Apa khabaq semua? hopefully semua sihat-sihat la hendaknya. Sebelum tu aku nak ucapkan thank you sebab sudi lagi nak baca entri dalam blog aku ni walaupun aku jarang sket update kebelakangan ni.
Ada orang penah tanya kat aku, "apakah bahagia namanya kalau hidup susah, kekurangan segala-galanya? Tak sempurna macam orang lain". Seriously sebak aku rasa, bergenangan air mataku sebab aku memang emo sket kalau orang tanya bab ni. Walaupun kadang-kadang aku boleh motivate orang, tapi aku kadang-kadang failed jugak nak motivate diri sendiri.
Aku bukannya manusia sempurna, bukan aku saja, kita semua sama. Allah dah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.Aku bukan kaya, aku tadak banglo mewah macam Yusof Haslam, aku tadak harta berlambak-lambak macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, aku bukannya femes macam Mark Zuckerberg pun. Jangan kata satu dunia kenai aku. Satu Malaysia? Satu kampung pun belum tentu kenai aku.Haaaaa, tengok betapa low profile nya aku kat kawasan rumah aku tu.
Ketahuilah oleh kamu wahai hati,
Orang kaya tak semestinya bahagia.
Orang miskin tak semestinya sengsara.
Yang dinamakan bahagia tu datang dari hati
Bila mana itu satu nikmat yang buat kita rasa macam 'Dunia ni aku yang punya'
Bahagia tu nikmat Allah yang tak ternilai buat kita, yang buatkan hati kita tenang, lebih tenang dari air sungai yang mengalir.
Kalau kita tersasar, kembalilah kepada agama.Yang sentiasa menjadi panduan untuk kita memelihara iman. Ada orang terpaksa lepaskan bahagia, ada jugak yang sanggup tunggu untuk jadi bahagia. Tapi apakah kita dapat nilaikan apa erti bahagia tu?Bahagia bukan boleh dibeli sekilo RM2, atau pun semeter RM5 tapi bahagia akan terlihat melalui kejernihan hati.
Bagi aku, bahagia tu boleh datang dengan macam-macam bentuk. Kadang-kadang benda kecik pun boleh buat kita rasa bahagia. Buat kita senyum sampai berhari-hari.Buat kita rasa bunga-bunga.Rasa ada taman dalam hati.Apa yang kita lalui sekarang ni pun, dnamanya BAHAGIA. Bahagia dalam kehidupan. Bila bahagia kat dunia, semoga akan berterusan pulak kat akhirat.
Buat masa la, sapa yang teringin rasa bahagia, mai kita buat aktiviti macam kat bawah ni. Mesti bahagia punya.
Tapi sebaiknya, pohonlah agar Allah sentiasa bahagiakan kita. Dunia ni tempat singgahan kat kita. Dunia adalah penjara bagi mukmin.
selingan dari tuan blog ;) kikikiki |
p/s : Kadang-kadang kita tengok orang tu seraut saja, padahal dia adalah orang yang bahagia. Kadang-kadang kita tengok orang tu lengkap segala-galanya, padahal dialah orang yang paling tak bahagia ;).
4 comments:
bahagia tengok harimau golek2. hek hek.
masing2 ada definisi bahagia sendiri. yg penting syukur dgn apa yg kita ada :)
kalau kaya hati, insyaALlah, bahagia.. hehehe
bahagia bila tadak hutang.hihi;)
Post a Comment