nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, March 29, 2013

::MUSIM TUNAIKAN AMANAH::

Assalamualaikum....


Wallaweh...lama gila aku tak update anything kat sini. Idea nak mengupdate tu ada, cuma yang mangkuknya,  mood nak typing aku out.kuikui. Harini takda apa yang menarik dalam metro. Aku lebih suka baca tajuk suratkhabar, berbanding baca isi. semuanya mcam hampeh.haha



Waktu menunaikan amanah semakin hampir. Apa yang dimaksudkan dengan amanah?

Politic is everywhere. 


The truth is, ramai yang elak ambik tau hal politik, ataupun saja buat-buat taktau. Ada yang malas nak ambik port sebab ada yang kata "ala, apa kecoh-kecoh sangat, biaqla undi apa pun, bukan tugas kita nak jaga negara." Bila harga naik, hingaq la pom pang, pom pang. Tapi bila cakap bab politik, buat-buat bingai macam taktau apa.Buta yang paling teruk sebab takdak kesedaran. Tak ada rasa amanah dan tanggungjawab.




Bila tengok senario dalam Malaysia kita ni, memang akan dapat tengok. Ramai puak yang ada. Puak samseng, puak nak tegakkan benang yang basah, puak otak kuning, puak-puak lucah. Memang macam-macam puak. Eh, hello, video la ni banyak yang kabur-kabur kan? lebih porno dari fakta. Tulong la malu sket oiiii buat fitnah macam tu. 



Mana la pi maruah la ni. Please la, jangan ajaq budak-budak muda macam kami ni dengan benda-benda jijik. Memang sungguh memalukan dan agak bodoh jugak sebab hangpa dah takdak idea baru.



So, tengok dan nilaikan. Tak elok budaya maki-makian ni. Amalkan politic troll takpa lagi..kihkih. Sarcasm....


p/s: Jangan jadi samseng dan belagak dengan orang. Esok mati, orang jugak nak kena urus. Kalau reti bergolek masuk dalam kubuq sendiri takpa laaaa nak belagak pun.huhu



Tuesday, March 19, 2013

::JANGAN BUBAR PARLIMEN TIME AKU NAK LARI DAH LA::

Assalamualaikum to all bloggers and readers....



Fuhh, lama gila aku tak update apa-apa entry, dicampurin dengan kemalasan dan tadak idea apa nak update. Buat aku slow sket dalam dunia blogging nih.kihkih.Aku tau, ada jugak yang dok menjenguk kat sini walaupun aku tak update entry. hahahaah.*perasan.




Bagi menghindari kepala aku dari dok semak dengan keja opis, aku pi buat menatang merah ni. kuikui. Laju ja aku pi buat dengan harapan dapat meng'appreciate'kan diri sendiri. Aku ingatkan pi buat kat Kulim masa hari ahad, tak la ramai. Sekali haaaaa, tudia sampai taktau nak berdiri tang mana punya la ramai. Heran aku. Awat yang la ni pakat ramai-ramai nak lari dari malaysia ni. Tak penat ka lari? muahahahahah.



Tapi la ni depa baru buat Passport 1 Malaysia untuk warga emas ngan budak-budak kan? untunglaaaaaaaa. nasib baik bukan untuk semua. Kalau tak mau kecik hati aku ni sebab baru ja buat.huhu. Apa-apa pun ada buku merah ni, jangan dok tinggai kat umah, sia-sia namanya.kuikui.


p/s : bila najib nak bubar parlimen ni....jangan rancangan aku nak keluaq melesia tergendala disebabkan dia dah la.huhuhu

Sunday, February 17, 2013

::TU BENDERA TOK NAJIB! ::

Assalamualaikum....


Wallawehhhhhhhhh.. Lama siut aku tak mengupdate apa-apa kat sini. Dari bulan Januari lagi takdan nak update. Ni dah tengah-tengah nyawa bulan dua, baru sempat nak menaip-naip kat sini. Sibuk sangat, ngan sakit sempena Chinese New Year, teruih berabuk blog aku ini.hehe



Kelmarin, aku drive nak pi klinik, pastu nampak la bendera hijau bulan penuh tepi jalan. Sekali, maknya tanya kat anak dia yang berusia 3 tahun lebih (merangkap anak menakan aku).



"Zikri, tu bendera apa?



"Oooo, yang tu bendera bulan. Bendera PAS"

"Wowwww, pandaila zikri ni. Okeh, yang belang-belang tu, ada bintang, ada bulan, bendera apa?"

"Yang tu bendera tok najib!"


wakakakkaakakka. Teruih aku rasa nak tergelak berguling-guling masa driving, nasib baik tak terbreak mengejut sebab dengaq jawapan dia. Hahahaha. Lawak ngat aih.



Kat tempat aku, memang meriah ngan bendera ni, ada bulan, ada roket, ada cap kati, mata, keris macam-macam la....


Tapi menengokkan keadaan, susah cap kati nak rampas kawasan..hihihihi. dari pemerhatian kaca mata rakyat biasa...kihkih...


P/S : Bila nak mengundi taktau.

Sunday, December 23, 2012

::SEMOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH::

Assalamualaikum peeps...


Selamat berhari minggu buat yang cuti, buat yang keja tu mesti laaa selamat bekerja.kihkih. Apa-apa pun harini memang relaxing gila aku kat umah ni, syok layan kona baring sambil hadap 'peel fresh' depan tv. Oh,nikmat yang kebanyakan orang tak rasa.Sebab aku sorang ja yang tengah merasa.hihi



Aku perhatikan kat fesbuk lah kan, ada antara golongan orang yang suka post status jiwang-jiwang karettttt la kan, tapi biaq pi lah, tu pesbuk depa, ikut suka la nak post apa pun kan. Satgi dok kata sebok jaga tepi kain orang pulak.haha.



By the way, aku jumpa satu nasihat untuk kapel-kapel sekalian, kebanyakannya yang ada boifren lah kan... jangan la over expose gambaq kat fb. Tak sesuai, nanti orang buleh edit gambaq tu untuk tujuan lain. Bahaya sebenaqnya letak gambaq banyak-banyak kat fb. Antara nasihat ikhlas buat yang over sangat tu...






Peace.

P/S : tetiba teringat iklan Siti kat radio, "kak siti risau tau dengan adik-adik yang bercinta di bangku persekolahan".hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails