nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, July 16, 2011

::TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA::

Hello bloggers...




Assalamualaikum to all muslim readers.... 




Selamat menyambut malam nisfu syaaban. Dah diambang pertengahan pada bulan syaaban, malam yang dianugerahkan pada kita yang sepatutnya dihiasi amalan-amalan sunat. Aku tak pasti sama ada ada hadith yang menyatakan sunat kita baca yassin 3 kali. Ada orang kata bidaah. Tapi, takpa laaaa kalau bidaah tu tak bercanggahan dengan agama kan, bidaah ke arah kebaikan takpa, jangan bidaah ke arah kemurkaan Allah.




Aku pun takmau lepaskan nikmat malam nisfu syaaban ni, dah baca yassin tadi, aku melangut tv, tengok tilawah al-quran. Ni la yang paling aku syok....walaupun tengok dari tv ja, tapi aku suka tengok ragam tilawah al-quran antarabangsa ni.










Kali ke 53 dianjurkan oleh JAKIM bertempat di PWTC. Sat ja dah 53 kali dah. Start 16 Julai sampai 23 Julai 2011 ni. Bagi sapa yang tak tengok tilawah, cuba try tengok best jugak tengok macam-macam versi dari negara lain. Sangat mengagumkan bila Al-Quran berjaya disebarkan di seluruh dunia...




Nabi pun dah cakapkan, ada dua perkara yang mana apabila kamu berpegang teguh padanya, nescaya kamu tak akan sesat, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Jadi jangan lah abaikan membaca al-quran tu ok...Yang tu saja cahaya yang boleh menerangkan hati kita. Sekali sekala boleh tengok tafsir, [time aku rajin ja aku buat macam ni] hihihi...





Selalunya memang aku tetapkan sesibuk mana pun aku akan baca jugak selepas maghrib. Alhamdulillah, setakat ni mampu istiqamah lagi untuk tak meninggalkan quran. Kalau ada masalah dengan hati, haaaa... elokla baca quran, at least boleh menghindarkan dari kelam hati. Hati jadi jernih sket, penyakit hasad dan negatif tu takkan ada lagi.



p/s : esok aku ada netball tournament, tolong doa-doakan team aku menang..hihihi. nanti aku upload gambaq.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails