Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....to all muslims bloggers.... to all readers, stalkers, dan sapa-sapa jua yang lalu lalang singgah sini....
Thanks jugak buat yang sudi-sudi tinggalkan komen kat sini dan tak lupa jugak nak wish buat kalian, selamat berpuasa semua...sat ja kan hari ni dah hari ke-5 puasa kan? Semoga amal dan iman dapat dipertingkatkan tapi niatkanlah untuk mendapat kerahmatan dari ALLAH.
Kadang-kadang waktu petang, ada masa bila aku balik keja awai, aku selalu renung langit.hihi...Kadang-kadang ni la yang aku buat. Syok jugak, bila tengok langit, tengok matahari, tengok burung.huhuhu.... Nampak best ja, rasa luas gilaaaaaaaaa bumi Allah ni.
Terfikir jugak, sapa lagi yang sayang aku selain ALLAH, ada tak?emmmmmmmm..emmmm.emmmm.. NOBODY. selain family terdekat aku, aku tak rasa ada orang yang sayang aku, kawan-kawan terdekat mungkin jugak....tapi ada ka yang sayang aku betui-betui? Takdak kot.
Aku selalu merenungkan,
Bila aku ditimpa kesusahan. Kenapa aku?
Bila aku kehilangan saudara aku, kenapa aku?
Bila aku sedih, kenapa aku?
Bila aku kehilangan orang yang selalu temankan aku, kenapa aku?
Bila aku kemalangan, kenapa aku?
Bila aku sakit hati, kenapa aku?
Bila aku demam, tak sihat, kenapa aku?
Bila aku tak cukup duit, kenapa aku?
Bila aku ada masalah, takdak tempat mengadu, kenapa aku?
Sebenaqnya, reason dia cuma ada 1, Allah sayang aku. Allah tu sayangkan kita. Cuma kita kadang-kadang tak nampak, kufur nikmat. Ada jugak aku terfikirkan, kenapa aku yang selalu rasa sakit hati, rasa susah? Kadang-kadang aku tak sedaq, ramaaaaaaaaaaaaai lagi orang yang susah dari aku. Rasa sakit hati lagi teruk dari aku. Aku nampak diri aku saja.
Aku selalu ingat, macam takdak makna pulak wujudnya aku. Tapi aku tak sedaq semua yang jadi ni ada hikmahnya. Ada sebab kenapa kita sedih, sakit hati, rasa macam-macam. Bila mai fikiran logik aku ni, aku memang mengaku betapa Allah sayang sangat dengan aku.
Bila ada saudara kita meninggal, kita jadi sedih. Kita selalu kata, Allah sayangkan dia. Tapi yang kita tak sedaq, Allah sayang kita, nak bagi kita kekuatan.Bila kita ditimpa kesusahan, takdak duit, kawan buat fitnah, kita selalu pikir, apa lah salah aku. Sedangkan sebenaqnya, Allah sayang kita, Dia nak kuatkan hati kita, bagi kita berdikari. Tapi tu yang kita lambat sedaq. Allah dah bagi hint macam-macam, cuma ada antara kita yang tak alert dengan apa yang jadi dan sering salahkan takdir.
p/s : Takdir itu tak kejam, tapi kita yang kejam sebab tak memahami bahawa itu yang terbaikkkk...
10 comments:
speechless..entry yg mmg berkaitan dengan kisah sy..T_T
betul tu dear..jgn slahkan takdir..
dugaan yang Allah bagi... itu tanda sayang dia pada kita.. jangan ragui.. sebaliknya tabah menghadapi.. ^^
bila aku sendirian...
ku harap ada org yg menemaninya...
bila aku kesusahan...
ku harap ada org yg membantunya...
bila aku kesedihan...
ku harap ade org yg memujuknya...
bila aku kemurungan..
ku harap ade teman berbicara...
namun sekiranya tiada sesiapa yg ada..
ku pasti Allah sentiada ada ...
nukilan damha
@Farahin Ahmad
emmm...pedoman buat kita, supaya lebih bersyukur dengan situasi kita.
@Firdnurjue
baru nampak kebenaran takdir
@yad'z
insyaallah..dugaan itu adalh yang terbaik...
@damha
nukilan itu buat sy tersentuh...
betul tu, sekarang saya dah sedar~
@adib syazwan
bagus adib..ni la yang akak harapkan dalam blogging...mesej akak sampai...=)bila kita menulis, kita ingatkan diri kita dan juga orang lain...
Post a Comment