nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, July 21, 2010

:: BERBICARA TENTANG JIN::

Salam sejahtera buat pemblogger,
blogwalking dan yang saja2 suka cari ilmu..
hari ini kita akan bicarakan mengenai jin...

setelah semua stesen televisyen tidak henti-henti menerbitkan filem dan drama yang memaparkan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita [kecuali ALLAH mengizinkan kita untuk melihatnya]
timbul pula idea dari kotak fikiran saya untuk membicarakan tentang jin...

Auzubillahi minasyaitonirrajim

[sesungguhnya aku berlindung dengan nama ALLAH dari syaitan yang direjam]

Di dalam dunia ini, bukan sahaja terdiri dari makhluk tuhan yang terdiri daripada manusia, alam, haiwan malahan juga terdapat juga makhluk ciptaan ALLAH yang dikenali sebagai jin. Jin ini adalah sejahat-jahat makhluk yang mana tugasnya adalah menyesatkan golongan manusia sehingga hari kiamat.
Ada pelbagai hadith yang meriwayatkan kewujudan jin dalam dunia ini yang terdiri dari elbagai rupa dan tergolong jua dalam jin yang mempunyai agama dan juga jin kafir. Adapun jin tujuannya menyesatkan, namun manusia juga ada yang menjadikan jin sebagai orang suruhan dan mempercayai bahawa jin menjadi makhluk yang boleh melindungi mereka dari malapetaka.

Awaslah, anda akan berdosa besar jika meminta pertolongan dari jin dan mengapa pula mereka tidak mahu meminta pertolongan dari ALLAH sedangkan, ALLAH sahaja yang tahu usul kejadian makhluknya. Memang tidak dinafikan pada zaman dahulu, ramai di antara nenek moyang kita yang bersahabat dengan jin terutama untuk menjaga keluarga, kecantikan, dan tak kurang juga untuk kepentingan diri sendiri.Tapi apabila dipelihara jin ataupun dikenali 'saka' turun temurun, agak menjadi kesusahan bagi mencari pewaris. Bila pula tak ada waris yang sanggup memelihara 'jin' itulah sebabnya kadang-kadang ada jin yang membalas dendam membawa malapetaka dalam keluarga dan ada pula yang merayau mengganggu manusia lain.

****************************
imej tangan jin...kalau ada antara anda yang boleh nmpak,
mgkin anda ada kelebihan

****************************************

Jin juga seperti manusia, ada yang baik dan ada pula yang jahat, ada yang soleh dan tidak soleh, ada yang fasik dan juga yang suka menyesatkan, malah ada juga yang dilaknat tuhan. Tapi apa yang boleh saya simpulkan dari pembacaan saya, banyak jin yang ada adalah terdiri dari jin kafir. Bukan tak ada yang islam, cuma bilangannya sahaja yang berkurangan. Kebayakan yang terdiri dari jin kafir ada yang Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit sahaja dari kalangan Buddha dan Majusi. Malah ada juga jin yang tidak beragama dan tidak tetap pendirian. Ramai juga yang tidak mengetahui jin juga mempunyai tingkat dan kelas-kelas iman yang tersendiri.

Ada juga diantara mereka yang berilmu dan beramal berdasarkan keimanan mereka kepada ALLAH S.W.T. Ada dari sumber-sumber yang mengatakan jin islam adalah paling tinggi tingkat ilmunya, tinggi keimanannya tetapi mereka juga mempunyai sifat-sifat sombong dan meninggi diri, takbur dan juga riak. Walaupun begitu, mereka ini boleh menerima teguran dan pengajaran.


Manusia umumnya tidak boleh melihat jin, kecuali pada hamba yang dikehendakiNya. Ada juga manusia yang boleh melihat jin. Kebiasaannya, mereka ini mempunyai ilmu dalam persilatan dan ilmu untuk menunduk jin. Malahan ada di antara manusia yang mampu berbicara dengan jin.

Jin yang dijadikan dari API, berupaya masuk ke dalam badan manusia, merasuk dan menggunakan jasad manusia untuk kepentingannya.Sebenarnya, jin ini lebih takut kepada manusia, walaupun begitu, sikap bongkak dan riak mereka menjadikan yang sebaliknya. Banyak pula umat manusia yang menjadi ikutan mereka. Jin tidak boleh dilihat tetapi mereka mampu pula melihat manusia. Adapun begitu, jin tidak nampak malaikat kerana malaikat dibuat dari cahaya yang mana lebih hebat dari jin.

Di bawah adalah
hadith2 sahih mengenai jin

SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:
ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا

“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:

“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”

Hadis sahih Muslim.


SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه

“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”

Hadis riwayat Ahmad.


SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”

Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai-ramai.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.












No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails