nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, August 19, 2011

::KALAU DAH ILMU TAK TINGGI, JANGAN SELALU KONDEM ORANG YANG ADA ILMU::

Hello bloggers.....



Assalamualaikum and good morning to all....




Pagi ni aku agak stress dengan budak-budak opis aku ni, maunya tak, dok pasang lagu raya pehtu dok nyanyi kuat-kuat depan aku. haihhhhhhhhhh...Dahla mood raya pun takdak ni, dek takleh cuti awai sebelum raya, huhu. Hampageh tui. Tapi takpa la, redha ja la...biaq orang len rasa cuti jugak [ayat pujuk hati].







Suatu nikmat yang paling besarrrrrrrrrrr punya dalam hidup kita, yang Allah bagi kat kita adalah ISLAM. Dengan beragamanya kita, kita dah ada panduan macam mana nak membentuk hidup. Apa yang kita buat kena ingat, tentang agama islam kita ni. Berstatus Islam bukan la bermaksud kita disekat macam-macam hak, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Tapi dengan Islam, lebih mendidik jiwa kita sebagai hamba Allah.





Aku malu sangat, bila umat Islam la ni selalu disogok dengan macam-macam isu perkauman. Sampai pening aku pikir. Macam dalam Malaysia ni, bila ada yang cakap bab agama, mesti orang yang tak sekepala tu kata "Ustaz ni orang PAS ni"..uiiii...masalah berat ni. Bila orang islam takmau terima pendapat ulamak, sedangkan banyak disebut, ulamak adalah tempat rujukan terdekat. Yang ni aku dah anggap satu masalah besaq.





Dah tak educated tu sudah la, sebaliknya kena bukak minda, belajaq yang mana patut, ni tak. Kejanya, nak menyalahkan orang lain ja. Kononnya ulamak tu macam ni, macam tu. Cuba bayangkan apa jadi, bila kat tempat kita takda sorang pun yang cerdik pandai dalam hal agama. Sesat nanti, sekampung boleh kena bala.





Aku sedih betui bila budak-budak muda selalu update status yang mempolitikkan Islam dalam negara kita. Sangat sedih bila, tanpa kajian, tanpa ilmu yang mencukupi, depa selalu kaitkan agama dengan parti politik. Bagi aku, pemikiran depa memang tak dapat dinilaikan dengan education yang depa ada.Nampak memang tak matang langsung.





Walaupun ada budak yang masuk universiti, tapi tengok gaya update status kat pesbuk, adoiiiiiiiii, boleh nampak kebodohan diri yang kadang-kadang tidak disedari. Bayangkan budak-budak universiti la ni, disebabkan pengaruh dan dengaq berita yang tak betui, bangkang cakap ulamak. Tapi cakap sayang Islam. Bila ulamak berdakwah, dah depa kata ulamak ni mesti geng PAS..huhuhu. Aku tak paham. Jangan politikkan agama der, pikir-pikirkan la....





Macam kes kat penang, pasal isu pasang bacaan al-quran kuat melalui speaker sebelum subuh, walaupun ulamak dah bagi jawapan, tapi ada yang nak politikkan jugak tu. Kalau tak puas hati sangat pun, jangan update status yang pelik-pelik kat pesbuk. Memalukan la....buat kajian dulu sebelum nak bangkang cakap orang.haisshhhhh..




p/s : Aku hanya tengok gelagat budak-budak la ni update status tanpa rasa hormat kat orang. Sangat memalukan.....

5 comments:

Nana Eddy said...

Setuju~ manusia ni suke buat benda tanpa usul selidik dulu. Yang sedihnya, yang buat tu kebanyakan org Melayu. Memalukan.

MerLe said...

mmg pn..skg ni org hnya pndang politik je... sbut psl bab agama skit, trus kna tduh 'org PAS'.. x phm la npe skg org pentingkn sgt politik..snggup gduh sbb politik.. padahal sm2 Islam.. wat malu kt agama lain je.. x sedar penganut agama lain duk gelak je kat kita sbb gduh bab politik.. malu3~

::Mastura Zakaria:: said...

tu la....kadang-kadang asal kita cakap bab agama sket dah diorang cop kita ni geng PAS...susah la kalau macam ni....

Hazmin Hamudin said...

kiranya bagi anda betul ke tak boleh pasang speaker untuk perdengarkan ayat-ayat Al-Quran waktu subuh?

::Mastura Zakaria:: said...

@Hazmin Hamudin

jika diperhalusi pendapat ulamak, betul. sy baca byk jugak artikel berkaitan sebab sy nak faham, tapi setelah diteliti, betul. bukan bermakna ulamak buat fatwa sendiri, tapi berdasarkan panduan jugak,


contohnya macam dalam tv, sedang dialunkan bacaan al-quran sedangkan orang buat xtau ja,itu berdosa. lebih baik jgn bercakap atau diam ketika bacaan. kalau xnak dengar elok ditutup tv.


cuma sy agak terkilan isu ini dikaitkan dengan isu perkauman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails