Assalamualaikum buat kalian yang masih-masih lagi sudi baca blog aku yang tak seberapa ni [dengan nada agak sentimental] hihi.....
Malam ni saja ja aku nak update entri baru sebabnya siang tadi dengan keazaman yang tinggi dan semangat yang berkobar-kobar nak menghupdate, tiba-tiba aku baru sedaq...laaaaaaaaaaaaaa tak bawak charger lappy aku....bertuahnya mastura niiiiiiiiii..arghhhhhhhhhh! tensi sengsorang. Dek kerana tak dapat mengupdate, dan untuk mengelakkan bebai, hahahaha...aku lena ja lepas aku settle down kan semua keja aku. Terbaekkkkkk....
Okeh, malam ni aku berkobar-kobar lagi nak update new entry. Kali ni apa yang kita gelarkan 'sahabat' konon-kononnya lah. Tak sangka aku, selama aku hidup ni, dan di tahap la ni, aku sedaq ada lagi yang tak paham apa itu sahabat? Masyaallllahhhhhhhh... ini sangat kronik. Baru aku tau manusia ni, kalau bercakap memang auta cukup kuat.
Kadang-kadang ada orang tanya aku, boleh tak kita bersahabat? Semata-mata nak kenai aku, dengan harapan apa pun taktau la. Tapi bila dah bersahabat, depa memang take granted [bak kata omputih]. Aku pun tak paham kadang-kadang bila aku tengah down, buta ja kena tinggai macam tu. Mana la perkataan sahabat yang depa dok propa kat aku sebelum ni.
Seingat aku la, takdakla pulak aku charge monthly fees ka untuk jadi sahabat aku. Aku ingat lagi dulu ..... ada cakap kat aku, "saya nak jadi sahabat awak biar pun saya jauh dari awak" . Tapi aku silap, dia sendiri tak paham apa yang dia canang-canangkan tu....haisssshhh...Takdaknya dia update story aku ka hapa....hahahha... sahabat la kononnya.... tak kesah la aku, bukannya aku kejaq hang pun..hihihi....
Apa maksud sahabat yang sebenar-benarnya???
Carilah sahabat yang berakal. Kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaraan. "Musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh". Carilah sahabat yang membantu, bukan yang membuntu. Temuilah sahabat sejati yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam.
Dia yang menyokong anda ketika tegak berjuang, menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf. Dia jugalah yang tidak menuding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di telapak kegagalan. Dia adalah pendorong pemberi semangat bagi menyuburkan potensi diri anda. Bahkan yang sangat menakjubkan, dia akan meraikan kejayaan anda seperti kejayaan yang diraihnya dan berlutut simpati ketika kedukaan menakluki diri anda......
Itulah maksudnya sahabat...susah nak carikan? tapi tak mustahil ada macam ni yang kita akan jumpa dalam dunia ni...Bila dah dapat, hargailah dan jangan lepaskan, takut nanti rugi pulak bila dah terlepas. Kadangkala yang terbaik tu Allah bagi sekali ja, terpulang pada kita bagaimana kita menghargainya....
p/s : tulisan dengan nada skema di atas dikongsi dari artikel dalam majalah ANIS "Sahabat yang buruk umpama bayang" bilangan 167.
No comments:
Post a Comment