nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label stalkers. Show all posts
Showing posts with label stalkers. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

::AKU MEMANG TAKUT STALKER::

Assalamualaikum.



Mengupdate dengan entry hari ahad dari lappy kesayangan hamba ni. Semenjak, 2,3 menjak ni jari aku maleh nak menaip.hehehe. Asyik dok main game kat fb ja.Syok la jugak dah takda aktiviti kan malam-malam hari. Aku dalam proses nak buang lagu dari youtube yang aku penah upload sebelum ni kat blog aku ni. Sebabnya aku dah rasa macam lebih berat dari biasa dah blog aku ni. Dah tahap-tahap kontena dah had muatan dia.




Sebelum aku melalut tah hapa-hapa lagi. Aku selalu terpikiaq, "eshh....ada ka orang yang jadi perisik blog huduh aku ni". Seriously, sapa la sangat kan nak lalu lalang kat sini. Kalau bukan aku ja.hahahaha. Tu pun takat tengok-tengok ja, tak update apa pun.Actually aku memang takut sket ngan penghendap berani mati ni. Kot-kot la ada yang nak jadi stalker siasat aku.




Bila kat fb aku privacykan segala-gala, tapi kat blog ni bukan privacy pun. Sapa-sapa ja boleh lalu lalang sini tapi tanpa tujuan apa pun. Kengkadang aku noticed ada jugak yang suka baca apa yang aku tulih kat sini, sebabnya ada yang bagitau aku, depa baca blog aku ni. Siap ada yang suruh aku buat page kat fb. Aku rasa kalau aku buat page kat fb pun, berapa kerat la yang akan like sangat kan? hihihihi.






Bila kembali cakap  soal stalker ni. Sebenaqnya, aku taktau pun apa yang nak dihendapkan sangat oleh mereka-mereka yang terlibat. Aku cuma ada kehidupan biasa aku, mungkin jugak depa suka nak tengok aku jatuh ataupun apa-apa ja. Tapi sejauh mana pun kehidupan aku, aku still macam ni.Masih lagi hidup, alhamdulillah.Dan pada mereka-mereka yang rajin intai-intai kehidupan aku tu, tima kasih na sebab masih lagi teringat nak tengok kehidupan aku kat sini walaupun kita tak penah jumpa.ahahahah.sekian. chow.





Pada kawan-kawan yang pesan kat aku supaya jangan takut pada stalker, tima kasih a lot. Syok ka jadi stalker? sakit hati ada la kot.hahaha.

Thursday, June 2, 2011

::2 HARI FOLLOWERS AKU TAK BERGERAK::

Assalamualaikum bloggers....







Entry berserta gambaq yang dikidnap dari blog orang
(salah satu gambaq adalah dikidnap  menjadidiriku1002.blogspot.com)





Pagi ni aku bukak blog aku, aiseh, asyik 488 ja.....apa tu? Followers aku la...hihihi. Dua hari tak bergerak, tadi baru naik sorang, menjadikan jumlah terkini 489. Aku pelik, selalunya, naik cepat la jugak kan..hihihi. Kali ni macam susah nak naik capai 500.




Errr, takdak orang baca entry aku ka, tapi bila tengok statistic, running ja..... maknanya ada yang jadi silent readers ni kot tak follow (aku agak ja la)..hehehhee.... Tadi ada orang mengaku dok jadi stalker blog aku ni.......hahaha.. Baru aku tau ada jugak yang dalam diam...









Errrr....rindu aku kot yang dok jadi stalker ni (saja buat ayat perasan) hahahhaa....Time kasih si comel, takdak akaun gmail la tu..hehhehehehe. Takpa la, baca ja la apa yang ada dalam ni. Nilah tempat lepak aku, sebabnya aku tak berapa suka nak lepak kat tempat ramai orang.









Dan tak lupa jugak buat silent readers aku...yang memview page aku ni secara sengaja atau pun tak, tima kasih na singgah kat sini dok baca entri merapu aku.hihihi. Tak semua la yang aku merapu, kengkadang, merepek, mengarut pun ada jugak.





Dan ada jugak yang cakap kat aku, tunggu la follower hang cecah 499, baru aku follow..hahahaha, gilos! lambat lagi kot, kalau takdak yang 487,488,489,490 cam mana hang nak jadi no 500?hahaha...hampagas betoi. Takpa la, follow la kalau hang suka dan kalau hang teringat nak follow.





Ada jugak yang bagi tips kat aku, hang buatla contest bagi habuan sket bagi sapa yang bertuah...erkkk? Nak habuan ja ka, sebab tu baru nak follow...aishhh...susah la nak dapat loyal readers kalau macam tu..huhuhu. Aku bukannya anak tan sri dan pertubuhan badan agihan untuk agihkan bantuan kecemasan...lalala. 





Tima kasih na sapa yang follow aku, kalau ada followers yang nak suggest blog yang best-best silalah, tinggalkan link kat komen ni tanpa meletakkan http:// kat depan blog anda tu ye.... nanti dikira spam pulak....






sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails