nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, November 19, 2012

::GAZA:SERANGAN OLEH REJIM ISRAEL::

Assalamualaikum peeps.




Dalam kegembiraan umat Islam di Malaysia menyambut tahun 1434 hijrah, saudara Islam kita menempuh saat getir dan menyayat hati apabila pesawat tempur Israel menyerang Gaza pada 15/11/2012. Serangan itu bukan sahaja membuatkan bumi Gaza bergegar malahan langit Gaza kelihatan merah hasil daripada ledakan bola api yang dilancarkan.


Serangan yang berlaku di Gaza selama dua hari menyebabkan sorang petinggi Hamas Ahmed al-Jaabari terkorban bersama 11 lagi warga Gaza. Di sebalik pihak Israel pulak, hanya 3 orang yang terbunuh akibat serangan balas. (sumber: dokumenpemudatqn).


Memang mencemaskan bagi seluruh umat Islam bila melihat sendiri kebiadapan rejim Israel yang secara membuta tuli mencabul hak asasi manusia, tanpa mengira keselamatan orang awam mereka melancarkan serangan yang mengorbankan nyawa dan menghancurkan harta benda orang awam.

Pihak Israel pulak mendakwa, mereka lancarkan serangan balas terhadap pejuang Gaza yang melancarkan roketnya ke atas tentera Israel.


Ni antara yang aku baca dari detik.com.

Jurucakap Hamas mengecam serangan Israel kerana cubaan untuk mencetuskan perang dan eksploitasi ruang Gaza untuk kepentingan politik. Israel gunakan senjata untuk menyerang seluruh warga palestin, dalam keadaan peperangan yang berlaku secara terbuka dan melibatkan orang awam.


Alasan gencatan senjata yang dilakukan Israel adalah satu penipuan dan sememangnya tentera Israel yang lebih dahulu melancarkan perang secara terbuka terhadap rakyat di Gaza.

Walaupun rejim zionis itu selalu melakukan hal-hal yang yang diluar kemanusiaan tapi dewan keamanan PBB tak bertegas terhadap Israel. Amerika Syarikat sendiri selalu menyokong langkah yang diambil Israel.



Sedih bila tengok gambaq kemusnahan Gaza dan kesengsaraan saudara Islam kita di sana, senjata terkuat umat Islam adalah doa. Bantulah, doa lah....Henti-hentikan laaa bergaduh bab Mekdi. Karut sungguh la.













Kat bawah ni aku letakkan map Palestin. Tengok laaaaa betapa luasnya yang diclaim milik Israel.huhu.



p/s: Kat Malaysia ni dah satu hal pulak dok bergaduh pasai Mekdi.huhu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails