nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, June 3, 2011

::FEMES DENGAN CERITA NEGATIF??SUKA EHH?::

Assalamualaikum bloggers.....






Blogging memang satu hobilah jugak bagi aku yang tak seberapa sibuk ni kadang-kadang. Cuma aku rasa pelik lah kan, Malaysia ni kecik ja pun. Kalau lah ada sorang blogger yang buat entri negatif pasai nak cepat femes, dengan sat ja, mesti followers dia bertambah, traffic mencanak-canak naik.





Kalau bab buat entri panas, memang serah kat depa, lagi negatif cerita tu, lagi cepat femes. Maka nya, ada blogger yang pilih gaya hidup entri yang negatif untuk publish entri-entri depa. Taktaula sama ada depa rasa syok nak femes dengan cara tu.






gambaq dikutip dari : blog eykahamasuba




Kalau ada satu kes dalam dunia blog ni, kes-kes panas. Aku pujila tindakan sesetengah bloggers bila ada yang nak nasihat bloggers yang 'tersasar'. Ada yang update entry, siap bagi link pasai bloggers yang 'tersasar' tu. Bagi aku, kalau ya pun, sekadar tengok kalau tak boleh mencegah, baik kita dok dendiam. Sebab nanti jadi lain pulak.





Tapi lagi baik, kalau kita update cerita yang ada info, tak payah sangatla nak kejaq glemer ni. Tak ke mana pun kalau glemer dengan benda negatif.kan? Payah ooo kalau glemer ni, jadi baik orang kata, bila jadi jahat, lagi lah orang kata kan. Kadang-kadang ada orang tanya aku, macam mana nak naikkan followers?





Errrr...payah sket la aku nak jawab, sebab aku pun takla femes mana dan tak meletopppps mana pun, cuma ada yang kenai aku tu, kenai la. Ada yang tak kenai aku tu tak kenai la kot..hihihi. Apa pun, sila hindarkan kontroversi.





sekian, untuk makluman.

4 comments:

diyana said...

yup btoi2..bkn stkt artis je suka buat kontroversi, blogger pn ske jgak hehe~

Ir. Jamal said...

Betul tue..Jamal setuju dengan entry nie.

Dan hindari dari Fitnah memfitnah orang lain...Barang Sesungguhnya

"DOSA MEMFITNAH ITU LEBIH BERAT DARI DOSA MEMBUNUH"..SUBHANALLAH...

::Mastura Zakaria:: said...

@diyana


manusia mmg suka publisiti kot...

::Mastura Zakaria:: said...

@JAMALUDDIN ABU BAKAR


betul tu jamal, dunia ni tempat cari amal, untuk nak bawak 'ke sana'....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails