nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, August 3, 2011

::BILA DAH MARAH::

Hello bloggers....


Malam ni aku update blog untuk redakan marah aku sket. And by the way,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat menunaikan tarawih bagi bloggers yang berkesempatan. Malam ni hujan rahmat turun, sejuk sket hati. Alhamdulillah.... Ada benda yang buat aku meluap-luap marahnya harini. Tapi walau bagaimanapun aku terpaksa mengucap banyak-banyak.




Memang bukan perangai aku naik suara depan orang. Tapi hari ni kerana ada unsur-unsur yang mendatangkan kemarahan yang.....haissshhhhhhhhh...aku terpaksa duduk dulu sebelum cakap sambil bergetaq-getaq tangan aku dok tahan marah. Tapi aku berjaya jugak kontrol diri aku dari tinggikan suara aku.






Dan kesan daripada stress sebab menahan geram, aku tak lalu nak makan sangat bukak posa tadi, dan bila aku paksa jugak, akibatnya aku muntah balik. Nampaknya malam ni aku kena tidoq awai dah kot.... Adeh, pleaseeeee la, jangan bagi stress kat aku macam ni. Aku memang tak boleh marah orang. Ni la kesan sampingan bila perasaan marah tu ada. Memang aku akan muntah. Jadi kalau aku pitam sebab tahan marah, sila bertanggungjawab..huhuhuhu




Tapi ada sesetengah orang memang tak paham keadaan aku, depa suka ka buat orang marah? Bagi aku seriously, aku memang tak boleh nak marah orang, aku boleh pitam depan hangpa kalau hangpa paksa aku marah. Sebab aku memang tak boleh...arghhhhhhh..tekanan..tekanan...




p/s : sakitnya perut, dari tadi muntah....errr...agak-agak ada tak manusia lain macam aku?huhu



6 comments:

aBEL Rubella said...

cuba belajaq marah sikit bagi depa kecut teloq.. adoi.. nanti kena pijak ooo.. tak yah kontrol.. lepas je

::Mastura Zakaria:: said...

@aBEL Rubella


memang nak lepas tapi tak terlepas..kalau lepas jugak rasanya boleh masuk wad CCU kot..huhu

Adib Syazwan said...

bahaye ni kalau ade penyakit macam ni, hehe, jangan marah2 ye, chill ok =)

Akulah Pak Lan said...

marah sifat -ve...belajaq untuk kawal...kelak nanti bahagia

damha said...

sifat marah ni adalah dari syaitan...
marah tu biarlah bertempat...
cuba kawal perasaan...
bawa bertenang...
lapangkan fikiran...

::Mastura Zakaria:: said...

alhamdulillah...setakat ni, berjaya kawal lagi...sebab tu cepat cool...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails