Alhamdulillah, cuaca yang paneh terik kat Penang, tak hujan lagi buat masa la. Masih mencari mood jjugak nak update kat sini setelah sekian lama tak penaik apa-apa entry baru.heeeeeeee. Pagi tadi aku tengok MHI. Ada sorang baby ni nama Adam, kesian tengok. Aku pun tak beli berita harian untuk baca lebih tentang adam ni. Tapi sempat tengok kat tv ja tadi.
Pada sesapa yang masih blur-blur siapakah Adam Syukri ni, ni aku sharekan info yang aku dapat.
AHMAD ADAM SYUKRI
- dilahirkan secara vacuum pada 04/03/2012 dan sewaktu kelahirannya, Adam keluar dalam keadaan flat dan kurang oksigen.
- Scan MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk.
- menghidap penyakit BRAIN DAMAGE SEVERE Hie (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.
Adam juga perlu bergantung pada mesin Suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor Pakar Otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor Pakar mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai Kematian Saraf Otak.
Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:
NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA
CIMB ACC: 02040007292201
p/s : Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang untuk adik Adam.
No comments:
Post a Comment