nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 24, 2012

::JANGAN ENGKAU MARAH, AKU DISISIMU::

Assalamualaikum peeps...




Alhamdulillah harini dah masuk 3 Rejab, lepas tu syaaban dan ramadhan pulak yang akan menyusul. Bagi sesapa yang tengah posa sunat, posa ganti tu, selamat berpuasa diucapkan. Aku pun posa jugak harini...hihi. Banyak diam saja harini, tak cakap banyak sangat. Cuma ada masa dan kesempatan untuk update blog aku ni dengan ilmu yang ada, tak banyak mana. Sekadar untuk share semata-mata. Terpulang bagi yang nak menyampaikan.






Satu fenomena yang agak biasa dalam diri kita, bila kita menegur tu maksudnya kita ambik berat. Maksudnya kat sini, janganlah bila ada yang menegur kita bila dah terang-terang nampak tu memang kesalahan kita, kita kata "dia tu menyibuk pulak, diri sendiri jalan tak betui, ada hati nak menegur orang".




Sedarlah saudara-saudariku yang dihormati sekalian, 


Cuba positifkan minda kita. Menegur bukannya untuk menjadikan akhlak kita jadi lebih teruk, selalunya orang yang menegur, dia nampak apa yang tak kena di mata dia, yang mungkin kita sendiri tak sedar. Jadi itu adalah proses untuk kita belajar dari membuat kesilapan yang berterusan. Amat malang, bagi mereka yang apabila ditegur terus melenting dan melancarkan serangan balas kata-mengata yang menyakitkan hati.



Rileks..............

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."




Dan bagi yang nak menegur tu, silalah guna bahasa yang lebih lembut dan halus dari softlan, sebab, ia akan meresap jauh ke jiwa. Jika gunakan kekerasan dan lisan yang berbentuk amaran, jarang ada manusia yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. tegurlah secara berhemah. Kalau yang menerima lah, yang tak boleh terima, biarkan dulu. Hidayah hak Allah, Dia boleh bagi pada sesiapa saja hambaNya yang mahu mencari.





p/s ; Janganlah menutup pintu hati di saat ia masih mahu menerima kebaikan, kesian hati kita.

1 comment:

pena rozie said...

x salah tegur menegur... janji kene dgn caranyer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails