nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, September 21, 2013

::SELAMAT TUHAN KURNIAKAN::

As-salam....


Al-kisahnya kelmaren besday mak. Macam selalu kebiasaan yang aku buat wish "hepi besday" tapi jarang la buat celebration segala bagai macam orang lain. Memang hari berlalu macam biasa.


Mungkin kalau orang lain, at least ada la jugak celebrate macam-macam, tapi aku tak buat la sangat. Alhamdulillah, mak masih diberi kesihatan yang baik walaupun dok sakit gigi lagi. Mak memang yang terbaik untuk aku.


Walaupun jarang-jarang nak bergambaq sekali, tapi bayang mak tu sentiasa ada dalam kepala aku. Bagi aku, mak la yang selalu jadi motivator dalam kehidupan aku. Aku rasa bahagia sangat bila mak ada, tengah susah pun mak saja laaaaa yang paham.


Kalau aku sakit, aku memang rasa aku sangat-sangat perlukan mak saja dengan aku. Orang lain, aku tak kesah sangat sebab aku tau aku tak mampu nak handle semua benda. Mak yang banyak jaga aku, dari aku kecik sampai la besaq panjang. Mak jugak yang banyak berkorban dalam family untuk segala macam benda.



Sesungguhnya, mak penawar hidup aku. I LOVE YOU MOM. HAPPY BIRTHDAY.




Sunday, September 15, 2013

::ALAMAK...TAK CUKUP MASA!!!::

As-salam peeps.


Cuti 3 hari ni pi mana? jalan-jalan ka? untung laaaaa. Aku tak pi memana pun.dok rumah update blog ngan fb. Tapi tu pun, dok kalut tak cukup masa. Dengan nak buat keja lain lagi.


Betui la kan, orang kata, kadang-kadang dalam hidup kita ni, punya banyak la keja nak buat sampai satu tahap rasa "alamakkkkkkk, tak cukup la 24 jam sehari". Pi mana pun taktau la masa aku ni. Nak kata sia-sia pun, ada la jugak sometime.



Tapi bila terpaksa handle 2 blog dalam satu masa, dengan blog baby online tu, dgn page kat fb lagi.fuyyyyoooooooooooooo. memang busy tahap gaban. Takdan nak manage. Nak ja aku sumbat setengah iklan baju baby tu kat sini. Biaqla nampak semak pun. Blog sendiri jugak.kihkih



Tapi, ada eloknya aku perasing dulu antara blog ni dengan blog bisnes tu sebab kepala aku pun jennnnggg jugok kalau dalam blog ni aku dok sumbat macam-macam hal. Mana ngan event group makan-makan pun aku dok letak dalam ni.hahahahaha. Event raya pun aku tak update. Punya la sibuk ngalahkan menteri belia dan sukan. kihkih



Okeh, sempena peng'aktif'an kembali aku dalam dunia blog ni, aku nak promote sikit barang-barang yang baru masuk dalam kedai online kami.Guna "kami" sebab sharepartner. kihkih







Orite, ni antara sebahagian yang ada untuk bulan ni. Ada banyak lagi sebenaqnya, tapi kalau aku lunggok lump sum kat sini, jadi semak pulak. So aku upload 3 jenis ja. Sapa-sapa yang interested nak membeli, nak cuci mata, ataupun nak tengok ratusan lagi gambo barang-barang baby ni, ada 3 channel yang boleh diselusuri.haha


Kat sini aku nak jemput semua reader,
1. Like page di fb : Sara babykids
2. Follow blog  : Sara babykids collection
3. Kalau nak order, blh jugak whatssapp ke no 016 2779908. Atau pun contact no 012 5826568 

Nanti ada partner aku akan bagi feedback.



Banyak aktiviti sebenaqnya aku nak update, tapi macam tajuk entry harini "alamakkkkkk... tak cukup masa!!!" tu sajala alasan aku buat masa ni. hahaha. Tapi betui maaaa. ini bukan mau tipu-tipu saje woooo.kikiiki.


Takpa, nanti kalau aku free lagi, aku update story baru, and sorry buat reader yang selalu dok tanya, bila nak update blog..kikiikiiiiki.


P/S : tak cukup masa maaaaa.haha.again.

Wednesday, September 11, 2013

::WHAT A LONG...LONG TIME::

Assalamualaikum.

Back to position as always.

Lama aku menyepikan diri dari blog ni.kikikii. Merajuk ngan harga minyak.huhuhuhu. Mengharapkan nilai ringgit bertambah baik, malangnya tidak seperti yang diharapkan.








Dah tak payah merungut.anda jugak yang menentukan.dan aku jugak turut merasa tempias ke'buduh'an itu jugak.kuikui. Padan muka. Okeh, sekarang masa untuk fokus pada kerjaya, dan kerjaya jugak kot.



Dan dalam tempoh untuk memulih kembali perjalanan blog aku, dengan update terkini, marilah kita berblogwalking.kihkih.


P/S : Starting update dengan jalan-jalan kat blog orang.

Monday, July 1, 2013

::KEDAI ONLINE BABY SEDANG DIUSAHAKAN::

Assalamualaikum..


Enjoy nampak keja? wakaakkakaka. Aku curik time sket nak update blog aku sambil-sambil layan page bisnes aku.kuikui.


Haritu aku ada cakap dah dalam entry sebelum ni, berbekalkan ilmu sebagai marketer ciput-ciput, aku nak buat bisnes. Tapi masalahnya, aku taktau nak start bisnes apa. Idea belambak. Tiap-tiap malam ada idea baru sampai ngigau-ngigau aku nak berbisnes. Tapi alasan yang sama, aku still taktau bidang apa yang aku suka.


Tapi yang aku pasti, aku suka buat bisnes yang takda expiry date, maknanya benda tu tak bermusim sangat dan tak cepat rosak and so on. Jadi, bab-bab buat bisnes pasai barang makan memang aku tak minat sangat. Payah nak handle, kadang-kadang ada musim. Contohnya macam crepe-crepe segala.



So, aku ambik risk sket,kuikui. Aku share partner ngan member aku buat kedai baby online. Memang nak start ni makan modai jugak la. Ya la kan, benda apa yang tak payah modal melainkan masuk MLM kot. wakakakaka.


ni page fb kami : sara babykids collection

Page ni masih lagi dalam fasa suaikenal dan RnD sebabnya aku tak abis lagi upload gambar baju yang lain. Maunya tak, baru upload sekejap ja dah sold out...huhuhuhu.Jadi, album yang dah sold out tu memang akan diisytiharkan sebagai sold out. Nanti boleh view album yang still available lagi.


Aku pun macam nak ngigau tengok baju yang diorder tu. Nasib baik la takda anak lagi.kihkih.Kalau ada, aku borong sekali gus sekali petik ja, ahahahahha. Sapa yang nak view stok-stok baju yang available sila ke page rasmi kami.


Ada lagi stok yang akan masuk dalam minggu ni. Jadi promotion pun agak menggila lah sket.kahkah. Bukak rezeki sket awai-awai ni. Jemput like ramai-ramai and thanks a lot pada rakan-rakan blogger dan fb yang sudi support dunia baru aku ni. Peace yawww.


Nak order boleh pm aku, ataupun komen kat bawah entri ni pun aku terima jugak. Nak lebih afdhal, silalah like page tu dulu, senang sket aku nak melayan.


p/s : Thanks for your support :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails