nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, September 6, 2012

::SENANG TAK SEMESTINYA BAHAGIA, SUSAH TAK SEMESTINYA DERITA::

Assalamualaikum bloggers and readers.


Apa khabaq semua? hopefully semua sihat-sihat la hendaknya. Sebelum tu aku nak ucapkan thank you sebab sudi lagi nak baca entri dalam blog aku ni walaupun aku jarang sket update kebelakangan ni.





Ada orang penah tanya kat aku, "apakah bahagia namanya kalau hidup susah, kekurangan segala-galanya? Tak sempurna macam orang lain". Seriously sebak aku rasa, bergenangan air mataku sebab aku memang emo sket kalau orang tanya bab ni. Walaupun kadang-kadang aku boleh motivate orang, tapi aku kadang-kadang failed jugak nak motivate diri sendiri.




Aku bukannya manusia sempurna, bukan aku saja, kita semua sama. Allah dah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.Aku bukan kaya, aku tadak banglo mewah macam Yusof Haslam, aku tadak harta berlambak-lambak macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, aku bukannya femes macam Mark Zuckerberg pun. Jangan kata satu dunia kenai aku. Satu Malaysia? Satu kampung pun belum tentu kenai aku.Haaaaa, tengok betapa low profile nya aku kat kawasan rumah aku tu.



Ketahuilah oleh kamu wahai hati, 

Orang kaya tak semestinya bahagia.
Orang miskin tak semestinya sengsara.
Yang dinamakan bahagia tu datang dari hati
Bila mana itu satu nikmat yang buat kita rasa macam 'Dunia ni aku yang punya'
Bahagia tu nikmat Allah yang tak ternilai buat kita, yang buatkan hati kita tenang, lebih tenang dari air sungai yang mengalir.



Kalau kita tersasar, kembalilah kepada agama.Yang sentiasa menjadi panduan untuk kita memelihara iman. Ada orang terpaksa lepaskan bahagia, ada jugak yang sanggup tunggu untuk jadi bahagia. Tapi apakah kita dapat nilaikan apa erti bahagia tu?Bahagia bukan boleh dibeli sekilo RM2, atau pun semeter RM5 tapi bahagia akan terlihat melalui kejernihan hati.



Bagi aku, bahagia tu boleh datang dengan macam-macam bentuk. Kadang-kadang benda kecik pun boleh buat kita rasa bahagia. Buat kita senyum sampai berhari-hari.Buat kita rasa bunga-bunga.Rasa ada taman dalam hati.Apa yang kita lalui sekarang ni pun, dnamanya BAHAGIA. Bahagia dalam kehidupan. Bila bahagia kat dunia, semoga akan berterusan pulak kat akhirat. 



Buat masa la, sapa yang teringin rasa bahagia, mai kita buat aktiviti macam kat bawah ni. Mesti bahagia punya.














Tapi sebaiknya, pohonlah agar Allah sentiasa bahagiakan kita. Dunia ni tempat singgahan kat kita. Dunia adalah penjara bagi mukmin.





selingan dari tuan blog ;) kikikiki


p/s : Kadang-kadang kita tengok orang tu seraut saja, padahal dia adalah orang yang bahagia. Kadang-kadang kita tengok orang tu lengkap segala-galanya, padahal dialah orang yang paling tak bahagia ;).

Tuesday, September 4, 2012

::HAI. NASIK KANDAR::

Assalamualaikum peeps....



Huiiiiiiiiiiiii.lama benau aku tak update kat sini, kesibukan mengalahkan PM sekali sekala.kuikui.



Akhirnya, harini aku curi masa sket, sebab nak jenguk blog aku ni. Dan kelmarin jugak, aku berkesempatan telan nasik kandaq lagi. Dah heaven gila dah rasa bila jumpa nasik kandaq. Ha... hangpa jangan taktau, mai Penang, memang layan la kalau pi pekena nasik tu.



Raya tahun ni aku tak beraya sakan sangat sebabnya, petang sehari sebelum raya, ayahanda aku jatuh bilik ayaq, teruih nak jadi strok. So, maka dengan penuh rasa takzimnya, kami satu family beraya kat hospital saja. Teman ayahanda. Dia tak boleh cakap masa tu, dia cakap pun aku tak paham apa.Last-last ketupat ke mana apa ke mana, dok kat ward saja la.



So.padan muka jugak sebab tadak gambaq raya tahun ni..huhuhu.takleh bergedik sangat depan kamera.huhuhu



Maka sepanjang raya, yang tak berapa nak raya sangat ni, of course la memang aku dok kat umah ja sebab ayahanda pun tak buleh nak jalan. jadi segalanya diuruskan oleh kami semua.



Kemarin aku balas dendam.Pagi-pagi masuk opis, brekpes nasik kandaq. Tengah hari lunch pun aku tibai nasik kandaq jugak.Terubat hati sket.hihihi. Untung la tokey nasik kandaq tu, aku dok tolong membela sama.



Bagi sapa-sapa yang tak besa pekena lagi, cuba pi pekena sekali, boh kuah campoq.Tapi jangan dok ambik la udang sekoq. Tobat mahai.haha.










p/s : Heran aku tengok kedai nasik kandaq ni, mahai pi tara mana pun, orang dok masuk situ la.Ketagih apa taktau la.

Friday, August 10, 2012

::FASA YANG TERAKHIR::

Assalamualaikum to all bloggers and readers...



Sampai jugak kita ke fasa-fasa sepuluh malam terakhit bulan Ramadhan. Yang mananya terdapat satu malam yang dinamakan 'Malam Lailatul Qadar' yang lebih baik dari seribu bulan. Semakin kita kian meninggalkan ramadhan semakin syahdu rasanya sebab belum tentu kita akan dapat berjumpa lagi ramadhan yang akan datang.



Sempena sepuluh malam terakhir ni, alangkah baiknya bila aktiviti kita dilebihkan sedikit untuk bermunajat, memohon keampunan kepada Allah, atas khilaf yang selalu kita buat, yang selalu kita lalaikan dengan hal-hal dunia. Malam-malam yang berharga untuk kita selalu sujud mengharapkan keredhaan dan mengharap agar dimakbulkan doa kita untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.






Bila kita tengok balik, apa yang kita buat pada 10 malam terakhir ramadhan, adakah kita dah ready, bangun tahajud tengah malam? dari asyik tengok tv ataupun pi ronda kat shopping complex cari baju raya. Ada jugak yang sibuk menjelang 10 malam terakhir ramadhan sebab nak buat kuih raya. Apa pun yang kita buat, janganlah kita lalai memohon doa dari Allah, pohonlah agar segala dosa kita diampunkan, dibukakan pintu syurga untuk kita, diberikan yang terbaik dalam hidup kita, dipermudahkan segala urusan. Niatlah. Semoga segala doa kita dimakbulkan. Amin.



p/s : Dunia ini.......adalah jambatan untuk ke akhirat.Jadilah yang baik untuk menuju syurga Allah.




Friday, August 3, 2012

::BILA AGAMA DIPANDANG RINGAN, JANJI MASUK FACEBOOK SUDAH::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.


SELINGAN...


Pagi-pagi bila aku teringat perbualan dengan mak aku kelmarin masa sembang dekat-dekat nak bukak posa kelmarin, buat aku gelak kaw-kaw.



Ni lah logo merdeka yang tak official, bukan aku kata okeh, Rais Yatim kata.hihihi. Aku selalu kata, janji ditepati, ni sebenaqnya tema merdea tahun ni ka apa? Aku pun jadi blur bila dok campuq aduk bab politik ni. Yang aku tau, ramai dok kata janji dicapati.



Masa dok sembang-sembang sementara nak bukak posa kelmarin, aku dok sembang dengan mak aku, (bincang hal negara tu time nak bukakposa, mohon lantik jadi menteri). Mak aku kata, patut depa buleh boh,  kata dikota. Sedap jugak bunyinya.



Sekali anak menakan aku yang darjah 2 tu menyampuk, "KATA DIKOTATI".wakakakakakkakaa. Aku teruih gelak bagai nak rak..hahahahhhaa. Memang tak buleh blah ayat dia...Pandai-pandai ja dia menambah ayat.kikikikiikikii


BILA AGAMA DIPOLITIKKAN





Bila tengok gambaq pakcik-pakcik tua pegang banner ni. Memang aku sedih sangat tengok.Bagi aku agak memalukan dan tak menunjukkan "makin tua makin cerdik". Serius to say. Membiarkan diri terbabit dengan ilmu agama dan dipolitikkan pulak, memang sah-sah tunjuk jahil kat orang.



Bukankah dalam Islam ajaq cara-cara nak bersuci. Dalam silibus sukatan pelajaran tahun 5 ada dah dalam bahagian ibadat.


Silibus:

2.2.2 .F : Tayammum : 
   a) Tatacara tayammum. 
   b) Syarat tayammum 
   c) Perkaya yang membatalkan 
       tayammum. 


Aras 1 : 
1. Menyatakan ta'arif tayammum : 
     " Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wuduk 
       atau mandi wajib dengan syarat-syarat tertentu " 


2. Menyatakan tatacara tayammum ( rukun ) : 
  ertinya sahaja aku (   ﻧﻮﻳﺖ اﻟﺘﻴﻤﻢ ﻹﺳﺘﺒﺎﺣﺔ اﻟﺼﻼة ï·² ﺗﻌﺎﻟﻰ ) 2.1. Niat    
           bertayammum untuk mengharuskan sembahyang kerana Allah Taala. 
    2.2. Menyapu debu ke muka. 
    2.3. Menyapu debu ke kedua belah tangan. 
    2.4. Tertib. 


3. Cara-cara bertayammum. 




Aras 2: 
1. Menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tayammum : 
    1.1. Ketiadaan air. 
    1.2. Tidak boleh guna air kerana sakit. 
    1.3. Ada air hanya untuk keperluan diri. 


2. Menyatakan syarat-syarat tayammum : 
    2.1. Menggunakan debu tanah. 
    2.2. Debu yang suci. 
    2.3. Bukan debu muata'amal (  ï»£ïº´ïº˜ï»Œï»¤ï»ž  )



Haaaaa tu, aku dah selitkan selingan bab tayamum dari buku budak darjah 5. Kalau dah tua-tua sanggup pegang banner macam tu. Aku nak suruh sat budak darjah 5 pi explain macam mana bab tayammum dan sebab-sebab kena tayammum.



Takkan tak besa belajaq tayammum kot? Dahtu kalau kencing tadak ayaq nak basuh hangpa buat macam mana. Sepatutnya selaku orang-orang tua jangan suka-suka hati pi pegang banner yang boleh tunjukkan yang kita tu tak berapa cerdik.....



p/s: Malunya laaaa kat budak-budak muda.kot ya pun nak berpolitik, jangan jadi jahil. Apa ni?Orang Islam tapi jahil dalam Islam sendiri.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails