nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, June 21, 2014

BUAT BLOG BARU???

Assalamualaikum.


Wahhhhhh. Segar bugarnya pagi ni. Hampir dua bulan aku tak update apa-apa entry dalam blog aku ni. Rindu sangat. Rasa macam bertahun tak update. Ya lah kan, sibuk dengan keja, dan kadang-kadang segan. hahahahha.


Bagi part time blogger macam aku ni, memang rutin aku la dalam seminggu tu mesti update satu, dua entry. Kengkadang idea tak kunjung tiba. Tu yang senyap semacam. Padahal, ramai ja aku dapat kawan melalui blog ni. haha.


Lepas ni Insya Allah aku akan merajinkan diri aku ni berblogwalking ke blog orang lain. Kalau ada any comments, cadangan, ataupun link yang boleh aku blogwalking, please comment below. Wah dah macam marketer plak. haha. Standard la student marketing kannn...


Okeh, first of all, thanks pada yang bagi feedback kat aku, suruh aku buat blog baru untuk bisnes cotton aku tu. Actually, bukan aku takmau sebenaqnya (ha.. keluaq dah loghat utagha) tapi sebabnya aku ni jarang ada masa yang banya dengan blog, aku tengah nak fight dengan biawak dalam diri aku ni. Malas nak update satu hal. Malas nak spend banyak masa dengan laptop ni. Kang bila aku dah hadap sini, mak aku bising. Sebab asyik ngadap benda alah ni ja. So aku decide let my business mix together in my personal blog. Kalau nak order ka atau apa-apa hal boleh inbox aku at least, or can leave your phone number so that aku can follow up customer.


Serius aku cakap, bila kita meniaga atau bahasa kasarnya BUSINESS hehe, kita akan selalu melangut ja hadap sesuatu benda tu. Ada sampai satu tahap aku berdoa

 Ya Allah seandainya ini jalan yang terbaik buatku, Engkau permudahkanlah bagiku, banyakkanlah rezekiku dan bagilah aku masa lebih dari 24 jam sebab aku rasa terkejaq-kejaq nak handle banyak benda.

Memang serius kita akan rasa tak cukup masa, dengan nak update page kat fb, update blog, dengan nak keja, tu yang selalu aku tak buat kunjung balas kat blog hangpa semua. Dulu aku rajin jugak, dok join contest macam-macam la ni aku spend most of the time aku baca buku-buku bisnes ataupun buat promosi kain cotton yang aku jual. So that, untuk buat blog baru special for sales and promotion rasanya belum lagi kot. But, bila aku dah berniaga fulltime that only way aku akan create one more blog.

Dan for those yang nak ber blogwalking pagi-pagi sabtu nih, meh la sini, drop link dan jangan lupa follow aku ataupun like page fb COTTON INSPIRE




 Dan come and visit us. Sekarang ni tengah ada promotion, so sapa yang berminat boleh inbox aku atau tinggal komen kat bawah ni ye.

K Bai.

Wednesday, April 16, 2014

::BISNES vs FOLLOWERS

Assalamualaikum...


Fuuhhhhh dah berhabuk rupanya blog aku ni, dah lama tak mengemas kat sini. huhu. Aku nak ambik feel untuk update tu punyaaaaa la lama. Sebab kengkadang letih ngan keja kat ofis, letih pi bejalan, letih makan.heh. Sebenaqnya banyak gambaq yang aku nak share kat sini, tapi dah sebabkan mood nak mengupdate tu tak mari, selamber ja laaaa aku delete gambaq semua.haha.



Okeh, la ni aku akan rajin sketla update, kesian pulak blog aku ni bersawang, takdak yang monitor, dahla password aku sorang ja yang tau.haha. Okeh sempena dengan feel baru nak update blog ni, aku nak ajak la sapa2 yang terrrrrrrrrrlalu lalang kat sini untuk like page COTTON INSPIRE .


Bagi sesapa yang peminat tegar kain cotton, Japanese cotton, English cotton dari Vietnam. Bolehla luangkan masa cuci mata dan like page COTTON INSPIRE. Kain ni memang fully imported dan tahan lasak. Salah satu sebab customer buat buying repeatation, sebab, kain tu kedut dia tak teruk berbanding cotton yang semeter RM4 tu. Sapa besa beli, dia tau la kualiti cotton tu macam mana. Yang jenis dijual ni, memang kain lembut dan tak kecut. Tak payah basuh dulu sebelum nak buat baju.

Kadang-kadang kita rasa nak tempah baju dengan corak latest, sebab kalau tempah sendiri, ukuran baju tu dengan badan kita memang nampak ngam-ngam berbanding yang saiz standard. Tapi terpulang buat citarasa masing-masing. Kalau rasa malas nak tempah, boleh beli dan hadiah kat orang, tapi bila orang pakai nampak sweettttttt ja, jangan la gigit jari.haha


Okeh, dalam gambar kat atas ni, adalah kain cotton yang dijual, tapi banyak jugak yang dah sold out. Serius cakap, coraknya memang awesome.haha. Hanya separuh lagi yang tinggal, so apa lagi, meh la melawat COTTON INSPIRE.

Bai.

Sunday, January 26, 2014

::MELALUI HARI YANG TAK MENJANJIKAN CERAH::

Assalamualaikum..


Ya Allah, lama betui aku tak update entry baru. Aku ambik keputusan untuk jarang-jarang berblogging, tapi rindu pulak. Sebab aku ni kan banyak cerita, last-last ke sini jugak aku story. Nak jumpa kengkawan pun macam tak menyempat ja, sebab aku banyak abiskan masa kat rumah. Memang aku selesa lepak kat rumah kalau tak ke mana-mana.






Aku terpandang cover picture ni kat blog Aku Islam. Sedikit sebanyak, ada sikit kesedaran bagi kita yang terleka ni. Sibuk dengan hal dunia semata, tapi kita lupa nak sampaikan sesuatu yang berharga buat kawan-kawan terdekat kita.



Dalam kehidupan kita memang saling berkait antara kehidupan kita sekarang ni dengan kehidupan akhirat kita. Setiap apa yang kita berusaha kat sini, kita akan tui hasilnya di sana. Jadi, aku tak paham kenapa wujudnya manusia yang arrogant, yang rasa dirinya syumul sangat dah dan takmau dengaq nasihat. Ada yang sibuk memperlekehkan kehidupan orang lain sampai hidup sendiri yang porak peranda.




Betul la kata orang, taik di kain sendiri belum tentu kita nampak sebab selalu rasa tak berpijak di bumi yang nyata. Serius aku cakap, kebanyakan orang yang bersifat arrogant yang aku jumpa, hidupnya memang tak macam apa yang selalu diagung-agungkan. Selalu menunjuk-nunjuk, tapi akhirnya bila susah, kawan-kawan jugak yang dicari, nak cerita problem, nak story macam-macam. Untuk apa? kalau sebelum ni terlalu meninggi diri ibarat boleh handle diri sendiri dan bergolek masuk ke kubuq sendiri, tapi bila melalui kesusahan, mintak tolong dengan orang yang pernah diperlekehkan tu. Aku pun tak paham.



Dunia ni bukan kita punya, jadi jangan buat macam harta sendiri. Berkongsilah dengan makhluk yang jugak sama semuanya macam kita. Untuk apa rasa begitu hebat? Sebab banyak harta? jaga ego? Hakikatnya, tak nampak baik jugak kehidupan tu walau disorok macam mana sekalipun.



Make it simple.


Kita memang tak akan melalui hari yang semuanya cerah dalam hidup kita. Tapi kita ada pilihan untuk mencari hari yang cerah. Sama ada melaluinya dengan tenang, atau melaluinya dengan niat menjatuhkan orang lain dan hakikatnya tak ke mana pun.



Bangkitlah dengan menjadi manusia yang lebih waras untuk tunduk merendahkan diri. Jangan terlalu mendongak. 


Peace.


Saturday, November 30, 2013

::MARI MENJADI HAMBA::

 Assalamualaikum readers and bloggers,


Mari menjadi Hamba.

Teringat motto blog Hilal Asyraf. Dulu aku rajin dok ikut blog dia, langit Ilahi, memang komfirm boleh terduduk muhasabah diri.

Mesti rasa diri ni jadi kecik tetiba dengan segala nikmat apa yang Allah bagi. Nikmat yang mana lagi yang boleh kita dustakan???

Sedih...... terlalu banyak nikmat yang kita ada, tapi kita masih anggap remeh. Semalam aku mimpi aku sorang-sorang kat dunia ni. Takda sapa teman aku. Why so serious? Memang serius sebab aku lost hope. Aku taktau nak bergantung kat sapa dan nak cari sapa. Kepada sapa aku berbalik???? Yang menciptakan aku. Allah, tuhanku yang Esa.


Bila aku tengok kita especially kawan-kawan dekat aku, banyak yang mengajar aku erti kehidupan. Ya, kalau dulu, kita di sekolah, kita akan study bertungkus lumus + main sket-sket dan seterusnya menghadapi peperiksaan. Tapi dalam kehidupan hari ini, sangat lain situasinya. Kita akan menghadapai ujian demi ujian. Dan lepas ujian barulah kita belajar. Belajar dari kesilapan apa yang telah kita buat.


Betapa kejamnya kita, kita jarang mensyukuri apa yang kita dapat. Kita lebih mementingkan soal yang tidak membantu kita sikitpun di akhirat. Apakah kita? Kita jarang mendidik diri untuk mengejar ilmu yang membantu kita, kita sibuk sangat dengan duniawi. Cari duit, cari duit, kejar cinta yang entah kita sendiri pun tak pasti, selainnya??? Kita alpa. Mungkin ujian kita tak sama dengan orang lain. Terhiris perasaan tu adalah ujian buat kita, tapi kita tak boleh terduduk. Satu hari, semangat yang baru akan muncul.


Semangat mari menjadi hamba. Ya, itu yang sepatutnya.

Ampunilah dosa kami. Ya Allah...


Kita jarang tersedar, kalau ditimpa musibah baru kita ingat Allah. Apakah kita mahu menjadi dalam golongan itu. Sedangkan hari-hari dia melihat kita. Lupakah kita? Berapa kali Malaikat maut datang jenguk kita? 70 kali sehari. Ingat tu, Malaikat Izrail menjenguk kita 70 kali sehari.



Apa yang kita buat, sibuk dengan duniawi? Tak rasa malu??? Hidup di bumi Allah, nyawa pun Allah bagi, tapi sekelumit pun kita jarang berdakwah, muhasabah diri. Yang disibukkan hanyalah lalai, sibuk nak berdengki dengan orang? Tak malukah kita?


Lemah jiwaku andai aku dibiarkan tanpa kasih sayangMu. Redhakan lah aku ya Allah, matikan aku dalam Islam, matikan aku di jalanMu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails