nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, June 8, 2011

::SEBARKAN SALAM::

Assalamualaikum bloggers...




Tadi pagi sebelum aku sampai ofis, sempat lagi aku melangut tv9..hihihi...kan pagi-pagi ada tazkirah, sebelum keluaq umah, sempat la jugak dengaq serba sedikit. Lupa pulak nama ustaz tu apa, hihi.... Topik kali ni, adalah  (salam) assalamualaikum.....







Ada orang suka bagi salam 1 Malaysia, salam 1 bloggers..hehe..salam..asamekom...as-salam.... Macam-macam pattern salam ada, dan ada orang sering bercanggah fikiran, taktau yang mana satu cara yang betul, mana satu cara yang salah. 





Dan ada pulak, budak-budak muda yang melepak kat shopping kompleks, bila aku lalu ja...depa kata... assamekkom cik adik, lajunya jalan.....sorang je ke, aiiii x jawab salam dosa tau.... Aishhh....rasa macam nak bagi rasa selipar aku pun ada jugak, main-main ja nak bagi salam tu.... aku jawab jugak tapi aku jawab dalam hati ja. Maleh nak melayan.





Ada orang tanya cara mana yang betul untuk bagi salam? Tadi uztaz tu pun bagitau cerita tentang rasulullah ketika menyampaikan dakwahnya (kalau tak salah aku), ada seorang lelaki masuk, lalu beliau memberi salam... assalamualaikum...Rasulullah kata lelaki ni mendapat 10 pahala....





Ada pulak seorang lagi yang masuk dalam majlis itu, dan memberi salam.... assalamualaikum warahmatullah.... maka kata rasulullah, lelaki itu mendapat 20 pahala. Seketika kemudian ada lelaki yang ketiga menyertai majlis ilmu itu, dan memberi salam...assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Maka Rasulullah berkata  lelaki yang ketiga ini mendapat 30 pahala.





Begitulah, besarnya syafaat memberi salam, dan perkataan assalamualaikum ini adalah perkataan yang tertua dalam syariat islam, bahkan sebelum kewujudan nabi adam lagi perkataan salam tu dah wujud, iaitu ucapan yang sentiasa digunakan oleh malaikat-malaikat dan penghuni syurga.





Maka rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat "mahukah kamu mengetahui satu perkara, yang bila aku ajarkan kepada kamu, kamu akan saling berkasih sayang?" para sahabat bertanya apakah perkara itu? Maka jawab rasulullah, "sebarkanlah ucapan salam sesama umat manusia, yang mana dengan ucapan itu menambahkan kasih sayang antara manusia."




Dan jika memberi ucapan salam di dalam berkumpulan, ianya jatuh dalam hukum fardhu kifayah. Maksudnya kat sini, kalau kita berjalan 3,4 orang segroup bila jumpa orang lain, salah sorang bagi salam, assalamualaikum....maka kawan-kawan kita yang lain tu, tumpang dapat pahala jugak. Macam tu jugak bagi kumpulan yang menjawab tu. Salah sorang jawab salam, yang lain pun dapat pahala jugak.... macam tu lah... Tapi jangan lah dimainkan salam tu ye......dan kalau nak bagi salam tu khalimah pertama tu "asss", jangan suka hati ja bagi samekom....berubah maksud nanti, tanggungla akibat nya....








sekian, untuk makluman.




5 comments:

Unknown said...

WAALAIKUMSALAM BLOGGERS (:

SyedGraphix Dot Com said...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh :) . baru dpat phala lebih

Akulah Pak Lan said...

assalamualaikum

Datin Tyka said...

nak shortcut sangat.. tp pahala takde shortcut.. hehe..
best info and thanks.. hehe
waalaikumussalam

Adib Syazwan said...

wah!tanpa kita sedar..memberi salam tu besar pahalanya jika disebut dengan betul..=P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails