nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, September 15, 2011

::BILA HATI BERBISIK::

Yang disayangi, para readers,stalkers dan tak lupa jua buat yang sudi melepakkan diri seketika di ruangan yang kadang-kadang boleh memberi kesedaran ketika kelalaian sedang menerpa(harap-haraplah).




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wanshang hao to all.







Malam ni mengupdate entri agak tacing sket. Sebab aku tetiba pulak tacing tengok semanis kurma ni. Topik dia "Dendam semalam". Stressssss la pulak aiiii, dengan topik macam ni. Dengan tak semena-mena jugak mood aku boleh berubah angin tiba-tiba.





Memang normal, apabila manusia hatinya agak sedikit berbunga-bunga bila tengok kita down, tengok kita tertekan, tengok kita tengah berduka lara kuciwa. Mesti depa suka. Walaupun kita tak penah buat hal sangat, tapi bila contohnya aku post status pedis dan sedis kat pesbuk, berdoyon-doyon pulok la ha dok menge'like'. Uihhhh....depa suka kot.






Memang ada jugak yang sedaya upaya menaikkan semangat aku balik, bahkan aku teharu biru jugak ada kawan-kawan kat pesbuk siap sms aku, bila tengok aku post ayat-ayat pasrah ja.hihi. Saja ja kadang-kadang. Tapi ada orang alert dan bagi aku nasihat macam-macam. Kata depa "Aku tau hang ni bukan jenis orang yang suka marah, tapi jangan berdendam. Jangan benci orang yang hang tak suka. Kalau hang ada seciput dendam dalam hati, hang akan menyakitkan hati hang sendiri".






Betui. Aku memang sokong statement kat atas tadi. Bagi aku, aku ni nak marah tu agak susah, tapi bila dah marah, aku cepat cool pulak. Aku tak reti nak marah orang, api kadang-kadang walaupun sakit hati, tapi aku tak berdendam. Sebab aku tau, takdak faedah pun untuk apa yang perlu aku dendamkan. Kalau sesuatu yang jadi bukan atas kehendak aku, aku redha. Aku tak berdendam walaupun perasaan terkilan tu berganda-ganda dalam hati aku.






Apatah lagi nak buat jahat dengan orang, lagi laaaaa aku tak reti. Walaupun ramai orang bebas sakitkan hati aku, suka leeettttewwww tengok aku moody bagai, tapi aku tak kisah. As long aku takdak dendam dan benci pada orang, Allah hadiahkan aku dengan nikmat tenteram dan nikmat iman. Tapi dengan syarat, mestilah mengawal sifat marah dan jangan keterlaluan bila marah. Marah tu kan bisikan syaitooonnnnn.





Pada semua yang sudi baca entri aku kali ni. Semoga kalian juga dapat mengawal marah dan jangan berdendam.



I Lebiu.

Monday, September 12, 2011

::KISAH BENAR: 'SINGLE' vs 'IN RELATIONSHIP'::

Hai bloggers...sebelum tu...



Assalamualaikum... pada semua yang sudi baca story aku, yang kengkadang ada makna, dan yang kadang-kadang taktaula makna apa.muehehe. Malam ni, mood nak update mai pulak+mood lapaq. Komfem aku menelan lepas update entri ataupun sambil menaip, sambil menelan.hihi....





Ada yang tanya, mana lagi best...yang single ka atau pun yang dah tak berapa nak single.Pendek kata yang hati tengah bunga-bunga cinta ni. ehemmmm......Kalau tanya aku, aku diam ja la, sebab taktau nak jawab apa,haha.taktau status mana yang paling best.









Yang hat berstatus 'in relationship' syok dok canang merata, at least boleh menunjuk-nunjuk kat si single bahawasanya dunia ini mereka yang punya.Ya lah ada someone yang boleh teman pi sana pi sini. Syok letteeewwwwwwwww.huhu. 





"Tapi bagi aku ala.rilex la bhai.lu tayang awek lu depan guwa, lu ingat guwa heran ker bhai dengan rambut merah awek lu tu? guwa tau arrr guwa takla seterer awek lu siap boleh kalerkan rambut, macam-macam kaler, harmoni jugak la guwa tengok, tapi ok la tu bhai, as long lu suka, tapi tak payah la bajet bagoooosssss sangat depan guwa.tayang-tayang awek seksi lu.adoiii pedih pulak mata guwa ni bhai."





Bila yang 'in relationship' asyik dok mesej ja 24 jam. yang single(macam aku) tengok ja la. Takkan nak marah pulak ye dop? kredit mu.ikut mu la. nanti cukai lagi kena..peheheehheh. Aku kadang-kadang kredit tak bergerak, dua bulan 10 hengget tu la yang aku guna.





Aku tengok awek sorang ni, keta problem tepi jalan. Kalut dok kol pakwe segala tanya nak buat cemana ni, ayang tak reti apa-apa pasai keta.huhu.Meh la tolong tengok kan jap.euwwwww. Haritu, aku bawak moto dahtu mati tengah jalan, dengan muka slumber dan tak bersalahnya, yala nak bersalah cemananya dah dia nak rosak, tengah-tengah paneh terik try cari solution sendiri. Yala, nak kol sapa lagi?cangak ja la sorang-sorang, nasib bek la ada mat motor tulung aku.hihi. Baguih tau mat rempit macam ni.(up sket).





Bila pi tengok movie, dah si 'in relationship' cover-cover lak nak tengok wayang pun. Yang si geng 'single' ni syok gilaaaaa gelak bagai nak rak bila tengok hantu bonceng, takdak la kalut saham nak hilang la apa. Biaqla nak gelak pueh2.ko buleh ke? ko mesti nak kontrol ayu ko je kan?muehehehe.





Bila pi shopping, si 'in relationship' kadang-kadang lebih suka jala-jalan ja dalam shopping complex tu, ada la sebarang dua yang sempat dirembat. Tapi len pulak gaya cik 'single' ni, buleh jalan lama-lama macam nak borong satu shopping center tu, takyah la pikiaq nak beli baju sepasang ka, baju sama ka, yang mana ada offer, kebasssss ja la.syok wooooooo.




Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Yang si 'in relationship' pun ada gak part-part special dia. Almaklumla, ada orang kat sebelah,yang menyayangi diri beliau...cewwwwwwah. Tapi bukanla makna yang si 'single' ni diabaikan. Satu Malaysia sayang wooooo.cuma kekurangan si 'single'. Takdak nak mesej someone ja. Kalau ada bunyi sms masuk, perkara tu macam agak mengagumkan pulak, dan eksited gila nak tengok sapa la yang sudi mesej walaupun hotlink ja yang rajin mesej.(Kena kat hidung aku).haha.




P/S : kekurangan tu bukanlah satu kelemahan, tapi satu keunikan yang memberi kekuatan.

::GAMBAQ:APABILA PERMATANG PAUH DIBUKA::

Hello bloggers....



Assalamualaikum bloggers, readers and semua yang sudi singgah kat sini lagi. Dek kekenyangan kerana tahap pemakanan aku yang agak menyelerakan pagi ni, maka ada la mood nak update blog pepagi ni. Awai-awai dah pi pekena nasik kandaq..muehehe. kemaruk nasik kandaq tetiba.




Pagi ni saja ja aku nak upload situasi Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 kat Guar Perahu (Guaq Perew: ikut bahasa setempat) muahaha. Apa yang aku dapat konklusikan, memang meriah, aku saja la pi situ bukannya nak pi makan sangat, sebab aku tengok orang pun aku dah rasa kenyang.haha.




Tapi part yang paling syiokkkkkk, aku rasa macam nak pi buang undi ja kat sekolah tu.haha. Hangpa layan ja la gambaq kat bawah ni. Memandangkan aku pi ronda saja kat situ, jadi aku terlupa nak bawak kamera. Gambaq semua aku kidnap dari blog darisungaiderhaka.blogspot.com




Memang kena hati kering sket kalau masuk kawasan Permatang Pauh ni.hehe.Almaklumla kubu kuat. Macam-macam ada. Kalau time nak ngundi lagi syiokkkkk sakan.

































p/s : Aku konpius sat, jamuan raya ka pilihanraya?hihi

Saturday, September 10, 2011

::BILA SUNYI MENYAPA::

Hai readers,




Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu buat semua readers yang sudi lagi singgah baca entri-entri aku yang penuh ngan lagu..hahaha, yang kadang-kadang aku merapu kat sini, tapi ada jugak orang yang baca. Serius aku terharu dengan komen-komen yang didropkan[rosak bahasa].





Selalu-selalu lah ya, mai jalan-jalan kat sini. Kira teman aku jugak la..... Lately, aku banyak baca blog ja, aku tak update sangat, sebab aku rasa sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila. Taktau la apa yang aku nak, tapi kadang-kadang aku rasa boring sangat sampai taktau nak buat apa. Nak ja aku ngacau kawan-kawan aku, tapi depa lak maleh nak layan aku. 







Bila sunyi menyapa, bila takda sorang pun yang jadi peneman kita, saat tu baru aku sedaq, yang takda sorang pun dapat teman aku setiap masa. Depa pun ada masa depa jugak, takkan la masa depa nak dibazirkan untuk aku pulak. Sapa aku ni? Bukan sapa-sapa pun.





Memang aku suka tengok kawan-kawan hepi, tapi pada masa yang sama, aku hepikan diri aku sendiri jugak. Macam dalam keadaan terpaksa ja.hihi. Aku cuma faham dalam hidup aku ni, Allah ja peneman hidup aku. Aku dah takda sapa-sapa yang boleh spend time dengan aku. Hidup aku cuma ada kawan-kawan rapat yang sekali sekala boleh hang out. Tengok movie, shopping, makan-makan, dan selebihnya waktu aku, hanyalah keja, waktu aku di fb dan waktu aku kat blog ni. Nobody knows.





Kalau boleh, aku takmau sepi itu menyapa, tapi bila dia mai jugak, aku tak boleh halang, aku cuma boleh melayan sepi dengan benda yang aku suka, aku realize yang aku tak boleh dapat balik masa silam aku, aku tak boleh lagi rebut apa yang aku terlepas dulu. Apa yang aku tau, apa yang berlalu tu lah adalah benda yang sepatutnya aku lepaskan, dan masa ni, aku hanya akan menghepikan diri aku dengan benda yang aku suka. Bukan merenung balik apa yang menyedihkan. 





Semua orang ada masa sepi masing-masing. Jadikanlah masa sepi yang bertandang tu satu kekuatan untuk kita lalui kehidupan seharian kita, bukannya menangisi benda yang tak menjadi milik kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails