nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, July 31, 2011

::CIKGU KEHIDUPAN ADALAH HADIAH PALING BERNILAI BUAT AKU::::

Hello bloggers...




Harini hari paling jiwa kot bagi aku nak update entri. Sebelum masa-masa kesibukan ku ini, aku gunakan ke arah lain. Alkisahnya maka akan bermulanya tarawih pertama malam ni, jadi aku dok agak sure ramai punya malam ni kat surau. Maklumla malam first, aura dia lain macam sket. Apa-apa pun semoga sama-sama kita dapat istiqamah buat tarawih, kat umah pun boleh buat jugak janji nawaitu tu ikhlas nak dapatkan keampunan Allah.




Oh ya, sebelum tu... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh again buat all readers and whoever still have time to come here again and again, its my great opportunity to meet you here and most welcome to you guys... [nada macam ramai ja mai sini] hihi. Takpala saja nak propa sat...

Cikgu? siapakah yang aku maksudkan? 

Dalam kehidupan sekolah aku, cikgu ni mesti la yang selalu mengajaq aku, bila masuk zaman universiti, cikgu aku merangkap lecturer aku dan semua yang bertindak sebagai tenaga pengajar yang nak bagi aku 'cerdik' sket dalam akademik. Tapi aku hilang arah tujuan bila dari kecik sampai dah besaq aku ada cikgu, tiba-tiba bila aku dah grad....cikgu aku hilang.... Aku terumbang-ambing macam takdak tempat rujukan bila aku terkontang- kanting hadap dunia ni. Takdak feel atau aura apa pun dalam hidup aku.




Then, aku buat salah tu, salah ni, kutuk sana sini, main banyak, buat keja silap, buat macam-macam la lagi dalam kehidupan aku ni. Aku takdak lecturer, aku dah lost tutor aku. Kadang-kadang aku doa " Ya Allah, siapalahhhhh cikgu terbaik untuk aku? Aku perlukan bimbingan". Ada sekali aku penah mimpi.. ni memang serius, aku tak tipu ni.





Dalam mimpi aku, tah macam mana aku boleh masuk hutan, sesat sampai nak terjatuh dalam gaung, aku terjatuh jugak.Dalam keadaan kalut tu aku sempat berpaut pada akaq pokok sket ja. Gaung tu memang dalammmmmmmmmmmmmm sangat. Pastu ada sorang yang huluqkan tali ka apa benda tah untuk aku berpaut, dan bila dia tengok aku sempat paut kat tali tu dia tarik aku ke atas. Dan bila aku dah selamat, nak jugak laaa aku ucap tima kasih, tapi dia dah hilang, aku taktau sapa yang selamatkan aku. Orang selalu cakap mimpi mainan tidoq, tapi aku taktau la pulak apa maknanya...Takda maknanya kot....





Jadi sapakah yang bertuah jadi cikgu aku? Buat sesapa yang baca blog aku ni [semestinya aku hampir menangis bila aku taip entri ni]. Maaf sebab aku terlalu emo untuk sebutkan sapa cikgu aku. Tapi yang aku pastinya, sesapa yang penah nasihat aku, kritik aku, kutuk aku...Aku mengaku, aku memang menjadikan kalian cikgu terbaikkk dalam kehidupan aku.




Bila aku buat kesilapan dalam update blog atau facebook aku, kalian hadir nasihatkan aku...


"Mastura, jangan rasa hang tu baik sangat.....!"
"Mastura, saya rasa lebih baik kalau anda tak letak gambaq yang tak tutup aurat dalam blog"
"Mastura, kurangkan sket gambaq dalam fesbuk"
"Mastura, sabaq banyak-banyak, kita ada haluan kita, apa yang jadi semua takdir"
"Mastura, kenapa hang update blog banyak sangat, pi la buat keja lain"
"Mastura, hang ni fon susah angkat, 24 jam dengan fesbuk ja"
"Mastura, hang rasa hang best sangat ka dok kutuk orang, macam la hang baguih sangat"
"Mastura, jangan hang dok tunjuk hang tu baguih sangat"
"Mastura, sentiasalah jaga lidah kita bila marah"

"Mastura, hang tak boleh down, sebab hidup hang taktau sampai bila"
"Mastura, hang jangan ungkit apa jahat orang terhadap hang, tapi hang kena pikiaq apa jahat hang terhadap orang"
"Mastura, hang tau dak sedekah tu tabungan kita"
"Mastura, kalau hang nak belajaq pasai nuffnang, nanti aku buat artikel"
"Mastura, kalau taktau tanya, takut nanti hang jadi golongan sesat"
"Mastura, nanti raya mai umah"
"Mastura, jom keluaq, aku nak cakap sket dengan hang"
"Mastura, hang kena ingat, bukan semua orang pikiaq macam hang"
"Mastura, you kena discuss ni dengan i"
"Mastura you shouldn't do that"
"Mastura, please...jangan buat kesalahan ni lagi"



Ayat-ayat di atas....dipetik dari komen fesbuk, komen blog dan sms yang aku dapat. Untuk pengetahuan semua, aku sentiasa memerlukan kritikan membina anda. Jadi kalau aku buat salah, tolonglaaa teguq aku, jangan biaq aku jadi pengutip dosa. Aku memang terima apa segala kritikan, tapi kalau satu hari hangpa semua berenti dari bagi tunjuk ajaq kat aku, aku hilang sorang cikgu aku.





Dan untuk membetulkan segala kesilapan aku yang aku tak sengajakan, segala entri yang dalam blog ni..yang mana menyentuh sensitiviti kalian dan buat sapa-sapa pun terasa. Aku dah edit, sebab aku sentiasa nak jaga aib semua orang dan itu satu hak yang aku tak boleh cabuli. Dan sesapa yang sudi nak jadi cikgu aku lagi, hangpa semua dialu-alukan, tapi jangan maki-maki aku sebab aku berusaha jaga lidah aku takmau maki orang.



 Dan untuk semua cikgu kehidupan aku, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan harap-harap aku dapat belajaq sesuatu dari kritikan membina hangpa semua. Thanks for all because without all of you, im nothing in my life and you are the map for me, and this is so trueeeeee.. Kali ni, aku cakap benda fakta dan bukan auta.



Sesapa yang baca entri aku ni, dan rasa nak bagitau yang hangpa dah baca entri ni, boleh drop komen kat wall facebook aku atau komen kat entri ni, nak sms bagitau aku pun ok.



sekian, untuk makluman.

::TUDUHAN YANG PALING KEJAM::

Hello blogger...jumpa lagi



First of all assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..... buat semua silent readers, stalkers merangkap readers dan sapa-sapa jua yang sempat lalu lalang kat page ni sama ada secara sengaja atau pun tak...  





Di kala tengah hari ni, aku sempat lagi nak update setelah perasap dapoq sat tadi.hihihi. Memandangkan ni last day aku boleh makan siang hari. Hujung bulan pulak baru boleh makan siang. oh by the way aku jugak nak ucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.






Pernah anda semua dengaq ungkapan ni....


Orang gila pun takkan mengaku dia gila :: Pencuri pun takkan mengaku dia pencuri :: Dia jahat takkan nak mengaku dia jahat :: Tapi bila dia baik dia mengaku pulak dia baik



Memang ada sesetengah orang, buat baik sekali, sampai nak mati pun dok ungkit lagi apa yang dia buat baik yang sekelumit tu. Jangan la macam ni kawan-kawan, biaq apa yang kita buat tu kita ikhlaskan amalan kita. Tak payah nak canang-canang dalam fesbuk ka dalam blog ka yang kita ni baik sangat.




Boh seringgit ja dalam tabung masjid, tapi dua puluh hari dok habaq kata dah derma kat masjid tu...... Apa la kesnya. Ada orang kata, kadang-kadang bila kita update status ka ataupun tulih macam ni dalam blog kita, boleh tengok level emosi kita. Tak kisah la kita cakap atau tulih, semua tu mesti dimulakan dengan nawaitu dan cara pemikiran kita. 




Apa tuduhan yang paling kejam?

Yang paling menyayat hati bila kita selalu buat tuduhan pada orang lain yang kadang-kala kita tak tahu pun asal usul cerita. Ada kalanya kita hanya dengaq dari sebelah pihak, dan kita terus buat tuduhan. " ooooo dia ni jahat, dia tu baik. Sapa kita nak label kan macam tu????




Bagi aku, aku tak pernah nak melabel sapa-sapa dan aku kadang-kadang rasa kecikkkkkkkkkk ja nak label orang lain. Sapa la aku ni. Sama macam manusia lain. Buat dosa jugak, bukannya bijak sangat nak label-label orang, Allah ja yang tau. Jadi tak timbul perkara nak aibkan sesapa.




Tapi apa yang aku tengok la ni, ramai orang suka mengaibkan orang dalam blog, tambah-tambah letak gambaq besaqqqq punya. Baru-baru ni, kes Ashraf Hafiz yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah. Ada jugak pihak yang menghentam, tak termasuk jugak pihak yang mendoakan kematiannya. Sangat tersentuh bila terfikirkan perasaan keluarga dia. Situasi kita mungin tak sama dengan dia, jadi jangan menghentam membuta tuli.




Doakan saja apa yang jadi semua ni adalah iktibar dan banyak hikmah di sebaliknya. Bagi sapa-sapa yang ada mind positive lebih pasrah dengan kehendak tuhan, dan bagi sapa-sapa yang ada mind negative, cuba kita bawak sabaq sket. Dalam apa-apa hal pohonlah keredhaan Allah dan perlindunganNYA supaya kita tak terjerumus untuk menambah dosa aibkan orang.



Sekian, untuk makluman.

::PEREMPUAN SUKA KALAU LELAKI....(PART 2)::

Hello bloggers..





Assalamualaikum buat sahabat dan sesiapa jua yang sudi lagi menjengah kat sini..... Meneruskan aktiviti peng'update'an aku sambil tengok Tanyalah Ustaz pagi ni kat tv9.hihi...





Okeh, kali ni dah masuk part 2 pulak entri aku ni, sambungan dari entri kelmarin.... Sket sebanyak dapat jugakla membantu puak-puak adam ni faham serba sedikit golongan hawa. Tu pun kalau nak paham la..takmau pun sudah..bukan aku suruh pun..




Perempuan suka kalau

Lelaki yang dia suka selalu tuju lagu apa-apa ja la....


Haaaaaaaaaa..ni mesti ada laki yang tak sedaq..ada sesetengah perempuan ni, dia memang suka kalau lelaki yang dia suka tuju lagu apa-apa ja la kat dia........Cuba hangpa try.hahahaaha...sure dia ingat punya. Maklumla lagu ni kadang-kadang mainkan emosi yang sangat mendalam bagi jiwa perempuan. Tapi kena kenai la dulu genre macam mana yang dia suka, jangan main hentam ja..haha



Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka buat-buat taktau ja, nothing special


Perempuan, hatinya mesti geram gila sehhhhh, takda lagu, takda bunga.hahahaAku rasa la kot. Tak semua yang suka bunga jugak, tapi kan perempuan paling tak suka bila lelaki endah tak endah ja. Takda lagu la, mesti nanti puak-puak lelaki dicop tak romantik. Kalau tak percaya, cer pi check pesbuk, mesti ada perempuan yang suka post2 lagu kat wall....Tu tandanya depa suka lagu, dah kalau lelaki tak paham sangat, sebab tu depa post lagu sendiri.....macam aku selalu buat..muahahaha...




Perempuan suka kalau

Lelaki yang dia suka tunjuk tanda sayang bukan takat cakap ja

Kalau la hangpa dah kata sayang sangatla kononnya dekat girlpren hangpa tu, at least try to chill out her everyday. Bukan takat cakap sayang ja, yang tu semua orang pun boleh. Kalau boleh tu, tunjukla ke'caring'an hangpa tu. Silap-silap boleh tidoq sambil senyum kot...



Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka terlalu 'caring' 

Perempuan sangat laaaaaaa rimasnya, kalau sang lelaki ni terlalu 'caring' sangat sampai nak pi sana tak boleh, nak pi sini tak boleh, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh..grrrrrrrrrrrrrrrr..memang mendatangkan kemarahan ni...Belum jadi bini hang lagi ni...sabaq la bhai...haha




Perempuan suka kalau

Lelaki yang jenis coooooooool dan tak cepat melenting atau panas baran

Ni susah jugak nak jumpa yang cool-cool ni. Raaaaaaaaamai lelaki yang cepat panehhhhhh dengan awek sendiri. Besala kan, ada ja la yang tak kena tu. Walau cemana pun kena belajaq-belajaq rileks...jangan la tuduh apa-apa kalau belum buat soal siasat. Bincang elok-elok tu kan nampak tertib sket, dari maki-maki kot dalam enfon. Apa pun tak boleh.




Perempuan tak suka kalau

Lelaki cepat emo

Adoiiiiiiiiiiii..ni taktau mau kata apa..hihihi..dahla geng-geng pompuan ni ada emo. Tapi bila time emo, puak-puak laki ni pun emo jugak..heheheh..nasib-nasib. Biaqla emo sorang-sorang. Ikut turn. Naya laaaa kalau dua-dua emo serentak. Hal kecik pun boleh jadi bessssssssar punyaaaaaaa....




p/s: Cukuplaaaa lagi 3 things in part 2 ni...jangan marah-marah na..chilllll..

Saturday, July 30, 2011

::PEREMPUAN SUKA KALAU LELAKI....(PART 1)::

Hello bloggers.....




Masa terluang pada pagi sabtu ditambah cuaca yang agak-agak suam kuku menaikkan nafsu untuk mengupdate blog..hehehehe..Oh, by the way.... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


[adeh..baru nak update blog, mak aku suruh pi kait buah rambutan pulak...potong betui.... akibatnya aku mintak penangguhan sat]huhuhuhu




Pagi ni aku nak update sket entri tentang lelaki pilihan wanita. Kalau ditanya kat geng-geng pompuan, mesti depa akan cakap, "saya tak kisah bagaimana rupanya, tapi yang penting...dia setia, jujur dan ikhlas. 3 perkara ni ja....."





Pada pemikiran semua la, penah kan dengaq pompuan cakap macam ayat kat atas tadi? Kadang-kadang aku terpikiaq jugak kan, kenapa ada pompuan yang tak hargai lelaki bila depa dah jumpa yang betui-betui baik. lelaki yang betui-betui setia jujur dan ikhlas dengan diri depa. Memang ada pompuan jenis ni..tapi aku jarang jumpa. Dan bila ada sesetengah kawan aku buat macam ni, baru terbuat aku pun pikiaq, oooo pompuan ngan laki pun lebih kurang sama pattern.





Penah tak terfikirkan apa perasaan sorang tu bila kita mainkan perasaan dia. Bagi aku, aku rasa nasib  la kot kalau jumpa. Cumanya Allah selalu selamatkan aku. Jodoh ni kat tangan Allah, sekarang ni Allah bayaq cash tau....pada sesapa yang suka menyusahkan orang lain. Jadi apa yang jadi tu kita redha ja la. Ada la tu habuan kita nanti. Jangan benci lebih-lebih pulak. Sebab kadang-kadang bila dah benci tup-tup kita buat apa yang kita tak suka tuuuu..haaaa...jodoh tu sapa la tau kan...




LELAKI PILIHAN


Bila bercakap tentang lelaki pilihan, ada banyak benda yang walaupun kecik ja, tapi menyiat-nyiatkan hati pompuan....Eh helo, memang pompuan ni beremosi, so laki kena bijak la tackle hati pompuan,...sayang-sayang.. tapi taktau jaga...




Perempuan suka kalau 

Lelaki yang dia suka tak layan pompuan lain.

Mostly pompuan suka lelaki yang jenih tak layan pompuan len....haaaaaa.. beware la laki...banyak yang mengabaikan aspek keselamatan ni. dahla bila kita tanya dia kata takdak sapa, pehtu siap melayan pompuan len bagai...oh..pleaseeeeeeee...awai-awai dah tunjuk ciri munafik tu.



Perempuan tak suka kalau


Lelaki yang dia suka layan pompuan lain bagai nak rak.

Puak lelaki yan depa minat ni, perghhhhhhhhhh..abih semua status pompuan dia komen, komen gambaq la apa la..... kalau takat berteguq sapa tu mungkin biasa ja, tapi siap komen gambaq "awak ni lawa la...." kat gambaq perempuan lain......perghhhhhh..mau menyirap kot..haha




Perempuan suka kalau 


Lelaki yang dia suka tau jugak bab agama.




Walau pun ada lelaki yang dok ngumpat perempuan ni freehair la..... tak tutup aurat la.... tapi ketahuilah anda, di sudut hati kecil perempuan, mengidamkan lelaki yang ala-ala imam muda gitu......perempuan berharap sangat sang lelaki dapat membimbing, dan menegurnya. Bukan la nak yang berserban 24 jam atas kepala, tapi manners sebagai hamba Allah tu at least ada la walaupun rock kapak.




Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka bila ditanya sket bab agama teruih tukaq topik.

Kamonnnnnnnnnnla lelaki. Jangan mengelak bab-bab agama dalam perbualan, kadang-kadang ada pompuan yang saja nak test. Pleaseeeeeee...kalau hang taktau bab agama sangat tau yang basic punnnn dah kira ada iman tu. Kalau ada perempuan yang penah tanya kaum-kaum lelaki yang bergelar boipren ni bab agama, untung tau, dia dikatakan layak dibuat bini sebab ada kesedaran sivik...Penting tu nak didik anak.




Perempuan suka kalau 

Lelaki yang dia suka selalu jadi motivator buat dia.

Biasanya, pompuan memang banyak mood, dan bila digabungkan mood dengan emosi, cepat bebai, cepat sejuk, cepat hangin, dan cepat segala-galanya. Janganla di saat tengoh down, moody....yang puak laki ni pun senyaapppppppppppppppp ja, tak sms, tak kol....Lagi la hangen. Try la bagi kata-kata motivasi sket, ada di saat pompuan tu tengah down, kan hangpa jugak yang cakap suka kat pompuan tu...Jadi pandai-pandaila.....




Perempuan tak suka kalau

Lelaki yang dia suka buat hal sendiri ja.

Haaaaaaaa ni lah kesilapan lelaki, depa rasa bila pompuan tengah hangen tanpa sebab, depa patut diammmmmmmm ja. Memang aku tak nafikan ada pompuan yang jenih camni, tapi yang ramainya lebih suka laki bagi nasihat. Nak berubah ni bukan senang.... Jadi kena tulun-tulun laaaaa...okeh?




p/s : Cukup kat sini dulu..nanti aku update part 2 pulak na...selamat beramal...

Friday, July 29, 2011

::SIAPAKAH YANG PALING LAYAK DIGELAR SAHABAT?::

Hello bloggers..


Assalamualaikum buat kalian yang masih-masih lagi sudi baca blog aku yang tak seberapa ni [dengan nada agak sentimental] hihi.....





Malam ni saja ja aku nak update entri baru sebabnya siang tadi dengan keazaman yang tinggi dan semangat yang berkobar-kobar nak menghupdate, tiba-tiba aku baru sedaq...laaaaaaaaaaaaaa tak bawak charger lappy aku....bertuahnya mastura niiiiiiiiii..arghhhhhhhhhh! tensi sengsorang. Dek kerana tak dapat mengupdate, dan untuk mengelakkan bebai, hahahaha...aku lena ja lepas aku settle down kan semua keja aku. Terbaekkkkkk....





Okeh, malam ni aku berkobar-kobar lagi nak update new entry. Kali ni apa yang kita gelarkan 'sahabat' konon-kononnya lah. Tak sangka aku, selama aku hidup ni, dan di tahap la ni, aku sedaq ada lagi yang tak paham apa itu sahabat? Masyaallllahhhhhhhh... ini sangat kronik. Baru aku tau manusia ni, kalau bercakap memang auta cukup kuat.





Kadang-kadang ada orang tanya aku, boleh tak kita bersahabat? Semata-mata nak kenai aku, dengan harapan apa pun taktau la. Tapi bila dah bersahabat, depa memang take granted [bak kata omputih]. Aku pun tak paham kadang-kadang bila aku tengah down, buta ja kena tinggai macam tu. Mana la perkataan sahabat yang depa dok propa kat aku sebelum ni.





Seingat aku la, takdakla pulak aku charge monthly fees ka untuk jadi sahabat aku. Aku ingat lagi dulu .....  ada cakap kat aku, "saya nak jadi sahabat awak biar pun saya jauh dari awak" . Tapi aku silap, dia sendiri tak paham apa yang dia canang-canangkan tu....haisssshhh...Takdaknya dia update story aku ka hapa....hahahha... sahabat la kononnya.... tak kesah la aku, bukannya aku kejaq hang pun..hihihi....






Apa maksud sahabat yang sebenar-benarnya???


Carilah sahabat yang berakal. Kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaraan. "Musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh". Carilah sahabat yang membantu, bukan yang membuntu. Temuilah sahabat sejati yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam.





Dia yang menyokong anda ketika tegak berjuang, menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf. Dia jugalah yang tidak menuding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di telapak kegagalan. Dia adalah pendorong pemberi semangat bagi menyuburkan potensi diri anda. Bahkan yang sangat menakjubkan, dia akan meraikan kejayaan anda seperti kejayaan yang diraihnya dan berlutut simpati ketika kedukaan menakluki diri anda......





Itulah maksudnya sahabat...susah nak carikan? tapi tak mustahil ada macam ni yang kita akan jumpa dalam dunia ni...Bila dah dapat, hargailah dan jangan lepaskan, takut nanti rugi pulak bila dah terlepas. Kadangkala yang terbaik tu Allah bagi sekali ja, terpulang pada kita bagaimana kita menghargainya....








p/s : tulisan dengan nada skema di atas dikongsi dari artikel dalam majalah ANIS "Sahabat yang buruk umpama bayang" bilangan 167.

Thursday, July 28, 2011

::BUKAN SUSAH NAK BERIMAN, DAN BUKAN SENANG NAK ISTIQAMAH::

Hello bloggers....



Assalamualaikum buat kawan-kawan merangkap sesapa jua yang lalu lalang kat sini. Happy thursday dan enjoy your life as you can. Lama pulak rasa tak sampaikan sesuatu tentang iman kita kat sini, asyik dok update pasai diri ja.....hihihiihi.....




Sempena nak menempuh bulan ramadhan ni, eksited la jugak aku nak sambut bulan penuh keberkatan dan keampunan ni. Ahad malam ni, dah start permulaan untuk tarawih, dan harap-harap dapatla kita istiqamah, nawaitu kena imbangkan, baik yang kita niatkan, baik jugak yang akan jadi. Jadi, kena pastikan nawaitu kita sentiasa ikhlas.






Senipis mana pun iman kita, peliharalah ia sebaik mungkin, tak kiralah siapa pun kita, apa pun taraf kita, kita hanyalah sama dari pandanganNya. Cuma yang membezakan kita, adalah sejauh mana keikhlasan hati dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. 




Apabila kita melakukan sesuatu yang mendatangkan penyesalan dan kita merasa takut apabila melakukannya, itu tandanya kita masih ada lagi sekelumit iman. Walaupun iman kita itu hanya sekadar senipis kulit bawang. Jadi, tak susahkan untuk beriman? Yang susahnya adalah untuk bagaimana kita istiqamah setelah kita beriman. 






Apa pulak istiqamah tu? Istiqamah tu adalah bagaimana kita buat sesuatu atau jaga sesuatu tu secara berterusan. Di samping kita beriman, dan nawaitu ikhlas kita, kita juga kena sedaya upaya istiqamah untuk memelihara diri kita sendiri. Kita mungkin tak dapat nak ubah atau bentuk peribadi orang lain, jadi apa salahnya kita ubah dan bentuk peribadi kita sendiri supaya dapat mencapai ketenangan dalam hidup kita.





Apa jua yang kita lalui dalam hidup, tu semua mematangkan kita, menjadikan kita tabah, dan menguatkan hati kita. Apa yang perlu kita buat, adalah masa muda kita yang seharusnya digunakan untuk buat kebaikan, jaga keimanan kita. Dan istiqamahlah dalam sesuatu perkara.... Semoga kita semua berada dalam pemuliharanNya, amin.....





Sekian, untuk makluman.

Wednesday, July 27, 2011

::WORDLESS WEDNESDAY #3: AKU GELI, JANGAN KAU DEKAT..LARIKKKK!

Heloo bloggers..assalamualaikum...




Tuesday, July 26, 2011

::GEN Q: PERINTIS GENERASI QURAN::

Hello bloggers...




Assalamualaikum to all readers....stalker and whoever saja la yang berjaya mai singgah kat sini..... Harini aku rasa nak share majalah yang aku rasa sangat best untuk di baca zaman-zaman la ni. Dapat la jugak nak didik rohani di masa-masa remaja ni...perghhhhhh..ayat..hahhaha...tapi serius la aku cakap kan... untuk diri aku dan mana-mana kawan aku yang rasa takmau tersasar jauh.Tambah-tambah lagi sempena nak sambut bulan posa ni kan...







Sebelum ni aku dok baca solusi, tapi aku tau pasai solusi ni pun masa keluaran dia dah mencapai belas-belas pun. Gen-Q ni baru ja di'launch' dan sapa-sapa yang nak try rasa aura dan roh dalam diri cuba la try beli buku ni yang baru start dijuai pada 10 julai ni. Kot-kot la dapat jugak membantu isi rohani dan dapat bentuk jiwa sementara tak berapa nak jadi buluh lagi ni kan?hihi...




Saja nak promote. Aku pun baru nak pi cari jugak ni..hihihihi

Monday, July 25, 2011

MTV 'Berdua Bersatu' - Forteen

Hello bloggers... assalamualaikum to all readers...



Saja nak share video klip forteen, artis bawah naungan KRU. Macam korean artist gitu... agak stylo dan kemas ja...Aku agak depa ni mungkin akan dapat pi jauh lagi dan akan jadi ikutan budak-budak stylo masa kini...








sekian untuk makluman.

::RAMADHAN YANG AKU NANTIKAN::

Hello bloggers...




Assalamualaikum buat semua yang tengah membaca silent entry aku pagi ni..hihi..ada ka term silent entry? hihi.. Selagi aku tak cakap kira silent la kot. Dek sebab aku tak sabaq plak rasa nak sambut ramadhan jadi aku buat entry pra- ramadhan sambil dengaq lagu-lagu nasyid.







Apa mission ramadhan hangpa semua kali ni? Termasukla aku jugak. hihi. Tapi yang pastinya, aku cukup suka sebab malam-malam ada aktiviti aku, apa lagi...tarawih kat surau....terisi sket malam-malam aku yang lapang.












Dah tentu semua mengharapkan kerahmatan dari Allah. Bukan tu saja aku sangat mendambakan kecintaan dari Allah, sebab tu aku dah niat untuk istiqamah dalam apa jua tindakan aku. Biaqla ada sedikit kekecewaan sebab cinta manusia yang menyiksakan tapi aku tak sanggup untuk hilang cinta Allah. Andai kata dunia ni tak berpihak pada aku, aku redha ja. Sebab aku dah takdak tempat mengadu selain Allah SWT.





Memang betui, sebaik mana pun sorang manusia tu pada kita, akan ada satu saat bila kita betui-betui sepi, dia sendiri tak dapat temankan kita. Pada saat tu kita hanya ada Allah, tempat mengadu, Dialah pencipta yang memahami segenap lubuk hati. Sejauh mana kita terlupa padaNya, Dia tetap menemankan kita. Dengan adanya roh dalam jasad, selagi tu aku tetap Hamba Allah, biarpun aku dikecewakan, tapi Dia tak pernah kecewakan aku.





Di kesempatan entri aku kali ni, suka untuk aku jalankan amanah Allah untuk sama-sama mengingatkan antara kita terutamanya diri aku sendiri supaya kita dapat fokus untuk menggandakan ibadah kita. Bulan puasa ni, kena kejaq sket, mana la tau kot-kot ramadhan ni ni yang terakhir.[syahdu plak ayat ni]




Jadi apa-apa pun pakat-pakatla menggandakan amalan supaya bukan syurga dunia ja yang kita dapat, syurga yang sana pun kita dapat jugak.




sekian, untuk makluman.



Sunday, July 24, 2011

::BINATANG BESAQ YANG AKU TAKUT::

Hello bloggers....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh to all muslim and tak lupa jugak selamat malam to all non muslims....hihi... penuh salam aku malam ni... Lama tak bagi salam penuh macam ni. Sekali-sekala ja boleh terrrajin. Di kesempatan malam ni, aku update sket sebelum aku pi tidoq. 




Hihihi...malam ni saja aku nak share ke'takut'an aku pada binatang yang aku betui-betui takut... Ini serius..... sebelum ni aku update binatang yang aku geli ja..tapi bagi aku geli ngan takut tuuu sama ja la..boleh kena histeria kot kalau ada orang ngusik..huhuhuhuhu. Aku tak leh nak upload gambaq banyak sangat sebab beruk ben aku ni slow sket. Takleh gak nak kutuk-kutuk ke'slow'an dia ni, takut satgi tiba-tiba ja line putus..hahahha.....





Malam ni aku update 3 ja dulu kot, nanti sok aku sambung ngan story baru okeh... Chill out peeps.... jom tidoq....heaven rasa tidoq awai..
















haaaaaaaa...lembu kat atas ni kalau start tenung-tenung aku camtu, bek aku blah ja......huhuhuhu

Friday, July 22, 2011

:: BILA AKU DIBLOCK KAT FACEBOOK::

Hello bloggers...




Entri kedua di hari jumaat ni......Apakah aku di block bila aku try buka fb 'someone' tu tak boleh? Ohhhh... ini agak membuat aku sedikit terkilan...dengan gaya mereka a.k.a depa..huhuhuhuhu.....








Aku memang selalu online facebook atau blogging. Bila takdak sapa teman, dua tempat ni ja tempat aku luah rasa tak puas hati aku, nak marah ka nak ngamuk ka...kat sini ja pun. Aku takda la simply nak naik suara depan orang lain.





Aku memang rajin jugak berfesbuk, sampaikan aku kadang-kadang hanya boleh dihubungi di fesbuk berbanding phone aku...tengok...pengaruh facebook ke atas aku..? Marveles kan. Aku jarang komen sangat status-status orang tapi aku lebih suka ambik action sebagai pemerhati unless kawan-kawan yang memang dok jadi pengkomen tegar aku dan baik dengan aku, aku la antara yang suka menyemakkan wall depa.....





Yang selebihnya, aku hanya sekodeng ja nak lepas rindu, tapi bila aku typing satu nama ni....aku perasan something......yang dia dah block aku dan bukan sebab salah aku pun. Orang boleh ignore ja kan kita, adakah ni yang sepatutnya buat pada kawan yang kita sayang konon-kononnya?





Takpala, kita takdak kuasa kan nak halang orang benci kita...yang penting aku jadi diri aku sendiri dan buang sorang kawan dari hidup aku, tu memang bukan cara aku. Sedih jugak kan bila orang buat macam ni kat kita kan....




Tapi satu ja aku tak paham...apa salah aku, sampai semuanya aku tanggung sorang-sorang?






::BINATANG YANG PALING AKU GELI (PART 2)

Hello bloggers...



Assalamualaikum and good morning peeps.....



Macam mana pagi ni? semua dah makan? good then. Sebelum aku menggelikan kalian dengan entri aku pagi ni, nak jugakla aku nasihatkan anda-anda sekalian supaya jangan muntah ijau kat sini... Sila bawak beg plastik masing-masing ye...ngeeeeeee....



Actually, banyak jugak menatang yang aku geli atas muka bumi ni..hihihi..pendek kata aku sangat geli dengan binatang yang banyak kaki.hahhaha. Contohnya macam ni...






















Errrrrrrrkkkkk...aku dah rasa geli gila dah ni...sebelum aku jumpa plastik aku sendiri, bek aku blah dulu..huhuhu. Nanti aku update len.

Thursday, July 21, 2011

::SETIAP HATI KITA ITU ADA PENGHUNINYA::

Hello bloggers....




Assalamualaikum...dan masih lagi nak update entri hari ni dengan mode yang kadang-kadang boleh jadi sentimental dan nasib bek lagi tak berapa nak mental ni..huhuhuhu. Bicara mengenai isi hati yang tak berpenghujung...






"Ya Allah, andainya dunia ini tidak berpihak padaku, Engkau letakkan lah ia di tanganku, jangan engkau masukkan dunia ni dalam hatiku" 



Dalam hidup kita ni, kita tak dapat lari dari buat kesilapan, sama ada kita sengaja ataupun tak. Kita tetap manusia. Kita ada satu hati tapi kita ada macam-macam perasaan. Kita ada rasa nak marah, sedih, suka, kecewa.....macam-macam ada. Tapi sejauh mana kita dapat membuat hati kita lebih kepada Allah, itu lagi penting. Semua manusia sama tarafnya, cuma orang beriman tarafnya lebih sket dari orang yang kufur.




Tapi dengan tu jugak, bukan lah bermakna kita boleh cop orang ni sombong atau orang tu yang sombong, sebaliknya cuba kita didik hati kita untuk kejaq keredhaan Allah. Kadang kala kita terlepas pandang hal ni, Allah tak pernah tinggalkan kita, tapi kita yang selalu mensasarkan hati kita dari keredhaan Allah.




Adakah dengan tu, kita dah rasa kita manusia yang paling hebat dalam dunia ni? Bila kita dibagi nikmat kesenangan, kita lalai dengan nikmat tu sehingga kadang kala kita mengabaikan perasaan yang ada pada manusia lain. Memang betui, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, tapi kita kena ingat, kalau kita nak orang jaga kita, kita kena jaga hati orang lebih dulu.




Apabila perkara yang di dunia ni yang kita gila-gilakan, dunia yang sementara ni, di mana pulak masa untuk kita kejaq akhirat kita? Apa dengan penuhkan kehendak dunia kita, kita akan comfirm bahagian di 'sana'? Apa dengan perkara yang sepatutnya menjadi jambatan untuk ke sana kita sia-siakan dengan menindas orang yang tak sepatutnya...




Sahabat........

Adanya kita di dunia ni bukan untuk bertelagah, aku sangat kecewa jika kamu saling berbantah dan berebutkan isi dunia. Walaupun kadang-kadang dunia ini berlaku tidak adil tapi Keadilan itu datang dari Allah. Pertelagahan itu lebih memudaratkan dan mendatangkan keburukan yang dasyat. 








Apa yang paling penting dalam hati kita? Yang paling penting siapa penghuninya, dan bagaimana kita menjaga penghuni itu sebaik mungkin dalam hati kita.... Allah yang paling berhak dalam hati kita. Bukankah Dia yang menciptakan kita.....walaupun ada yang cuba menyentuh hati kita, Allah takkan tinggalkan kita, seteruk mana kita, sehebat mana pun kita, sekeji mana pun, kita tetap hambaNYA. bukan hamba dunia yang tak ke mana-mana ni.




Sahabat...

Nikmat apa yang membahagiakan kita bila-bila masa saja boleh 'direntap'....Hanya tuhan yang tahu...






sekian, untuk makluman.

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2:SAMPAI BILA PUN AKU ADALAH HAMBA-MU






Selama aku hidup sampai mati aku tetap hambaMU.



Monday, July 18, 2011

::BINATANG YANG PALING AKU GELI::

Assalamualaikum to all readers....



Pagi-pagi ni mood aku mencanak-canak pulak nak update blog..hehehehhehe..Disebabkan masih lagi injured, netball punya hal kelmarin, tu yang aku dok hadap lappy ja ni..hihihihihi..Maleh nak jalan banyak-banyak.




Harini lama aku tak story mory pasai perangai pelik-pelik aku lagi kan?hihi..kali ni pasai binatang yang aku kalau nampak ni jenis-jenis binatang macamni, haishhhh..mau boleh menjerit macam kena histeria...hihi












oiyoooooooo...aku paling geli menatang ni...kalau ada aktiviti jungle treking..adooooo, aku paling risau kes ni, aku geli sangat menatang ni, walaupun tak mendatangkan sakit ka bisa ka...tapi aku tetap jugak akan menjerit-jerit bila menatang ni hinggap kat aku....geli amat.....rasa macam nak masuk dalam plastik beg ja.... masa upload gambaq ni pun aku dok belek kaki aku..haha seriau.. kalau nak ngusik aku pun jangan la tunjuk menatang ni, boleh trauma wooo....




Ada lagi yang aku geli, contohnya yang ni....sama la spesies macam pacat ni, badan licin, berlendir, melekat macam tu, memang aku tak boleh blah...







Sebenaqnya kan, masa aku upload gambaq si cacing ni, aku dah separa nak muntah ni.... nak pitam pun ada, tapi kalau tak boh gambaq macam tak happening pulak...upload ja la...huhuhu...Sebenaqnya banyak lagi binatang yang aku geli, seram, takut....semua binatang yang spesies licin dan sejuk-sejuk, aku memang tak boleh....aku cuma boleh pegang satu ja binatang yang jenis licin ni, belut...tu pun selepas dipaksa beberapa kali dengan diberi jaminan belut tu tak apa-apakan aku....hihi







Kalau suruh aku selup tangan ambik, memang idak le....geli jugak, tapi aku berani pegang ja la...hihihihi.. nanti aku upload lagi binatang lain..kali ni..geng-geng ni ja yang aku uploadkan..hihi

Sunday, July 17, 2011

NETBALL TEAM PPDNKK

Hello bloggers...


Assalamualaikum.....to all muslim out there, and first of all thanks for reading, my life, my story here.



Sambil aku mengupdate blog malam ni, aku dok hadap jugak tilawah quran ni. And now is the turn of participant from Bahrain. Quite well jugak dia punya tarannum...hahhaha..kalah la aku camni..[perasan sat].








Ok, by the way, aku agak mengalami injured sebab jatuh dalam netball court khamis lepas. Luka sket ja, tapi sakittt wo...Masa tu aku pi training netball tak pakai sports knee tu, kalau jatuh memang terasa la jugak bahang dia. And tadi pagi kami ada friendly match dengan Kastam Sg petani. And boleh tak aku nak kata seri ja..hihi




First half memang enjoy main, dan bila masuk second half, alahai...energy down seh........plus matahari naik dah masa tu, we lost our focus but not totally, still boleh dikawal. Tapi memandangkan kami pun baru rebuild team ja dan still newborn lagi dalam game ni, so apa yang aku boleh komen, teamwork tu memang totally work. Semua ni menyumbang untuk kemenangan..hihih




Last night, aku dah promise kan untuk upload gambaq, dan selamat melayan la gambaq-gambaq yang tak seberapa ni. Yang sempat disnap sama ada secara sengaja atau pun tak..hihi




















Cukup la kot..buat pengubat rindu...hahahahhaha..cewwah..terperasan sekali lagi....esok aku update lagi dengan story yang lain pulak okehh...

Saturday, July 16, 2011

::TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA::

Hello bloggers...




Assalamualaikum to all muslim readers.... 




Selamat menyambut malam nisfu syaaban. Dah diambang pertengahan pada bulan syaaban, malam yang dianugerahkan pada kita yang sepatutnya dihiasi amalan-amalan sunat. Aku tak pasti sama ada ada hadith yang menyatakan sunat kita baca yassin 3 kali. Ada orang kata bidaah. Tapi, takpa laaaa kalau bidaah tu tak bercanggahan dengan agama kan, bidaah ke arah kebaikan takpa, jangan bidaah ke arah kemurkaan Allah.




Aku pun takmau lepaskan nikmat malam nisfu syaaban ni, dah baca yassin tadi, aku melangut tv, tengok tilawah al-quran. Ni la yang paling aku syok....walaupun tengok dari tv ja, tapi aku suka tengok ragam tilawah al-quran antarabangsa ni.










Kali ke 53 dianjurkan oleh JAKIM bertempat di PWTC. Sat ja dah 53 kali dah. Start 16 Julai sampai 23 Julai 2011 ni. Bagi sapa yang tak tengok tilawah, cuba try tengok best jugak tengok macam-macam versi dari negara lain. Sangat mengagumkan bila Al-Quran berjaya disebarkan di seluruh dunia...




Nabi pun dah cakapkan, ada dua perkara yang mana apabila kamu berpegang teguh padanya, nescaya kamu tak akan sesat, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Jadi jangan lah abaikan membaca al-quran tu ok...Yang tu saja cahaya yang boleh menerangkan hati kita. Sekali sekala boleh tengok tafsir, [time aku rajin ja aku buat macam ni] hihihi...





Selalunya memang aku tetapkan sesibuk mana pun aku akan baca jugak selepas maghrib. Alhamdulillah, setakat ni mampu istiqamah lagi untuk tak meninggalkan quran. Kalau ada masalah dengan hati, haaaa... elokla baca quran, at least boleh menghindarkan dari kelam hati. Hati jadi jernih sket, penyakit hasad dan negatif tu takkan ada lagi.



p/s : esok aku ada netball tournament, tolong doa-doakan team aku menang..hihihi. nanti aku upload gambaq.

Friday, July 15, 2011

::BERUSAHA BUKAN BERERTI KITA TAK MAMPU::

Hello bloggers....


Entri yang agak emosi...



Assalamualaikum....readers, how are you going, here i'm again..updating my blog, untuk mengelakkan berlakunya sawang dan apa-apa ja la...




Kadang-kadang aku rasa ishhh...apa la nak jadi ngan diri aku ni. Aku tak rasa aku ni baikkkk sangat pun, tapi aku usaha jugak untuk jadi yang baik, biaqla usaha aku agak sia-sia jugak(sometimes). Untuk dapatkan yang terbaik, bukan kita yang tentukan, sebaliknya kita terlebih dulu kena jadi baik. Aku jarang sket la ni nak bagi tazkirah kat orang, sebab tak semua orang boleh terima pendapat kita walaupun depa jugak yang mintak pendapat..hihihi






Jadi manusia yang berperasaan....


Apa tu? Jadilah manusia yang berperasaan. Dalam hidup ni, aku selalu pointkan benda ni dalam diri aku, nak orang hormat kita, kita kena hormatkan orang dulu, nak orang sayang kita, kita kena sayang orang dulu. Walaupun kadang kala aku dah bagi apa yang aku rasa yang terbaik untuk orang tu, tapi aku bukan jenis yang suka desak orang buat yang terbaik untuk aku. Aku tau, aku pun manusia biasa. Tak layak nak compare dengan mana-mana orang.




Aku selalu pikiaq, apakah aku ni sorang hamba Allah yang baik, Allah ciptakan aku dengan segala yang baik, syukur, aku diberi nafas, aku diberi lidah untuk berbicara, aku diberi nikmat untuk berjalan bergerak sewenang-wenangnya.....aku diberi hati, aku diberi perasaan, aku diberi rasa belas, ihsan segala-galanya...Tapi apakah hanya dengan lafaz "syukur" tu dah cukup buat kita




Dalam dunia ni.... kita diberi banyak pilihan, dan bagi aku...aku cuma ada dua pilihan... UNTUK JADI JAHAT dan UNTUK JADI BAIK...dan aku dah pilih jalan aku dengan bantuan Allah, apa pun yang orang buat kat aku, aku serap semua dan aku akan jadi baik buat kalian, hamba yang baik, sahabat yang baik, pendengar yang baik, anak yang baik......




Kecewa....

Aku mungkin agak kecewa kalau orang lain tak boleh buat baik dengan aku, tapi aku lagi kecewa bila aku tak boleh buat baik dengan orang, apa hak aku untuk buat jahat dengan orang? Sedangkan taraf kita sama... HAMBA ALLAH... cuma status, pangkat, dunia...yang membezakan taraf kita. Kalau dibalut dengan kain kafan....taraf kita dah sama.




Cuma apa yang boleh aku bagitau, sepanjang hayat aku, aku akan cuba belajaq.... Belajaq menjadi manusia. Pembelajaran sepanjang hayat. Berusahalah selagi boleh. Bila kita berusaha, tak bererti kita tak mampu, cuma tu lebih mematangkan kita bila nak bertindak.




sekian, untuk makluman.


Wednesday, July 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY#1: WHO LOVE ME?

Tuesday, July 12, 2011

::DIPERAYAT DEKAT SEJAM UNTUK DIAJAK MINUM JA?::

Hello bloggers...


Assalamualaikum....to all readers....



aku nak mengadu kat sini ja lah...setelah aku memang takda tempat mengadu secara fizikal..tapi rohaniah tu aku mengadu kat Allah ja la...














Haritu aku kena roadblock.....Aku ni punya la cuak..padahal lesen aku still available. Tak expired. Bila dah suruh berenti tu, aku berenti ja la. Takkan nak langgaq pulak kan.So, dengan muka slumber aku berenti ja la moto aku kat tepi jalan. Aku macam besa, reaksi first aku blur2...dan tunggu mamat polis tu mai, kot la nak tanya apa-apa kat aku...




Sekali dia mai... "adik ni nak pi mana....."

"errrr....nak balik tempat keja"

"tempat keja kat mana tu?"

"seberang jaya, ni nak tengok lesen saya tak?" aku plak yang tanya dia

"emmm..boleh jugak, tengok lesen...."


aku pun huloq la lesen dengan harapan cepat-cepat la dia lepas aku. Aku nak balik ofis punch card nih...


"ooo...ni dah keja la eh,nak balik ofis ke?jom la gi minum dulu..."jawab mamat tu sambil sengih-sengih...

"eh, takpa, saya nak balik ofis ni dah lewat ni....."

"alaaaa..awal lagi nih, rileks la, panas ni...tak panas ka"


aku memang agak sendikit geram bila moto lain dia tak tahan pun....semua yang lalu lalang kat situ tengok aku semacam, dah rasa macam penjenayah ja aku rasa..haisssshhhh..sabaq ja la...

"takpa encik, saya betui-betui dah lewat ni....saya kena balik ofis"

"alaaaaaaa, betui ke ni taknak gi minum-minum dulu,panas ni"

"takpa encik, nanti saya minum sendiri, saya tak besa keluaq minum dengan orang yang saya x kenai ni"

"ada no telefon x?"

Ya allahhhhhhhhhh...masa ni dah 40 minit dah aku dok kat situ, lesen aku, ic aku...dia dok pegang tak bagi-bagi....

"saya tak pakai fon pun encik"

"alaaaaa..takkan takda fon number, fon rumah pun xde ke?"

"ha ahhh...memang saya tak bawak fon, sy guna fon ofis ja ni pun"

"rumah kat mana ni?meh nak pi tolong hantar balik"

"errkk?saya serius kena balik ofis ni, kalau encik dah puas hati ngan lesen saya tu, cepatla"

"nak cepat-cepat nak gi mana?"

"saya ni penat encik, dah la bawak moto tengah panas ni, saya kena balik ofis nak punch card"

"oooo..ok2..kesian dia..panas ni......"sambil gelak-gelak kat kawan dia....mangkuk betui..


Serius aku rasa darah naik muka aku...dahla paneh, buleh dia dok wat lawak lagi..nak tahan-tahan la betoi. Aku diam ja tak cakap apa-apa....

"Aik...marah ke?" dia tanya bila aku diam ja..

"lesen saya encik..........."

"oo lesen ek?ok2, nak lesen, hati-hati tau...jumpa lagi ya nanti"


Aku teruih blah dengan laju gila...sebab geram sepasai.....depa boleh buat lawak tengah-tengah hari ni... Ni apa yang aku penah lalui.....bila aku update status kat fb, ramai kata aku ni hipokrit la..tak payah dok melesia la...esok kalau susah takyah cari polis...hotak hangpa laaa...




Dan ada jugak anak-anak polis remove aku teruih dari fb sebab depa kata aku kutuk polis. Eh, helo, kalau benda tak jadi, aku tak kata okeh......aku tak kata semua...tapi yang spesies aku jumpa yang macam ni.... dan sapa yang nak back up tu..aku taktau dah la nak kata apa..ikut suka la..kat sini blog aku..ikut suka aku nak share apa pun...



sekian, untuk makluman.



::THANKS FOR THE TORCHLIGHT..ACCOMPANY ME IN DARKNESS::

Hello bloggers...



Assalamualaikum readers...Pagi ni aku ada kesempatan yang aku cilok ni...tumpang tak sibuk mana lagi.... Sambil aku dok baca buku Malaysia kita yang sejarahnya mak aiiii........buat aku terkesima sampai mata aku tetiba jadi stim..hoho..Untuk mencerahkan mata aku semula, blogging kat sini la sat...








Semalam kul 2.30 pagi, hujan kaw-kaw turun kat umah aku. Dengan angin kuat, kilat, guruh..... memang complete set. Dannnnnnn bila ada satu kilat kuat, teruih blackout sedas........









AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... aku memang cukup trauma bila blackout ni.....aku tak boleh dalam kegelapan. Dunia aku tetiba kelam, gelap.......makkkkkkkkkk...tanpa segan silu... menangih sat aku selama 2 minit. Sebab aku memang blur kalau blackout. Kalau dalam keterpaksaan macam ni. memang boleh hujan la aku pun.





Sambil peluk teddy bear aku, dan berkurung bawah selimut, memang mengerikan. Macam-macam la terlintas kat kepala aku. Dan aku menguatkan seciput semangat yang aku ada.....bangun jugak dalam gelap tu dengan tekad pi cari torchlight....hadiah dari someone. Memang ketaq jangan cakap la...aku langgaq menatang apa dalam umah pun taktau la. Jatuh habih. Yang pastinya dalam kepala aku, aku hanya pikiaq torchlight...torchlight..ya allah...kalau dah penakut tu..memang tak leh nak kata apa dah..




Dalam balam-balam cahaya kilat tu...aku capai kotak torchlight tu..uiii...dok lam kotak exclusive tu..terketaq-ketaq aku bukak kotak tu.... Nasib bek laaaa haritu dah pasang bateri siap dah.kalau tak memang aku rasa nyawa-nyawa ikan........






P/S : Tidoq pun aku pasang torchlight tu sampai subuh....hihi





sekian, untuk makluman.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails