nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, November 27, 2013

::AMPUNILAH DIA WAHAI TUHANKU, AKU AMAT MENCINTAINYA::

Assalamualaikum buat yang sudi singgah membaca...

Astagfirullah-al azim.
Astagfirullah-al azim.
Astagfirullah-al azim.


Alhamdulillah, 

Syukur ya Allah. Sebaknya ketika aku update entri kali ni. Aku berjaya jugak login blog aku ni. Tempat aku meluahkan rasa hati aku. Rasa berkecamuk , duka, seronok. Di saat aku kehilangan ayahanda yang hari ni dah masuk hari ke- 16. Banyak yang aku nak update sebenaqnya masa hari dia meninggalkan aku. Tapi, Allah 'merehatkan' pemikiran aku. Aku lupa password blog, password email, password macam-macam. Mungkin di saat tu, begitu banyak perkataan aku yang tak digambarkan dalam blog ni. Aku hanya mampu bersujud, redha menerima ketentuan dan melepaskan beliau yang amat aku kasihi untuk bertemu tuhannya.


Ya Allah,..........

Sungguh tak tergambar perasaan aku. Nak mencoret melalui pena, tangan aku terketar-ketar, nak menulis melalui maya, idea aku tertanam. Tak dapat diterjemah dan tak dapat dirasai oleh sesetengah pihak. Memang patut aku direhatkan. Hanya tertunduk sayu menerima ucapan takziah dari sahabat handai. Apa lagi yang mampu aku ucapkan ketika itu? Selain hanya ucapan terima kasih buat sahabat atas doa dan dorongan semangat yang kalian berikan.


Sebenarnya, aku nak update dari malam pertama dia meninggalkan kami sekeluarga, tapi aku tak terdaya, aku lemah.................... rasa sepi............... memang betul. Sepi itu peneman. Sebak, menahan tangis sampai tertidur. Hanya terdengar alunan bacaan Al-Quran dari sisi katil. menatap wajahnya yang pucat kesi buat pertama kali memang terasa terhirisnya hati aku. Tak penah sepanjang hayat aku melihatnya terbaring senyap.



Begitu terkesan buat aku yang hampir dengannya. Memang setiap hari, dia jadi teman untuk aku bergurau, dalam family memang mengusik tu stail kami. Kalau orang luaq mesti kata "ish, apa laaaa depa ni mengusik tak berenti". Tapi bagi aku, cara tu la yang buat aku teringat sangat kat ayahanda. Speechlessss...



Tak pernah aku rasa dia jauh dari aku, tak pernah jugak aku rasa dia akan tinggalkan aku begitu cepat. Cuma, aku tak mampu tengok sehari dua sebelum tu, ayahanda demam. Tak lena tidur aku, aku tak mampu nak redakan demam ayahanda. Tapi setiap hari aku pegang kakinya. Sejuk......demam lagi.



Masa-masa cuti aku di rumah hanya mampu merenung matanya yang gelisah. Aku baru apply untuk cuti direct seminggu, tapi tak sempat. Aku hanya habiskan cuti awal muharram dan cuti minggu aku bersama ayahanda. Alhamdulillah, kami bersama sampai hari terakhir ayahanda dijemput olehNya.



8 Muharam 1435 Hijriah

6.20 petang, tiada lagi hela nafas yang aku dengar.Aku sentuh dadanya, rasa denyut nadi tangannya. Senyap............. Tiada lagi kelihatan berombak dada ayahanda. Cuma sebak di dada aku yang mengundang. Pilu aku melepaskan pegangan tangannya yang masih terasa kepanasannya. Seminit itu telah memisahkan alam kami.



Ya Allah dia telah meninggalkan aku, meninggalkan kami 

Allahuma firlahu warhamhu wa'afihi wa' fu 'anhu

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."


Sebagaimana doaku setiap hari


Ya Allah,

Ampunilah dosaku yang kerdil ini ya Allah,
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
Kasihanilah kedua mereka sebagaimana mereka mengasihiku
semenjak kecilku,
Lapangkanlah hidup mereka,
Bahagiakanlah kedua ibu bapaku kerana aku amat mencintai keduanya
Sebagaimana Engkau mencintai mereka.
tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman.

Ya Allah,

Hanya kepada Engkau aku memohon keredhaan,
Hanya Engkau yang memahami isi hatiku,
Jadikan aku seorang yang penyabar sehingga tiada batasnya,
Jadikan aku seorang yang pemaaf,
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa menyedari 
di mana asalku,
Ampunilah segala apa yang telah aku kerjakan.
Tunjukkan aku ke arah Syurgamu,

Temukanlah aku bersama kekasihMu.
Berikanlah aku kesempatan itu.
Amin ya rabbal alamin.


Sayu....

Masih lagi memandang kamar ayahanda tatkala aku melewatinya. Kerusinya, dihuni sepi. Aku duduk mengambil tempatnya untuk mengubati kerinduan yang bertamu.



Ayahanda,

Maafkan kami andai kehidupanmu bersama kami tidak seindah yang engkau idamkan,
Kami tidak dapat membina mahligai bak istana buatmu,
Tapi kami berjanji yang kami tidak akan melupakanmu,
Apa yang engkau ajarkan tidak pernah sekalipun kami remehkan,
Kami sentiasa akan mengingatimu sebagai Ayah, yang memandu kami mencari ilmu.

Maafkan kami andai tidak dapat hadiahkan wang berjuta buatmu,
Tapi kami pasti, setiap doa kami tidak pernah kami lupa terhadapmu.
Tenanglah ayah di sana, kami akan menyusur jejak,
Akan kami jumpa ayah di sana.
Nantikan kami wahai ayah.
Masanya pasti sampai sepertimana yang telah ditetapkan ke atas kami.

Terima kasih kerana mendidik kami, 
dan menjaga kami.




P/S : Al-fatihah buat ayahanda Zakaria. Hari ke 16 masih lagi terasa sayu. Banyak memori yang tak dapat anakanda zahirkan, namun segenap ruang mata anakanda masih terbayang wajah ayahanda.

Syahdu entri ni bila membaca sambil dengar youtube Doaku (instrumental). Luluh jiwa.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails