nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, July 15, 2011

::BERUSAHA BUKAN BERERTI KITA TAK MAMPU::

Hello bloggers....


Entri yang agak emosi...



Assalamualaikum....readers, how are you going, here i'm again..updating my blog, untuk mengelakkan berlakunya sawang dan apa-apa ja la...




Kadang-kadang aku rasa ishhh...apa la nak jadi ngan diri aku ni. Aku tak rasa aku ni baikkkk sangat pun, tapi aku usaha jugak untuk jadi yang baik, biaqla usaha aku agak sia-sia jugak(sometimes). Untuk dapatkan yang terbaik, bukan kita yang tentukan, sebaliknya kita terlebih dulu kena jadi baik. Aku jarang sket la ni nak bagi tazkirah kat orang, sebab tak semua orang boleh terima pendapat kita walaupun depa jugak yang mintak pendapat..hihihi






Jadi manusia yang berperasaan....


Apa tu? Jadilah manusia yang berperasaan. Dalam hidup ni, aku selalu pointkan benda ni dalam diri aku, nak orang hormat kita, kita kena hormatkan orang dulu, nak orang sayang kita, kita kena sayang orang dulu. Walaupun kadang kala aku dah bagi apa yang aku rasa yang terbaik untuk orang tu, tapi aku bukan jenis yang suka desak orang buat yang terbaik untuk aku. Aku tau, aku pun manusia biasa. Tak layak nak compare dengan mana-mana orang.




Aku selalu pikiaq, apakah aku ni sorang hamba Allah yang baik, Allah ciptakan aku dengan segala yang baik, syukur, aku diberi nafas, aku diberi lidah untuk berbicara, aku diberi nikmat untuk berjalan bergerak sewenang-wenangnya.....aku diberi hati, aku diberi perasaan, aku diberi rasa belas, ihsan segala-galanya...Tapi apakah hanya dengan lafaz "syukur" tu dah cukup buat kita




Dalam dunia ni.... kita diberi banyak pilihan, dan bagi aku...aku cuma ada dua pilihan... UNTUK JADI JAHAT dan UNTUK JADI BAIK...dan aku dah pilih jalan aku dengan bantuan Allah, apa pun yang orang buat kat aku, aku serap semua dan aku akan jadi baik buat kalian, hamba yang baik, sahabat yang baik, pendengar yang baik, anak yang baik......




Kecewa....

Aku mungkin agak kecewa kalau orang lain tak boleh buat baik dengan aku, tapi aku lagi kecewa bila aku tak boleh buat baik dengan orang, apa hak aku untuk buat jahat dengan orang? Sedangkan taraf kita sama... HAMBA ALLAH... cuma status, pangkat, dunia...yang membezakan taraf kita. Kalau dibalut dengan kain kafan....taraf kita dah sama.




Cuma apa yang boleh aku bagitau, sepanjang hayat aku, aku akan cuba belajaq.... Belajaq menjadi manusia. Pembelajaran sepanjang hayat. Berusahalah selagi boleh. Bila kita berusaha, tak bererti kita tak mampu, cuma tu lebih mematangkan kita bila nak bertindak.




sekian, untuk makluman.


2 comments:

Firdnurjue said...

emmm betul tu..like this entry...huk3

::Mastura Zakaria:: said...

@ Firdnurjue


emosi.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails