nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, July 28, 2011

::BUKAN SUSAH NAK BERIMAN, DAN BUKAN SENANG NAK ISTIQAMAH::

Hello bloggers....



Assalamualaikum buat kawan-kawan merangkap sesapa jua yang lalu lalang kat sini. Happy thursday dan enjoy your life as you can. Lama pulak rasa tak sampaikan sesuatu tentang iman kita kat sini, asyik dok update pasai diri ja.....hihihiihi.....




Sempena nak menempuh bulan ramadhan ni, eksited la jugak aku nak sambut bulan penuh keberkatan dan keampunan ni. Ahad malam ni, dah start permulaan untuk tarawih, dan harap-harap dapatla kita istiqamah, nawaitu kena imbangkan, baik yang kita niatkan, baik jugak yang akan jadi. Jadi, kena pastikan nawaitu kita sentiasa ikhlas.






Senipis mana pun iman kita, peliharalah ia sebaik mungkin, tak kiralah siapa pun kita, apa pun taraf kita, kita hanyalah sama dari pandanganNya. Cuma yang membezakan kita, adalah sejauh mana keikhlasan hati dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. 




Apabila kita melakukan sesuatu yang mendatangkan penyesalan dan kita merasa takut apabila melakukannya, itu tandanya kita masih ada lagi sekelumit iman. Walaupun iman kita itu hanya sekadar senipis kulit bawang. Jadi, tak susahkan untuk beriman? Yang susahnya adalah untuk bagaimana kita istiqamah setelah kita beriman. 






Apa pulak istiqamah tu? Istiqamah tu adalah bagaimana kita buat sesuatu atau jaga sesuatu tu secara berterusan. Di samping kita beriman, dan nawaitu ikhlas kita, kita juga kena sedaya upaya istiqamah untuk memelihara diri kita sendiri. Kita mungkin tak dapat nak ubah atau bentuk peribadi orang lain, jadi apa salahnya kita ubah dan bentuk peribadi kita sendiri supaya dapat mencapai ketenangan dalam hidup kita.





Apa jua yang kita lalui dalam hidup, tu semua mematangkan kita, menjadikan kita tabah, dan menguatkan hati kita. Apa yang perlu kita buat, adalah masa muda kita yang seharusnya digunakan untuk buat kebaikan, jaga keimanan kita. Dan istiqamahlah dalam sesuatu perkara.... Semoga kita semua berada dalam pemuliharanNya, amin.....





Sekian, untuk makluman.

2 comments:

Firdnurjue said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..:-)

アヌム ちゃん said...

aa semoga bulan baik yg bakal dtg ni, kita dpt sama2 tingkatkan amalan kita..tak sabar pulak nk puasa..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails