nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, January 26, 2014

::MELALUI HARI YANG TAK MENJANJIKAN CERAH::

Assalamualaikum..


Ya Allah, lama betui aku tak update entry baru. Aku ambik keputusan untuk jarang-jarang berblogging, tapi rindu pulak. Sebab aku ni kan banyak cerita, last-last ke sini jugak aku story. Nak jumpa kengkawan pun macam tak menyempat ja, sebab aku banyak abiskan masa kat rumah. Memang aku selesa lepak kat rumah kalau tak ke mana-mana.






Aku terpandang cover picture ni kat blog Aku Islam. Sedikit sebanyak, ada sikit kesedaran bagi kita yang terleka ni. Sibuk dengan hal dunia semata, tapi kita lupa nak sampaikan sesuatu yang berharga buat kawan-kawan terdekat kita.



Dalam kehidupan kita memang saling berkait antara kehidupan kita sekarang ni dengan kehidupan akhirat kita. Setiap apa yang kita berusaha kat sini, kita akan tui hasilnya di sana. Jadi, aku tak paham kenapa wujudnya manusia yang arrogant, yang rasa dirinya syumul sangat dah dan takmau dengaq nasihat. Ada yang sibuk memperlekehkan kehidupan orang lain sampai hidup sendiri yang porak peranda.




Betul la kata orang, taik di kain sendiri belum tentu kita nampak sebab selalu rasa tak berpijak di bumi yang nyata. Serius aku cakap, kebanyakan orang yang bersifat arrogant yang aku jumpa, hidupnya memang tak macam apa yang selalu diagung-agungkan. Selalu menunjuk-nunjuk, tapi akhirnya bila susah, kawan-kawan jugak yang dicari, nak cerita problem, nak story macam-macam. Untuk apa? kalau sebelum ni terlalu meninggi diri ibarat boleh handle diri sendiri dan bergolek masuk ke kubuq sendiri, tapi bila melalui kesusahan, mintak tolong dengan orang yang pernah diperlekehkan tu. Aku pun tak paham.



Dunia ni bukan kita punya, jadi jangan buat macam harta sendiri. Berkongsilah dengan makhluk yang jugak sama semuanya macam kita. Untuk apa rasa begitu hebat? Sebab banyak harta? jaga ego? Hakikatnya, tak nampak baik jugak kehidupan tu walau disorok macam mana sekalipun.



Make it simple.


Kita memang tak akan melalui hari yang semuanya cerah dalam hidup kita. Tapi kita ada pilihan untuk mencari hari yang cerah. Sama ada melaluinya dengan tenang, atau melaluinya dengan niat menjatuhkan orang lain dan hakikatnya tak ke mana pun.



Bangkitlah dengan menjadi manusia yang lebih waras untuk tunduk merendahkan diri. Jangan terlalu mendongak. 


Peace.


Saturday, November 30, 2013

::MARI MENJADI HAMBA::

 Assalamualaikum readers and bloggers,


Mari menjadi Hamba.

Teringat motto blog Hilal Asyraf. Dulu aku rajin dok ikut blog dia, langit Ilahi, memang komfirm boleh terduduk muhasabah diri.

Mesti rasa diri ni jadi kecik tetiba dengan segala nikmat apa yang Allah bagi. Nikmat yang mana lagi yang boleh kita dustakan???

Sedih...... terlalu banyak nikmat yang kita ada, tapi kita masih anggap remeh. Semalam aku mimpi aku sorang-sorang kat dunia ni. Takda sapa teman aku. Why so serious? Memang serius sebab aku lost hope. Aku taktau nak bergantung kat sapa dan nak cari sapa. Kepada sapa aku berbalik???? Yang menciptakan aku. Allah, tuhanku yang Esa.


Bila aku tengok kita especially kawan-kawan dekat aku, banyak yang mengajar aku erti kehidupan. Ya, kalau dulu, kita di sekolah, kita akan study bertungkus lumus + main sket-sket dan seterusnya menghadapi peperiksaan. Tapi dalam kehidupan hari ini, sangat lain situasinya. Kita akan menghadapai ujian demi ujian. Dan lepas ujian barulah kita belajar. Belajar dari kesilapan apa yang telah kita buat.


Betapa kejamnya kita, kita jarang mensyukuri apa yang kita dapat. Kita lebih mementingkan soal yang tidak membantu kita sikitpun di akhirat. Apakah kita? Kita jarang mendidik diri untuk mengejar ilmu yang membantu kita, kita sibuk sangat dengan duniawi. Cari duit, cari duit, kejar cinta yang entah kita sendiri pun tak pasti, selainnya??? Kita alpa. Mungkin ujian kita tak sama dengan orang lain. Terhiris perasaan tu adalah ujian buat kita, tapi kita tak boleh terduduk. Satu hari, semangat yang baru akan muncul.


Semangat mari menjadi hamba. Ya, itu yang sepatutnya.

Ampunilah dosa kami. Ya Allah...


Kita jarang tersedar, kalau ditimpa musibah baru kita ingat Allah. Apakah kita mahu menjadi dalam golongan itu. Sedangkan hari-hari dia melihat kita. Lupakah kita? Berapa kali Malaikat maut datang jenguk kita? 70 kali sehari. Ingat tu, Malaikat Izrail menjenguk kita 70 kali sehari.



Apa yang kita buat, sibuk dengan duniawi? Tak rasa malu??? Hidup di bumi Allah, nyawa pun Allah bagi, tapi sekelumit pun kita jarang berdakwah, muhasabah diri. Yang disibukkan hanyalah lalai, sibuk nak berdengki dengan orang? Tak malukah kita?


Lemah jiwaku andai aku dibiarkan tanpa kasih sayangMu. Redhakan lah aku ya Allah, matikan aku dalam Islam, matikan aku di jalanMu.



Wednesday, November 27, 2013

::AMPUNILAH DIA WAHAI TUHANKU, AKU AMAT MENCINTAINYA::

Assalamualaikum buat yang sudi singgah membaca...

Astagfirullah-al azim.
Astagfirullah-al azim.
Astagfirullah-al azim.


Alhamdulillah, 

Syukur ya Allah. Sebaknya ketika aku update entri kali ni. Aku berjaya jugak login blog aku ni. Tempat aku meluahkan rasa hati aku. Rasa berkecamuk , duka, seronok. Di saat aku kehilangan ayahanda yang hari ni dah masuk hari ke- 16. Banyak yang aku nak update sebenaqnya masa hari dia meninggalkan aku. Tapi, Allah 'merehatkan' pemikiran aku. Aku lupa password blog, password email, password macam-macam. Mungkin di saat tu, begitu banyak perkataan aku yang tak digambarkan dalam blog ni. Aku hanya mampu bersujud, redha menerima ketentuan dan melepaskan beliau yang amat aku kasihi untuk bertemu tuhannya.


Ya Allah,..........

Sungguh tak tergambar perasaan aku. Nak mencoret melalui pena, tangan aku terketar-ketar, nak menulis melalui maya, idea aku tertanam. Tak dapat diterjemah dan tak dapat dirasai oleh sesetengah pihak. Memang patut aku direhatkan. Hanya tertunduk sayu menerima ucapan takziah dari sahabat handai. Apa lagi yang mampu aku ucapkan ketika itu? Selain hanya ucapan terima kasih buat sahabat atas doa dan dorongan semangat yang kalian berikan.


Sebenarnya, aku nak update dari malam pertama dia meninggalkan kami sekeluarga, tapi aku tak terdaya, aku lemah.................... rasa sepi............... memang betul. Sepi itu peneman. Sebak, menahan tangis sampai tertidur. Hanya terdengar alunan bacaan Al-Quran dari sisi katil. menatap wajahnya yang pucat kesi buat pertama kali memang terasa terhirisnya hati aku. Tak penah sepanjang hayat aku melihatnya terbaring senyap.



Begitu terkesan buat aku yang hampir dengannya. Memang setiap hari, dia jadi teman untuk aku bergurau, dalam family memang mengusik tu stail kami. Kalau orang luaq mesti kata "ish, apa laaaa depa ni mengusik tak berenti". Tapi bagi aku, cara tu la yang buat aku teringat sangat kat ayahanda. Speechlessss...



Tak pernah aku rasa dia jauh dari aku, tak pernah jugak aku rasa dia akan tinggalkan aku begitu cepat. Cuma, aku tak mampu tengok sehari dua sebelum tu, ayahanda demam. Tak lena tidur aku, aku tak mampu nak redakan demam ayahanda. Tapi setiap hari aku pegang kakinya. Sejuk......demam lagi.



Masa-masa cuti aku di rumah hanya mampu merenung matanya yang gelisah. Aku baru apply untuk cuti direct seminggu, tapi tak sempat. Aku hanya habiskan cuti awal muharram dan cuti minggu aku bersama ayahanda. Alhamdulillah, kami bersama sampai hari terakhir ayahanda dijemput olehNya.



8 Muharam 1435 Hijriah

6.20 petang, tiada lagi hela nafas yang aku dengar.Aku sentuh dadanya, rasa denyut nadi tangannya. Senyap............. Tiada lagi kelihatan berombak dada ayahanda. Cuma sebak di dada aku yang mengundang. Pilu aku melepaskan pegangan tangannya yang masih terasa kepanasannya. Seminit itu telah memisahkan alam kami.



Ya Allah dia telah meninggalkan aku, meninggalkan kami 

Allahuma firlahu warhamhu wa'afihi wa' fu 'anhu

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."


Sebagaimana doaku setiap hari


Ya Allah,

Ampunilah dosaku yang kerdil ini ya Allah,
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku,
Kasihanilah kedua mereka sebagaimana mereka mengasihiku
semenjak kecilku,
Lapangkanlah hidup mereka,
Bahagiakanlah kedua ibu bapaku kerana aku amat mencintai keduanya
Sebagaimana Engkau mencintai mereka.
tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman.

Ya Allah,

Hanya kepada Engkau aku memohon keredhaan,
Hanya Engkau yang memahami isi hatiku,
Jadikan aku seorang yang penyabar sehingga tiada batasnya,
Jadikan aku seorang yang pemaaf,
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa menyedari 
di mana asalku,
Ampunilah segala apa yang telah aku kerjakan.
Tunjukkan aku ke arah Syurgamu,

Temukanlah aku bersama kekasihMu.
Berikanlah aku kesempatan itu.
Amin ya rabbal alamin.


Sayu....

Masih lagi memandang kamar ayahanda tatkala aku melewatinya. Kerusinya, dihuni sepi. Aku duduk mengambil tempatnya untuk mengubati kerinduan yang bertamu.



Ayahanda,

Maafkan kami andai kehidupanmu bersama kami tidak seindah yang engkau idamkan,
Kami tidak dapat membina mahligai bak istana buatmu,
Tapi kami berjanji yang kami tidak akan melupakanmu,
Apa yang engkau ajarkan tidak pernah sekalipun kami remehkan,
Kami sentiasa akan mengingatimu sebagai Ayah, yang memandu kami mencari ilmu.

Maafkan kami andai tidak dapat hadiahkan wang berjuta buatmu,
Tapi kami pasti, setiap doa kami tidak pernah kami lupa terhadapmu.
Tenanglah ayah di sana, kami akan menyusur jejak,
Akan kami jumpa ayah di sana.
Nantikan kami wahai ayah.
Masanya pasti sampai sepertimana yang telah ditetapkan ke atas kami.

Terima kasih kerana mendidik kami, 
dan menjaga kami.




P/S : Al-fatihah buat ayahanda Zakaria. Hari ke 16 masih lagi terasa sayu. Banyak memori yang tak dapat anakanda zahirkan, namun segenap ruang mata anakanda masih terbayang wajah ayahanda.

Syahdu entri ni bila membaca sambil dengar youtube Doaku (instrumental). Luluh jiwa.


Saturday, September 28, 2013

::AIR DAN ANGIN::

As-salam.....


Hmmmmm.. syahdu.

Aku paling suka tempat yang ada 'air'. Tak kisahla tepi tasik ka, tepi sungai ka, tepi laut ka. Mana-ja la, janji ada angin, air. Kalau tak, aku paneh.huhu. Tak kira la kalau time hujan, aku paling suka drive time hujan. Sebabnya, kan ada air jugak tu.haha. Memang menenangkan walaupun time hujan selalu jem.



Time ada masalah, aku akan selalu pi cari port lepak yang ada air. huiiiii. Tenang bila tengok air. slow motion ja, dan kadang-kadang taktau puncanya dari mana. Tapi kat penang, kedah tadak air, yang ada cuma ayaq. hmmmm.layan ja la...


Tenang la jugak kepala aku ni dari serabut tengok fail melambak kat opis hari-hari. Agak-agak nak tepu, hujung minggu ja la chance nak jalan-jalan. Tak kira la jauh ka dekat. Janji boleh jalan-jalan jugak.










Tapi ayaq yang deras camtu, boleh tengok dari atas batu. Jangan terjun laaaaaa, kalau tak ikat tali. Satgi takut terlepas sampai Singapore. Tu pun kalau hidup.Kalau mati sebelum masuk tanah, masuk Buletin Utama dulu.kahkahkah. Seronok jugak jalan-jalan cari beruk.kuikui. Tapi sekoq pun takdak.


Sabooooo je la meneman aku ni. COOL macam ayaq jugak gayanya. tetiba lapaq laksa.


p/s : esok la pi jalan-jalan.tadi bangun lambat pulak. punahhh harapan aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails