nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, July 27, 2010

::TAHUKAH ANDA::

Hai semua...
Salam 1 Malaysia...
harini dah start tilawah Al-Quran peringkat kebangsaaan 2010..
Sambil2 melayan tilawah ni, apa kata anda turut sama melayan fakta
yang telah aku sediakan pada malam ini...

Ada di antara fakta yang aku jumpa di mana2 hala ja yang aku sempat terjah
dan ada pula yang diselongkar dari poket seluaq aku..hihihi
hahahha..banyak fakta rupanya dalam poket ni...
[ala-ala poket noremon a.k.a doremon]

sama-samalah kita melayan....

---> TAHUKAH ANDA : Apabila 560ml air yang diambil dari sinki dan dituang ke dalam cerek yang mengandungi 340 air suling,seterusnya cerek itu didedahkan kepada nyalaan api yang berupaya mendidihkannya,maka terhasil lah cecair yang dinamakan air masak. seterusnya boleh buat megi.

---> TAHUKAH ANDA : Pokok akan layu jika tidak disiram.Tetapi teratai layu di tasik madu nyanyian Fauziah Latiff membuktikan sebaliknya juga boleh berlaku.

---> TAHUKAH ANDA : bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

---> TAHUKAH ANDA : cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

---> TAHUKAH ANDA : ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

---> TAHUKAH ANDA : gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

---> TAHUKAH ANDA : bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

---> TAHUKAH ANDA : dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

---> TAHUKAH ANDA : magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

---> TAHUKAH ANDA : Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

---> TAHUKAH ANDA : burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

---> TAHUKAH ANDA : air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

---> TAHUKAH ANDA : Marlborro adalah jenama rokok paling laris di dunia.Namun begitu, mat boroi yang tidak merokok di kampung kawan saya begitu popular disebabkan perut boroinya.

---> TAHUKAH ANDA : kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

---> TAHUKAH ANDA : kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

---> TAHUKAH ANDA : jika hidup 1000 tahun kalau tak sembahyang, apa gunanya

---> TAHUKAH ANDA : kita tidak boleh meletakkan siku di ketiak.

---> TAHUKAH ANDA : di akhir entry ini ramai pembaca yang cuba menjilat siku dan meletakkan siku di ketiak mereka...Udah-udah le tu, buruk beno rupe..hahahha

p/s : nanti aku posting-posting lagik k=P

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails