nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, August 3, 2011

::BLOGGERS SEBAGAI AGEN PENTING::

Hello bloggers..



Assalamualaikum blogers, stalkers, readers and sapa-sapa jua yang lalu kat sini. hihi.





Harini aku tertarik dengan satu tazkirah kat tv tadi pagi. Aku taktau apa tajuk dia sebab aku tengok kat tengah-tengah dah. Tapi apa yang aku dapat ketchup adalah........ustaz tu cakap pasai peranan bloggers masa kini...hihihi..jarang ni aku dengaq ustaz-ustaz cakap pasai bloggers ni.







Tadi pagi baru aku dengaq. Ustaz tu cakap, pada bloggers semua. Jadikan penulisan anda tu berkualiti. Jangan hanya cari isu untuk lagakan orang, ni tidak bila ada kemudahan internet digunakan kat jalan yang tak sepatutnya. Semua asyik cerita keburukan orang, salah orang, aib orang lain tapi kita tak ambik yang tu untuk jadi iktibar.





Banyak bloggers sekarang ni lebih suka cerita pasai orang tu, dengaq cerita dari sebelah pihak lepastu buat kesimpulan sendiri, mengutuk orang lain dengan tujuan mengaibkan dia, ada yang suka printscreen benda yang takda kena mengena dengan kita, tapi bertujuan mencari hot story untuk menyalahkan orang lain.




Sepatutnya, bloggers memainkan peranan penting dalam usaha mengajak orang melakukan kebaikan. Lebih kurang berdakwah sket. Sebab kadang-kadang bloggers ni emosi, so, gunakan emosi tu untuk timbulkan kesedaran dari semua pihak tapi ingat, jangan riyak.





Bloggers memang main peranan penting, tapi jangan jadikan isu kecik sebagai masalah besaq buat semua. Tak payah laaaaa untuk update kisah dunia semata-mata, bukankah kita ada ruang sket untuk sama-sama sebarkan ilmu. Tak luak pun bila kita kongsi ilmu. Jadi, buat ni semua sebagai medan untuk kita tambah kenalan dan ambil iktibar dalam apa jua yang jadi.




Jangan jadikan blog kita ni tempat cari gaduh atau tempat untuk hina orang. Beringatlah, kalau ada apa-apa yang salah, mintak maaf....jangan serabutkan kepala dan create isu yang pelik-pelik. Bloggers as united. Jadi kongsi ilmu ni dah jadi kelaziman antara kita.



sekian, untuk makluman.

4 comments:

damha said...

blogger penyebar maklumat...
gunakan sebaik mungkin utk berkomunikasi secara sihat...
info yg bermanfaat...
perkara yg boleh mengubah minda kpd kearah kebaikan...

::Mastura Zakaria:: said...

@damha


insyaallah, jadilah blogger yang bukan sekadar emosional.

LaLaLovy said...

suka entry ni =)

Nana Eddy said...

that's true. That's why I always try to rationalize whatever criticism I have in my blog. All the best to you :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails