nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, December 29, 2011

::MENGADULAH PADA ALLAH BUKAN DI FB::

Assalamualaikum. to all bloggers and readers. Dan tak lupa jugak buat yang blogwalking sampai ke sini.




Aku memang selalu laaaa jugak melepak kat mukabuku aku tu. Boleh dikatakan almost everyday jugak la aku online. Tak masuk sehari rasa macam katak dok bawah tempurung ja.hahahaha. Macam-macam gelagat jugak yang ada kat pesbuk ni. Antara aktiviti yang ramai dok pulun buat dalam pesbuk ni adalah...



-Dok update status 4,5 minit sekali, 
-men game, 
-post ayat-ayat jiwang, 
-post lirik-lirik lagu, 
-maki orang, 
-kutuk tv3
-bagi tazkirah
-tag kawan-kawan
-upload DP yang bajet comei dan hot-hot
-post status mintak simpati
-post video dari youtube



dan pendek kata, macam-macam lagi la.....hahahhaha. Memang happening kan pesbuk ni.update status satgi berderet-deret la komen.Tapi yang tak syoknya bila terlalu banyak sangat luahan kat fb. Adoiii, buat semak kepala ja. Apa laaaaa sangat nak meluah-luah sampai meleret-leret kat fb. Serius nampak tak matang langsung wo.




Aku paham la..... pompuan memang cepat emo, bila gaduh sket update status bebai kat pesbuk. Gaduh pasai laki tak beli nasik lemak pun update masuk pesbuk.hahahaha.Kengkadang nak tergelak jugak aku dengan perangai tak matang sesetengah orang ni. Tapi aku tak komen apa la..Just lalu ja.





Ada buat ayat perasan baguih pun ada.hahahhah.Tapi apa yang aku nampak la. Budak-budak la ni agresif sket. Pantang orang update status ja, depa pun komen kasaq gila.siap maki-maki. Aku tak paham. Biaq pi la orang nak update status apa pun. Kalau tak suka tak payah dok maki orang la. Jangan dok pi komen.




Apa-apa pun terpulang kepada ke'cerdik'an masing-masing la. Jangan terlalu banyak meluah kat pesbuk.Hangpa takkan tau persepsi orang. Kadang-kadang ada orang senyum suka hati bila depa tengok status kita hat sedih-sedih kat pesbuk.Jangan setiap inci pergerakan kita kena update status pulak 



"Harini kami sekeluarga nak gi bercuti-cuti ke Las Vegas".


Ayat memang dah sah-sah macam bangga. Tapi tak risau ka, kot-kot la ada penjenayah menyamaq jadi kawan kat pesbuk ka, bila nampak status macam ni..huuuuuuu...happy go lucky la jawabnya....







p/s : Apa-apa pun nasihat aku, kalau tak puas hati tu luahkan saja pada Allah. Dia kan lagi memahami kita. Aku pun nak luah kat Allah jugak pasai masalah aku ni...okeh.renung-renungkan dan selamat beramal.

4 comments:

Hafiz Hafizol said...

eh kita pun ada wat entri nie.. n letak gambar ustaz azhar idrus tu skali.. hahahhaa

::Mastura Zakaria:: said...

@ hafiz hafizol

hah..ya ka?hahahah.jiwa sama ni.

Akulah Pak Lan said...

yup betul..tak semua kita harus luahkan

Unknown said...

btol 2..sama gak dalam blog...ramai sgt yg buat ayat2 yang kutuk2..bahasa kesat...ermmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails