nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, May 4, 2011

::SEGMEN MESRA BLOGGER BERSAMA PEMBAWA WACANA::

Salam 1 Malaysia....and selamat pagi yu ollsss....hehehhe...





Okeh, pagi ni aku start ngan entri first aku joinkan diri aku dengan segmen Pembawa Wencana. Sebab aku memang pantang sket ada segmen-segmen time aku tengah senggang ni.hehehhehe....keja nak join ja.Hahahha. Aku memang suka menyemakkan segmen orang...hahahahaha(opppssss, banyak gelak mematikan jiwa).









Buat sesapa yang nak join aku menyemakkan segmen pembawa wacana, mehla klik sini. Bolehla sama-sama meramaikan keadaan.hehehhe.






Kalau ditanya kat aku antara KAYA dan POPULAR yang mana satu pilihan aku....errrrrrrrrr..emmmm... hemmmmmmmm...aku pilih sekaya kot....(macam lalang kan kot tu)hehe..Okehla....aku pilih KAYA. Walaupun aku tau kadang-kadang kaya tu boleh buat kita lupa daratan. Aku takla suka sangat kaya, kalau boleh biaqla kaya yang berpada.......





Sebab apa aku cakap macamtu, sebab aku takut aku hidup di awangan, tak berpijak di bumi. Tapi kalau dah pembawa wacana suruh pih dua tu je, aku pilih KAYA ja lah. Sebabnya, memang aku tak nafikan semua benda dalam dunia ni perlukan duit.







Tapi, duit ni memang makcik kedai takmau. Sebab berbeza currencynya. kalau aku convert duit nih, sah! memang aku kaya. Silap-silap boley  hilang akal seminit dua pikir apa aku nak buat ngan duit ni,hehehhe. Aku boleh beli banglo, porsche 4, 5 bijik. Aku boleh beli aset harta dunia yang mewah tapi tak boleh pulak nak bawak masuk dalam kuboq.At least, merasa kaya sat ja sementara masih hidup ni.






Bagi aku, tak popular pun takpa, asalkan ada aset berjutan-jutan gitu. Lantakla, kalau aku tak popular pun. Tapi aku rasa bila dah kaya lajok, mesti popular tu akan datang dengan sendirinya kan? betoi dak? Memang sah-sahla ada ja paparazzi nak ambik gambaq orang kaya. (macam tak secure lak aku rasa)... Yang tu ja pilihan aku. so, aku pilih kaya la. gud bai popular. Kalau sapa nak popular, jom aku bawak.....









Kita pi sini la boleh popular sama-sama..hahahhahahha(banyak gelak dah aku ni).Okeh, sapa nak bangkang cakap aku maila join segmen ni....sapa nak join mai klik sini. Dua kali dah ni aku dok promote.haha







Menurut pembawa wacana, tarikh luput segmen ni macam kat bawah ni :


EXPIRY DATE : 5 MEI 2011 (cuncun hari khamis)
JAM : 12.01 AM (aku for sure tidoq dah)
Bersamaan 1 Jamadil Akhir 1432H







sekian, untuk makluman.

Tuesday, May 3, 2011

::RASA MACHO TAK BILA MULUT KELUAR ASAP??::

Salam 1 Malaysia...dan selamat menempuh waktu malam....




Okeh, malam yang hening ni, tetiba aku teringat tentang sebatang ni yang memang sinonim dah dengan masyarakat kita. Budak-budak sekolah pun dah pandai.Ada yang siap cuba curi-curi nak menghisap kat kawasan sekolah lagi. Agak nya nak menguji kemachoan masing-masing kot.




Aku pun tak faham sangat, kenapa ramai lelaki khususnya suka sangat hisap rokok. Apalaaaaa gamaknya faedah yang depa dapat. Macho kot bila mulut berasap-asap tu (macam naga ja). Bagi aku, aku tak nampak pulak benefit yang ada bila dah menghisap rokok ni. Banyak memudaratkan ada la...







Setahu aku la, rokok ni disumbat dengan macam-macam bahan kimia, tapi sungguhpun ada tar segala, tapi makin ramai la pulak orang yang menghisap ni. Yang aku geram, kat hospital dan kat tempat yang memang sah-sah ada "NO SMOKING" rilekkkk ja puak-puak ni dok berhembus asap rokok. Hishhhh..takda kesedaran sivik langsung.







Kalau ya pun, tolonglah consider kat orang sekeliling sama, asap rokok tu sebenaqnya lagi membahayakan orang sekeliling. Dalam kepala aku, dok pikiaq...mahai tuuuuu rokok la ni. Sebatang pun dah berapa. Dalam sehari, mau sekotak kot.







Bila tengok kotak rokok yang ada gambaq macam-macam ni serius buat aku loya, tapi puak merokok ni boleh dok hadap pulak benda-benda macam ni. Macam takda perasaan geli-geleman ja....Apatah lagi bila kita selalu tengok kandungan yang ada dalam sebatang rokok macam kat bawah ni.....







Tengok,...kan macam-macam ada tu...Toilet cleaner pun ada?aiyakkkkkk...esok aku suruh makcik cleaner kat opis jangan abiskan toilet cleaner tu sebab bahan penting tu dalam rokok.hehehe. Apa-apa pun anda kena tekad untuk sep duit beli rokok......Kalau la himpun duit rokok silap-silap boleh tangkap evo dua, tiga bijik, porche sebijik kot...hehe










Jadikan ini yang terakhir ye....Ingat orang tersayang, anda mampu mengubahnya(macam iklan la pulak). Jauhi rokok and say NO to SMOKING. Selamat berjaya, jadikan azam baru setiap bulan, bukan setiap tahun yang tak berapa dapat dipenuhi tu.








sekian, untuk makluman.

::APAKAH INI TANDANYA HATI ROSAK BILA CINTA ALLAH DIKETEPIKAN DAN CINTA MANUSIA DIDAHULUKAN??::

Salam 1 Malaysia.....and selamat pagi....





Pagi ni aku tergerak hati nak mengupdate hot entri yang sampai bila-bila pun tak akan pernah luput kat kepala kita semua. Sekadar renungan dan peringatan bagi mereka yang lalai. Biasalaaaa la ni kalau kita tengok bab-bab bercouple, memang kadang-kadang sampai berpinaq bijik mata ni. Sebab budak-budak la ni tak agak-agak.








Bukan main no.....zaman-zaman dok bercinta, semua syok. Dunia rasa macam ana yang punya. Kalau boleh dating, jalan-jalan pegang segala...kadang-kadang sampai tak kira sapa, kat shopping complex, depan masjid pun menjadi. Kadang-kadang orang tengah dok azan tapi belangkas ni macam takdak perasaan ja.





Masa bercinta, pi mana melekat-lekat ja. Rimas pulak aku ni. Bukanla nak kata aku ni jeles ka hapa. Tapi rasa macam geli plak nak tengok permandangan aku. Tu yang aku rasa semakkkkkkkkkk ja nak pi jalan-jalan. Memang serius sangat teruk.








Pakai tudung bukan main cun, comey sangat. Tapi berkepit tak hingat. Kalau kita tengok, yang spesies ni memang siap menjeling. Eleh, macam la aku kebuluq sangat pakwe hang tu. Aku taktau, adakah pompuan yang jenis pakai jeans ketat, baju pendek, shawl jarang tu  jadi stok bagi lelaki ja???? Aku nak tanya sat sapa-sapa yang rasa dia LELAKI...





Memang terngiang-ngiang jugak dalam kepala aku.....Ish,....ada jugak no orang ambik buat bini. Aku ingat saja ja suka-suka takat nak buat awek ja. Besa la kan, kalau takda awek, dikatakan kuno lak.  Pastu pakat-pakat la cari awek sorang dua.Buat bahan ka hapa pun taktau la...






Kalau masa bercintan-cintun, bukan main melepak lagi sampai tak hirau orang azan. Masuk waktu pun buat taktau ja, janji boleh tengok wayang berjam-jam. Kadang-kadang aku saja ja ronda masa hari jumaat. Hari jumaat kan rehat lama. Boleh je selamber dok berkepit kat shopping complex kan??? Macam takdak perasaan bersalah ja takpi sembahyang jumaat padahal bukan ada masalah apa pun. Boleh ja heret awek ketat pi jalan-jalan kan........








Tak ingat langsung kan di mana Allah ketika itu. Kalaulah waktu itu dijemput Izrail...huiiiiiiiiiii..........memang naya. Tapi takda sapa pernah ingat, mana ada mati tiba-tiba kan.......hemmmmmmm....sapa pun takkan jangka.....Ya lah kan, bila kat dalam syurga dunia, memang kita takkan sedarpun benda-benda buruk nak jadi kan. Semua benda yang short-term ja yang difikirkan.......











Tapi bila dah break, mesti rasa hilang 'syurga' tu kan.....Tanyalah sapa-sapa yang pernah frust. Mesti rasa tercari-cari balik jalan hidup. 











Sebelum ni, mungkin dia lah segalanya untuk kita. Kita hanya nampak benda yang baik ja tentang dia. Kita tak perasan pun drama atau propaganda di belakang kita. Tapi kebanyakan manusia memang takkan prepare benda yang buruk kan? Sebab tu kalau aku tengok berita, aku tak rasa terkejut pun tengok ada chikaro-chikaro yang sanggup panjat bangunan pastu buat jumping yang menyayat hati. Tapi dalam hati kecik aku ni kecewa sangat sebab depa tak pikiaq panjang.





Apa faedahnya buat semua tu. Takkan segala ilmu yang mak bapak kita curahkan sia-sia macam tu ja??? Tak pernak ka rasa perasaan orang tua kita? Senang-senang ja buat jumping macam tu? Jangat ingat nyawa kita ni tak bernilai tau.









Sesiapa pun pernah rasa kecewa dalam hidup masing-masing. Tapi tolonglaaaa kawal emosi. Jangan terlalu ingatkan hati. Ingat lah, mati bunuh diri tu tak bau syurga tau...Takkanlah syurga dunia ja nak dapat tapi syurga akhirat???????takkan nak abaikan. Mungkin kita akan jumpa orang yang kita sayang di akhirat....Siapa yang tau??? Mana iman yang dibajai selama ni......Untuk apa segala ilmu fardhu ain yang diajar?





Kalau benar nak bercinta...Bercintalah sebab Allah. Kalau benar nak sayang. Sayangilah kerana Allah. Setiap perbuatan kita kerana Allah tu sentiasa mendapat pahala. Masalah yang kecil jangan dibesarkan. Tak guna pun nak mengenang lelaki atau perempuan yang sakitkan hati kita. Takda faedah dan buang masa ja semua tu.










Carilah keampunan Allah. Masih belum terlambat untuk kita sementara hayat masih di jasad, selagi nadi masih berdenyut. Cinta Allah yang mesti diutamakan. Bila Cinta Allah lebih diutamakan......Jangan risau tentang cinta manusia. Cinta manusia tu akan datang dengan sendirinya. Renung-renungkan dan selamat beramal....








Sekian, untuk makluman.


Monday, May 2, 2011

::CARA BELAJAQ YANG BERKESAN::

Salam 1 Malaysia dan.....selamat malam untuk semua blogger yang still sudi lagi nak singgah kat sini.



(Entry berunsurkan nasihat sebagai panduan hidup)




Okeh, di keheningan malam yang suam-suam kuku ni. Aku nak bagitau la semua, kaedah yang aku dok praktikkan. Kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tak berapa nak menjadi sangat. Kalau la kita hidup lama pun, tak guna jugak bila kita selalu buat salah yang sama. Betoi dak? Memang la orang kata learn from mistake. Tapi takkan sepanjang hidup kita ni nak buat salah ja manjang? Cuba hangpa pikiaq.










SALAH???? Memang lumrah semua manusia ada buat salah. Baguih jugak sebenaqnya bila buat salah ni. Satunya, kita akan belajaq..oooooo apa yang aku buat ni salah, sepatutnya macam ni. Keduanya, kita dapat buat sesuatu benda tu agak sempurna sikit dari first trial. Betoi dak?





Tapi, pernah dak hangpa terpikiaq....punya banyak salah dalam dunia ni dan kita takkan sempat nak hidup pun kalau nak buat semua kesalahan dan belajaq dari kesalahan yang kita buat tu. Jadi macam mana cara dia?????????





Haaaaaaaaaaaaa...aku suka soklan tu. Nak tau macam mana caranya nak belajaq jadi manusia? Gaya cakap macam aku ni bukan manusia lak sebelum ni...hahhahahah..Bukan la macamtu maksud aku, cuma aku nak hangpa belajaq dari kesalahan orang lain, dan take a better action from that mistake(fuhhhh...speaking siap)haha.





Ya la, bila kita tengok orang lain buat salah, at least kita dah jimat satu kesalahan. Kita hanya ambik langkah pembetulan ja.Betoi dak? Tak payah buat salah macam orang tu buat (Orang tu mean....sapa-sapa ja la). 






Esok, kalau nak buat balkoni, jangan buat atas railway tu, tak ka haru tu buat salah yang mendatangkan maut lak nanti....





So, moral of the story, kita mungkin tak sempat hidup lama untuk buat semua kesalahan, tapi belajar dari kesilapan orang lain, boleh membantu kita untuk betulkan langkah yang sepatutnya....








sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails