nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, July 31, 2011

::CIKGU KEHIDUPAN ADALAH HADIAH PALING BERNILAI BUAT AKU::::

Hello bloggers...




Harini hari paling jiwa kot bagi aku nak update entri. Sebelum masa-masa kesibukan ku ini, aku gunakan ke arah lain. Alkisahnya maka akan bermulanya tarawih pertama malam ni, jadi aku dok agak sure ramai punya malam ni kat surau. Maklumla malam first, aura dia lain macam sket. Apa-apa pun semoga sama-sama kita dapat istiqamah buat tarawih, kat umah pun boleh buat jugak janji nawaitu tu ikhlas nak dapatkan keampunan Allah.




Oh ya, sebelum tu... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh again buat all readers and whoever still have time to come here again and again, its my great opportunity to meet you here and most welcome to you guys... [nada macam ramai ja mai sini] hihi. Takpala saja nak propa sat...

Cikgu? siapakah yang aku maksudkan? 

Dalam kehidupan sekolah aku, cikgu ni mesti la yang selalu mengajaq aku, bila masuk zaman universiti, cikgu aku merangkap lecturer aku dan semua yang bertindak sebagai tenaga pengajar yang nak bagi aku 'cerdik' sket dalam akademik. Tapi aku hilang arah tujuan bila dari kecik sampai dah besaq aku ada cikgu, tiba-tiba bila aku dah grad....cikgu aku hilang.... Aku terumbang-ambing macam takdak tempat rujukan bila aku terkontang- kanting hadap dunia ni. Takdak feel atau aura apa pun dalam hidup aku.




Then, aku buat salah tu, salah ni, kutuk sana sini, main banyak, buat keja silap, buat macam-macam la lagi dalam kehidupan aku ni. Aku takdak lecturer, aku dah lost tutor aku. Kadang-kadang aku doa " Ya Allah, siapalahhhhh cikgu terbaik untuk aku? Aku perlukan bimbingan". Ada sekali aku penah mimpi.. ni memang serius, aku tak tipu ni.





Dalam mimpi aku, tah macam mana aku boleh masuk hutan, sesat sampai nak terjatuh dalam gaung, aku terjatuh jugak.Dalam keadaan kalut tu aku sempat berpaut pada akaq pokok sket ja. Gaung tu memang dalammmmmmmmmmmmmm sangat. Pastu ada sorang yang huluqkan tali ka apa benda tah untuk aku berpaut, dan bila dia tengok aku sempat paut kat tali tu dia tarik aku ke atas. Dan bila aku dah selamat, nak jugak laaa aku ucap tima kasih, tapi dia dah hilang, aku taktau sapa yang selamatkan aku. Orang selalu cakap mimpi mainan tidoq, tapi aku taktau la pulak apa maknanya...Takda maknanya kot....





Jadi sapakah yang bertuah jadi cikgu aku? Buat sesapa yang baca blog aku ni [semestinya aku hampir menangis bila aku taip entri ni]. Maaf sebab aku terlalu emo untuk sebutkan sapa cikgu aku. Tapi yang aku pastinya, sesapa yang penah nasihat aku, kritik aku, kutuk aku...Aku mengaku, aku memang menjadikan kalian cikgu terbaikkk dalam kehidupan aku.




Bila aku buat kesilapan dalam update blog atau facebook aku, kalian hadir nasihatkan aku...


"Mastura, jangan rasa hang tu baik sangat.....!"
"Mastura, saya rasa lebih baik kalau anda tak letak gambaq yang tak tutup aurat dalam blog"
"Mastura, kurangkan sket gambaq dalam fesbuk"
"Mastura, sabaq banyak-banyak, kita ada haluan kita, apa yang jadi semua takdir"
"Mastura, kenapa hang update blog banyak sangat, pi la buat keja lain"
"Mastura, hang ni fon susah angkat, 24 jam dengan fesbuk ja"
"Mastura, hang rasa hang best sangat ka dok kutuk orang, macam la hang baguih sangat"
"Mastura, jangan hang dok tunjuk hang tu baguih sangat"
"Mastura, sentiasalah jaga lidah kita bila marah"

"Mastura, hang tak boleh down, sebab hidup hang taktau sampai bila"
"Mastura, hang jangan ungkit apa jahat orang terhadap hang, tapi hang kena pikiaq apa jahat hang terhadap orang"
"Mastura, hang tau dak sedekah tu tabungan kita"
"Mastura, kalau hang nak belajaq pasai nuffnang, nanti aku buat artikel"
"Mastura, kalau taktau tanya, takut nanti hang jadi golongan sesat"
"Mastura, nanti raya mai umah"
"Mastura, jom keluaq, aku nak cakap sket dengan hang"
"Mastura, hang kena ingat, bukan semua orang pikiaq macam hang"
"Mastura, you kena discuss ni dengan i"
"Mastura you shouldn't do that"
"Mastura, please...jangan buat kesalahan ni lagi"



Ayat-ayat di atas....dipetik dari komen fesbuk, komen blog dan sms yang aku dapat. Untuk pengetahuan semua, aku sentiasa memerlukan kritikan membina anda. Jadi kalau aku buat salah, tolonglaaa teguq aku, jangan biaq aku jadi pengutip dosa. Aku memang terima apa segala kritikan, tapi kalau satu hari hangpa semua berenti dari bagi tunjuk ajaq kat aku, aku hilang sorang cikgu aku.





Dan untuk membetulkan segala kesilapan aku yang aku tak sengajakan, segala entri yang dalam blog ni..yang mana menyentuh sensitiviti kalian dan buat sapa-sapa pun terasa. Aku dah edit, sebab aku sentiasa nak jaga aib semua orang dan itu satu hak yang aku tak boleh cabuli. Dan sesapa yang sudi nak jadi cikgu aku lagi, hangpa semua dialu-alukan, tapi jangan maki-maki aku sebab aku berusaha jaga lidah aku takmau maki orang.



 Dan untuk semua cikgu kehidupan aku, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan harap-harap aku dapat belajaq sesuatu dari kritikan membina hangpa semua. Thanks for all because without all of you, im nothing in my life and you are the map for me, and this is so trueeeeee.. Kali ni, aku cakap benda fakta dan bukan auta.



Sesapa yang baca entri aku ni, dan rasa nak bagitau yang hangpa dah baca entri ni, boleh drop komen kat wall facebook aku atau komen kat entri ni, nak sms bagitau aku pun ok.



sekian, untuk makluman.

3 comments:

AesyaZealous said...

manusia mmg perlu dinasihati.. kite belajar drpd kesilapan. :) selamat berpuasa

sekamar rindu said...

salam..

selalu berpesan2 perkara2 yang baik sangat dituntut...

"selamat menyambut ramadhan yg mulia... buat pemilik blog ni,,

damha said...

kita berbicara biar berlapik...
kita bercakap biar bersopan...
kita berkomunikasi biar bermanfaat...
kita bersembang biar beradap....
kita meluahkan biar bertempat...
kita berkawan biar berakhlak...
oleh itu...
jadilah kita insan yg soleh n solehah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails