil berblogging
dan berblogwalking di merata-rata ceruk...
dari indonesia sampai la rusia aku pusing- pusing sat je sampai...

hihihihi..dah jalan-jalan kat sinin tu pe kata sudi-sudilah kiranya mai baca cita aku
tiap-tiap hari kat sini..bukan pe, saja la aku nak ngarut sengsorang..
ada ka orang baca, xpa kalau nak baca pon dan tinggalkan jejak kat mana-mana
tang blog aku nih supaya aku pon buleh lalu lalang
kat blog anda pulak, best kan jalan-jalan....

okeh, malam nih aku takmo cita pepanjang
sebab mata aku da stim-stimbot dah ni..
cam kena ubat pelali ja, cuma aku uploadkan gambo untuk tontonan masyarakat awam
jangan risau, gambaq kat blog aku semua U[untuk tontonan umum]hihih



p/s : bawak-bawakla bertenang, bil sapa tah la nih..hahhahahha

::LELAKI YANG BERGELAR AYAH::

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:

"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.


"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya" .

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya" .

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong) , agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin!!

Thursday, July 29, 2010

::APABILA BAHASA SUDAH DIUPGRADE::

Hai semua..selamat malam dan merayau malam-malam diucapkan...
dengan ucapan meh jalan-jalan kat sinin..hihihhi

okeh, kali ni ade aku jumpa artikel pasal kedudukan bahasa setelah diupgrade
jangan ajo anak-anak cakap ceni...
oh, sangat tidak sopan..

hihihihi selamat membaca..


1. Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:

"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:

"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:

"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab:

"Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"


3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:

"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"


4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur:

"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:

Dgn nada yg lembut " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:

"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:

"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"


6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:

"Eh kau sibuk ke?"
Tak payah jawab:

Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

6. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:

"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab:

"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".

PLEASE DON'T TRY THIS AT HOME.

P/S : Hanya dengan niat untuk bergurau...

Wednesday, July 28, 2010

::19 HADITH OLEH RASULULLAH TENTANG WANITA::

Hai para pemblogger sekalian,
malam nih masuk malam ke-2

aku berkampung depan tv
bersama mak dan lapto
p,
[oh,sangat tak boleh berpisah dengan lappy setelah seharian di opis] rindu... sambil tengok tilawah al-Quran, dan dengar macam2 jenis bacaan
dan mak aku pon tumpang ngaji sekali,

at least aku jugak boleh test buat lagu bacaan camtu..hihiihi..
part yang memerlukan penarikan suara
yang agak tinggi
aku dah x boleh..hahahha
sangat best la tengok tilawah ni..
ada participant dari bosnia, muda lagi dari aku
boleh ja ngaji sedap camtu, walaupon x seterror wakil malaysia,
tapi sekurang-kurangnya terbaekkkk la kot dalam negara depa...



okeh, kali ni aku nak share info dan tazkirah mengenai
19 hadis Rasulullah tentang wanita
maka tidak betul la sama sekali
jika ada yang menga
takan wanita
adalah bebanan dan memperlekehkan keistimewaan wanita.
renung-renungkan...
hargailah wanita dalam hati anda d
an di sekitar anda..




1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

bangga dengan anugerah dan ciptaan tuhan

wallahua'lam...

p/s : nanti aku posting ngan benda len pulak okeh?

Tuesday, July 27, 2010

::TAHUKAH ANDA::

Hai semua...
Salam 1 Malaysia...
harini dah start tilawah Al-Quran peringkat kebangsaaan 2010..
Sambil2 melayan tilawah ni, apa kata anda turut sama melayan fakta
yang telah aku sediakan pada malam ini...

Ada di antara fakta yang aku jumpa di mana2 hala ja yang aku sempat terjah
dan ada pula yang diselongkar dari poket seluaq aku..hihihi
hahahha..banyak fakta rupanya dalam poket ni...
[ala-ala poket noremon a.k.a doremon]

sama-samalah kita melayan....

---> TAHUKAH ANDA : Apabila 560ml air yang diambil dari sinki dan dituang ke dalam cerek yang mengandungi 340 air suling,seterusnya cerek itu didedahkan kepada nyalaan api yang berupaya mendidihkannya,maka terhasil lah cecair yang dinamakan air masak. seterusnya boleh buat megi.

---> TAHUKAH ANDA : Pokok akan layu jika tidak disiram.Tetapi teratai layu di tasik madu nyanyian Fauziah Latiff membuktikan sebaliknya juga boleh berlaku.

---> TAHUKAH ANDA : bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

---> TAHUKAH ANDA : cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

---> TAHUKAH ANDA : ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

---> TAHUKAH ANDA : gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

---> TAHUKAH ANDA : bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

---> TAHUKAH ANDA : dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

---> TAHUKAH ANDA : magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

---> TAHUKAH ANDA : Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

---> TAHUKAH ANDA : burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

---> TAHUKAH ANDA : air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

---> TAHUKAH ANDA : Marlborro adalah jenama rokok paling laris di dunia.Namun begitu, mat boroi yang tidak merokok di kampung kawan saya begitu popular disebabkan perut boroinya.

---> TAHUKAH ANDA : kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

---> TAHUKAH ANDA : kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

---> TAHUKAH ANDA : jika hidup 1000 tahun kalau tak sembahyang, apa gunanya

---> TAHUKAH ANDA : kita tidak boleh meletakkan siku di ketiak.

---> TAHUKAH ANDA : di akhir entry ini ramai pembaca yang cuba menjilat siku dan meletakkan siku di ketiak mereka...Udah-udah le tu, buruk beno rupe..hahahha

p/s : nanti aku posting-posting lagik k=P

::FAKTA MENARIK DALAM MALAYSIA::

Salam Malaysia buat anda,


semoga sihat-sihat la hendaknya... kali ni saya nak share benda- benda pelik dalam Malaysia
sekadar renungan...


Di bawah ini ada saya senaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.
Ada artikel yang saya copy dari laman web[tapi dah x ingat]







1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.



2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemanju lain bergaduh di tepi jalan...



3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.



4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).




5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang' ...




6. Ramai yang terkejar-kejar untuk mengejar duit,tapi jarang pula yang mengejar duit itu mengejar pahala.




7.Ada ibu bapa bertungkus lumus menghantar anak-anak mereka ke kelas agama, walhal ada di antara mereka tidak tahu amalan wajib dalam agama.




8.Ada yang meraung-raung apabila gagal memasuki rancangan realiti tv, tapi tak ada yang meraung disebabkan tak reti baca al-quran.




9. Ramai gadis Malaysia suka mengikut lelaki asing ke Lombok dan akhirnya terpaksa meminta bantuan untuk balik semula.




10. Ramai ahli politik terpaksa bergaduh dan secara tak sengaja menunjukkan sifat baran mereka kepada rakyat...Apa motif?aku pon x tahu..hahahah




11. Malaysia ada macam-macam, minyak, petroleum, padi, gula, tapi harga tetap ikut dunia.




12.Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.



P/S: Sekian dulu, nanti sambung len ok?

Monday, July 26, 2010

::SEDIH PULAK TENGOK MYGIRL::

Salam semua,
good lick..heh, tetiba plak...
actually aku a little bit tired malam nih..
hahahha, xtau lak nape mungkin tadi
aku mandi luluq (lulur) kot, jadi
rasanya aura nak tiduq tu makin kaw-kaw lak..hihihi

hihi...ape-ape pon aku masih lagi meneruskan entry untuk malam nih,
mengambik mood nak posting ni kengkadang memerlukan kesabaran jugak
ye la, hahahah..kalo rajin bulehla aku buat 4,5 entry.
ni siang hari kalut keja, malam je la ada untuk aku rilexkan mind aku sket...
sambil nengok tv..hihihihi

malam ni, tetiba line tenet nih laju, maka dengan hati yang bunga-bunga
aku layan seciput cita mygirl..huhuhu...baru tgk gelak guling-guling
tapi nak dekat abes ending, alamak sedih sedu sedan semua ada
adoiiiiiiiiii...3 kali aku nengok cita nih,
3 kali la dok sedu sedan sambil menarik tisu..

walo sejauh mana pun coba kukontrol,
namun jatuh jua titisan embun ini..
wah..sungguh emosinya aku..hahahaha

ha, cita ni lah yang aku dok berfeeling sakan..hihihihi
aku x penah la dok langut cita2 korea nih...
tapi cita 1 ni ja yang aku layan....

dulu masa aku study, member-member aku sume dok layan cita nih..
aku pelik gak,sanggup depa tengok sambil peluk bantal depan laptop
sampai bunyi ayam berkokok pon stil dok tengok lagi..
xtau la pe yang best sangat..masa tu aku join ja depa tengok
tapi aku lena ja..hahahaha
[aku memang kuat tiduq]

sangat sedih lol cita ni.however pon ending dia mesti la dapat kat hero...
kiranya aku penah gak la angan-angan macam joo yoo rin nih..
waaaaaa, best nya hidop mewah macam kau,
hahahhaha..tah pe2 je la angan tak sudah aku..hiihihi..
okehla peeps, memandangkan aku dah ngantuk,
elokla aku beransur dulu....
sadaqallahul azim.








::TERINGIN NAK SNOW?::

Salam 1 Malaysia,
Hai u olls, dah lunch ke?
hihihi,
aku baru abes lunch...

besala xley tahaq-tahaq(tahan) kalau dah lapaq tahap komodo camni...

haruslah makan kalau lapaq....hihihihi

okeh,kali ni bunyi title aku mesti cam pelik sket kan?hihihi..

sebenaqnya bukanla salji real yang atas bumbung rumah tu,
aku just nak sharing info macam mana nak letakkan salji dalam page kita,

tengok kat blog aku ni comei x...kalo x gi tengok kat test blog aku pun ade gak..

ha, nak tau cara-caranya..?senang je...

meh sinih n
ak bisik, haahahahhaa....
sep ilmu betoi kan?hahahha takdala...

meh ngadap komputer dan laptop reramai..

[jangan ngadap komuter dahla]hihihi xde pekdahnya....


okeh,sila ikuti langkah ini ye sedara-sedara ku...


1. login ke blogger anda
2.pastu gi kat 'design'

3.kat 'page element' tu, pi kat add gadget

4. + html pastu masukkan kod ni kat bahagian content

< script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"> >



5.okeh, dah taip kod ni bahagian content, part yang paling susah sekali adalah save..hihihihi...susah x?hahahah..kalau x susah silalah save..dan boleh view je page anda, cantikkan..hihihihi....


p/s: selamat mencuba ye diucapkan..semoga berjaya la hendaknya..hihihi






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails