nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

::MENGADULAH PADA ALLAH BUKAN DI FB::

Assalamualaikum. to all bloggers and readers. Dan tak lupa jugak buat yang blogwalking sampai ke sini.




Aku memang selalu laaaa jugak melepak kat mukabuku aku tu. Boleh dikatakan almost everyday jugak la aku online. Tak masuk sehari rasa macam katak dok bawah tempurung ja.hahahaha. Macam-macam gelagat jugak yang ada kat pesbuk ni. Antara aktiviti yang ramai dok pulun buat dalam pesbuk ni adalah...



-Dok update status 4,5 minit sekali, 
-men game, 
-post ayat-ayat jiwang, 
-post lirik-lirik lagu, 
-maki orang, 
-kutuk tv3
-bagi tazkirah
-tag kawan-kawan
-upload DP yang bajet comei dan hot-hot
-post status mintak simpati
-post video dari youtube



dan pendek kata, macam-macam lagi la.....hahahhaha. Memang happening kan pesbuk ni.update status satgi berderet-deret la komen.Tapi yang tak syoknya bila terlalu banyak sangat luahan kat fb. Adoiii, buat semak kepala ja. Apa laaaaa sangat nak meluah-luah sampai meleret-leret kat fb. Serius nampak tak matang langsung wo.




Aku paham la..... pompuan memang cepat emo, bila gaduh sket update status bebai kat pesbuk. Gaduh pasai laki tak beli nasik lemak pun update masuk pesbuk.hahahaha.Kengkadang nak tergelak jugak aku dengan perangai tak matang sesetengah orang ni. Tapi aku tak komen apa la..Just lalu ja.





Ada buat ayat perasan baguih pun ada.hahahhah.Tapi apa yang aku nampak la. Budak-budak la ni agresif sket. Pantang orang update status ja, depa pun komen kasaq gila.siap maki-maki. Aku tak paham. Biaq pi la orang nak update status apa pun. Kalau tak suka tak payah dok maki orang la. Jangan dok pi komen.




Apa-apa pun terpulang kepada ke'cerdik'an masing-masing la. Jangan terlalu banyak meluah kat pesbuk.Hangpa takkan tau persepsi orang. Kadang-kadang ada orang senyum suka hati bila depa tengok status kita hat sedih-sedih kat pesbuk.Jangan setiap inci pergerakan kita kena update status pulak 



"Harini kami sekeluarga nak gi bercuti-cuti ke Las Vegas".


Ayat memang dah sah-sah macam bangga. Tapi tak risau ka, kot-kot la ada penjenayah menyamaq jadi kawan kat pesbuk ka, bila nampak status macam ni..huuuuuuu...happy go lucky la jawabnya....







p/s : Apa-apa pun nasihat aku, kalau tak puas hati tu luahkan saja pada Allah. Dia kan lagi memahami kita. Aku pun nak luah kat Allah jugak pasai masalah aku ni...okeh.renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, August 26, 2011

::AKU INGATKAN AKU SORANG JA MACAM NI....HIHI::

Assalamualaikum to all readers,




Malam ni hujan lebatnya ibarat mencurah-curah ke ladang gandum.hihi. Malam ni tah hapa la aktiviti kebosanan aku, maka aku telah 'like' banyak page jiwang kat fesbuk. Muahahahaha. Aku tengok, fuiyoooooo.... ramainya kawan aku dok like page macam ni. Aku ja ketinggalan, baru nak like.hahahaha. Takpala, aku like jugak walaupun lambat bertindak.....









Lately, aku pun heran la. Ramai yang heartbroken kot kat fesbuk.Semua status sedih-sedih ja. Aku ingatkan aku sorang ja yang heartbroken, rupanya............belambak lagi dalam Malaysia ni..hihihihihi. Tapi apa-apa pun, nasihat aku buat diri aku dan kawan-kawan, jangan la emo time-time raya ni, x syiokkkk la.





Dulu, aku dok rasa aku la yang paling teruk heartbroken dalam dunia ni. #padahal tak kot. Saja buat teruk. Rupanya sekali aku 'like' page jiwang bawang kat pesbuk, baru aku tau, ramai lagi yang patah hati, jantung segala. Kengkadang tengok muka, comey-comey pun boleh patah hati jugak. Aku dok ingat budak-budak comey la ni senang dapat pakwe baru..hihihihihi. Len la macam aku ni. Memang apa pun tak boleh.





Bila kena kat hidung sendiri, baru aku tau, apa yang kita rancang selalunya takkan menjadi. dan apa yang kita tak rancang tu pulak kadang-kadang yang menjadi. Sakitnya patah hati, patah sayap, patah segala-gala ni, tuhan ja la yang tau. Sakit memang sakit, tapi hidup ni kena go on jugak derrr... Takkan lu nak lost hidup lu sebab cinta ja. Family kan still support lagi....orait la tu.





Baru aku tau, walaupun ada yang menasihati, memang kadang-kadang tu boleh buat kita rasa sedikit lega, tapi hanya masa ja la yang mengubatnya, kan?kan? Dan aku dok dengaq, yang dah kawen pun jadi hal lagi, heartbroken jugak. Kengkadang, aku terpikiaq, scary jugak bab-bab kawen ni..huiiii..Bukan senang, walaupun orang kata cinta tu buta, tapi bagi aku la, aku rasa manusia dibutakan sebab cinta. Kadang-kadang ada yang kata, takdak duit pun takpa asalkan ada cinta. tapi, susah jugak kalau takdak duit ni.huhu





Apa-apa pun buat yang putus cinta, putus tunang, dan yang bergoyang-goyang tu, doa ja yang terbaik. Insyaallah, Allah tu dengaq apa yang kita mintak. Takdir ni kena la redha, jangan buat benda bodoh pulak, takut nanti yang dikejaq kat dunia ni tak dapat, yang tak terkejaq pulak yang menyusul.





p/s : baru lepas dengaq kisah ketabahan kawan-kawan, kejarlah cita-cita sebelum cinta.

::SELAGI TAK LUAH, NAK TIDOQ PUN TAKLEH::

Hai bloggers,




Assalamualaikum w.b.t to all bloggers, stalkers, readers dan semua-semua lah yang masih lagi menjejakkan mata [#haha..statement apa pun taktau] kat sini. Harini dengan mood yang suam-suam kuku, aku mengupdate blog ni dengan keadaan yang agak kesunyian, sebab ada dah yang balik kampung segala.





Harini nampaknya banyak dah plat luaq yang masuk penang. Pakat dah sampai kampung la kot belaka. Meriah sket nampak jalan kat penang ni + sesak.hahahha..Nasibla...selamat bersengkang mata bersesak-sesak, syok kot.





Ada orang cakap "jangan campur hal personal dan hal kerja" "jangan libatkan masalah peribadi dengan study". Tapi setakat mana keberkesanannya [#cewwaahhh..baku] aku pun taktau. Ada orang yang boleh handle situasi, dan most people tak boleh elakkan dari susah hati time keja/study sebabkan hal peribadi. Tak kisahla hal apa pun.macam-macam la.





Tapi bagi aku, agak susah la nak handle, kalau aku ada personal problem, aku memang susah hati, sampai mood makan lari, mood nak senyum pun lari, mood nak study lari, mood nak keja pun boleh temporary out of service. Bila melibatkan sakit hati, memang macam tu la keadaan aku. Nak tidoq pun tak boleh, sedih jangan cakap la, tuhan ja yang tau. Masa ja la yang boleh sembuhkan hati. Takda sapa yang boleh sembuhkan.








Tudiaaaaaaaaa..kunci hati keluaq dah.hihihi. Susah oiii nak ubat hati sendiri. Tapi selalunya aku tunggu masa yang jadi pengubatnya. Kadang-kadang bila ada hal apa-apa, aku lagi senang cerita ngan besfriend aku. Selalunya secret- secret aku ni memang dalam tangan depa la.hahahha. So, yang mana yang rapat dengan aku tu akan tau la macam mana.





Selagi aku tak share, aku memang tak boleh buat apa. Serba tak kena, sebabtu aku lebih suka sharing pastu gain feedback pulak. Macam tu la gunanya kawan, bukannya cari kawan yang suka tikam belakang. Yang jenih ni tak berkawan pun takpa, takda ruginya.





Macam kat blog aku la jugak, aku lebih suka sharing open kat sini, saja la suka-suki aku merapu kat sini. Tapi as long aku berblog ni, aku paling tak suka sangat la sharing personal aku dengan lebih detail, cukup la sipi-sipi ja. Aku takla kedekut sangat nak dedahkan identiti aku, aku share ja, tapi aku masih bataskan lagi la bab personal sharing kat sini.





Selalunya yang tau pasai aku, hanya yang rapat-rapat dengan aku ja, depa ni la yang selalu banyak bagi advice kat aku, macam-macam. Dari keadaan 'down' pun aku boleh cari kekuatan balik. Aku tak pernahnya buang kawan-kawan aku, cuma bila ada yang aku kecik hati ngan kawan-kawan tu, aku slowkan sket ja hubungan kawan tu, aku banyak diam ja [#walaupun hakikatnya aku bukan pendiam].hahahhahaha. Jadi tu ja buat masa ni, nanti mai idea baru aku update len.





p/s : cintailah sesiapa yang mencintai anda, tapi lebihkanlah cinta anda kepada Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails