nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label penenang jiwa. Show all posts
Showing posts with label penenang jiwa. Show all posts

Friday, July 27, 2012

::[IT'S OK] ITU ADALAH SATU PENIPUAN HALUS::

Assalamualaikum to all bloggers, stalkers, and silent readers.



Alhamdulillah, ada kelapangan untuk mengupdate di pagi jumaat ni.Harini dah hari ke-7 bagi semua umat Islam berpuasa.Selamat berpuasa dan semoga sentiasa istiqamah dan menjaga lidah lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan ni.



Sejak kebelakangan ni, dalam 'kesenyapan' aku update apa-apa entry, sebenaqnya aku ronda banyak blog, especially blog followers aku, dan jugak yang tak jadi followers pun aku singgah. Cumanya aku hanya membaca, jadi 'silent readers' bak kata orang. Dan kadangkala, aku drop komen kat entry yang mana yang aku rasa nak komen la.



Aku rasa musim la ni, ramai kot yang tengah frust bercinta. Aku pun tak paham jugak, ada musim kot.hihi. Sebab dari fb wall aku, message, sms la, blog la. Semua tengah down semacam. Yang si lelaki, dapat girlfren curang, yang si perempuan pulak sama keadaannya. Kengkadang aku dok pikiaq jugak, apalaaaaa yang sebenaqnya hangpa nak dalam hidup ni? Bila takdak, kalut mencari bagai nak rak, bila dah dapat yang baik, hangpa tinggaikan pulak pi cari yang tak baik. Ish... ish.... Aku pun dulu sama macam semua jugak, sakit tu memang tuhan saja la yang tau. Bukan la nak kata hangpa saja.hihi.



Ada sahabat penah tanya aku 

"weh, hang ni memang takdak perasaanka? tak besa ka feeling-feeling bagai ni?" 


Sapa kata? Aku pun manusia jugak, ada hati macam orang lain. Cumanya aku lebih suka diam, sakit sorang-sorang. Aku jarang share dengan orang. Ada laaaa yang mana rapat-rapat tu tau la keadaan aku. Tapi bagi yang taktau apa, depa akan nampak aku memang happy all the time. Sebab tu memang perangai aku. Dalam hidup aku, memang la aku banyak menipu. Aku tipu diri aku, untuk buat orang lain bahagia, senang hati. Walaupun aku macam tahap dewa punya frust, aku takdakla moody tunjuk depan orang. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.





Bagi aku, bila aku frust bagai, aku lebih suka luah masa sujud. Tu saja cara aku, bukannya suka buat hingaq kat facebook segala. Tak semua benda kita boleh cerita dengan semua orang. Takat dapat like belambak-lambak kat facebook tu sapa pun boleh.hahaha. Tapi apa functionnya? Takda gunanya pun.





Ayat kat atas ni aku dapat dari __________ shhhhhhhhhhhhhhhh.. Takleh habaq. Rahsia kompeni.hahaha. Memang tengah frust budak ni.hihi. Tapi apa-apa pun jangan frust lama-lama. 




p/s : Salah satu cara nak dapatkan ketenangan hati, kena selalu dekat dengan tuhan. Bukan dekat dengan makan..kikiki. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Kredit : Kimberley's wall, on facebook. Thanks for sharing.


Thursday, June 14, 2012

::BUAT JIWA YANG DUKA::

Assalamualaikum peeps...



Agak lama aku tak update apa-apa kat sini. Sebab agak sibuk dengan keja-keja aku yang tak berpenghujung lagi. Buat pagi ni, aku update sket makanan rohani untuk jiwa-jiwa kita yang masih kosong, dan kadang-kadang kita takbur, kadang-kadang jiwa kita sedih, kecewa sangat-sangat dengan apa yang masih kita tak dapat. Sama macam aku..huhuhuhuhu



Agak menarik video ni, bagi jiwa hat jenih touching-touching (macam aku).wahahahaha.bagi sapa yang takdak kesedaran sivik tu, mai tengok ramai-ramai..






p/s: touching dah aku..huhuhu.

Thursday, May 24, 2012

::JANGAN ENGKAU MARAH, AKU DISISIMU::

Assalamualaikum peeps...




Alhamdulillah harini dah masuk 3 Rejab, lepas tu syaaban dan ramadhan pulak yang akan menyusul. Bagi sesapa yang tengah posa sunat, posa ganti tu, selamat berpuasa diucapkan. Aku pun posa jugak harini...hihi. Banyak diam saja harini, tak cakap banyak sangat. Cuma ada masa dan kesempatan untuk update blog aku ni dengan ilmu yang ada, tak banyak mana. Sekadar untuk share semata-mata. Terpulang bagi yang nak menyampaikan.






Satu fenomena yang agak biasa dalam diri kita, bila kita menegur tu maksudnya kita ambik berat. Maksudnya kat sini, janganlah bila ada yang menegur kita bila dah terang-terang nampak tu memang kesalahan kita, kita kata "dia tu menyibuk pulak, diri sendiri jalan tak betui, ada hati nak menegur orang".




Sedarlah saudara-saudariku yang dihormati sekalian, 


Cuba positifkan minda kita. Menegur bukannya untuk menjadikan akhlak kita jadi lebih teruk, selalunya orang yang menegur, dia nampak apa yang tak kena di mata dia, yang mungkin kita sendiri tak sedar. Jadi itu adalah proses untuk kita belajar dari membuat kesilapan yang berterusan. Amat malang, bagi mereka yang apabila ditegur terus melenting dan melancarkan serangan balas kata-mengata yang menyakitkan hati.



Rileks..............

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."




Dan bagi yang nak menegur tu, silalah guna bahasa yang lebih lembut dan halus dari softlan, sebab, ia akan meresap jauh ke jiwa. Jika gunakan kekerasan dan lisan yang berbentuk amaran, jarang ada manusia yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. tegurlah secara berhemah. Kalau yang menerima lah, yang tak boleh terima, biarkan dulu. Hidayah hak Allah, Dia boleh bagi pada sesiapa saja hambaNya yang mahu mencari.





p/s ; Janganlah menutup pintu hati di saat ia masih mahu menerima kebaikan, kesian hati kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails