nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, June 2, 2011

::LIF?? AHH SUDAHHHH, JANGANLAAA::

Assalamualaikum bloggers.....






Mengupdate lagi pada petang di saat mata aku dah kuyu selayu-layunya. Ni laaaa akibat telan nasik banjir masa lunch time tadi. Mata beraaaattttttttttt ja rasa. Banyak setan dok gayut-gayut kot... astagfirullah-al-azim....





Bila cerita tentang lif, aku memang tak bekenan. Kalau pi kat bangunan-bangunan tinggi yang ada lif, haisssssssssh, memang aku rasa nervous gila. Aku cukup tak boleh naik lif sorang diri aku. Tak penah lagi aku rasa naik lif ke tingkat 4,5,6 dan seterusnya. Yang besa pun, aku hanya berani naik lif sampai tingkat 3 ja. Tu pun sebab ofis aku la ni kat tingkat 3.





Dulu, masa awal kemunculan aku kat ofis ni, kalau takdak orang se-lif dengan aku, memang aku redah naik turun ofis guna tangga. Scary wohhhhh naik lif sorang-sorang. Sejak bulan 3 tahun ni baru aku berani naik lif sorang-sorang. 





Kalau takdak sapa teman, aku redha lagi guna tangga, sebab aku memang takut sungguh dengan lif. Tak penah pulak aku tersangkut dalam lif ka, ataupun aku sesak nafas dalam lif, tapi tu lah hakikatnya. Dulu sebelum aku keja kat sini, aku penah keja kat tempat lain, tingkat 9. Tu pun aku dah mengucap panjang tengok offer letter.





Selalunya, kalau aku dapat surat apa-apa yang memerlukan aku menghadirkan diri kat mana-mana, aku tengok tingkat dulu, pastu baru aku tengok tempat tu kat mana.hahahah. Masa aku keja kat tingkat 9 dulu, aktiviti aku, pagi sampai ja bangunan nak pi ofis aku, tunggu orang ramai masuk lif, aku pun join, sekali. Kalau orang yang last dalam lif turun dulu sebelum aku, aku ikut dia turun jugak, pastu aku naik tangga.haha...





Lunch time, aku tunggu bebudak ofis pi makan, turun guna lif sesama..selamatttt...fuhhh.. Kalau kawan aku cuti, aku sanggup tak turun makan, sebab malas nak guna tangga dan takut guna lif..





Aku rasa lagi selamat bila, kaki aku jejak bumi. Janganla sapa-sapa tinggai aku dalam lif, mau buleh hantaq aku pi dok wad trauma dan kecemasan. Silap-silap mau tersampuk..huhuhu








Aku rasa kalau jumpa lif macam ni, mau bagi 150,000 rupiah pun aku sanggup guna tangga lagi..huhu. Gambaq lif kreatif ni dicopy dari blog tengkunizam.com





sekian, untuk makluman.

12 comments:

Ir. Jamal said...

Uish..dahsyatnye penyakit nie..penyakit apakah ini?..lifhobia kot..hehe

::Mastura Zakaria:: said...

@JAMALUDDIN ABU BAKAR

hahaha..taktau la jamal..tapi memang penakut betui dengan lif...silap-silap blh nightmare berhari-hari..

Anonymous said...

serik naik lif

::Mastura Zakaria:: said...

@Akulah Pak Lan


Pak lan takut jugak ka?

Ir. Jamal said...

Yeke..ape yang nak ditakutkan..cube cerita sikit feeling bila naik lift tue..takut sebab ruang kecik ke, takut duduk sorang-sorang ke or takut sebab rase lift tue bergerak..

ce cite,ce cite...hehe

::Mastura Zakaria:: said...

@JAMALUDDIN ABU BAKAR

jamal, takut berada dalam mesin bergerak tu sorang diri..hihihi...kalau ada peneman takpa...ni kalau takda sapa-sapa....huiiiii..cuak tu..

Kak Amy said...

As'salam..

Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.

msredcheesecake said...

cik mastura,
kita hampir serupa....

::Mastura Zakaria:: said...

@ Amy Syaquena


insyaallah, nanti sy singgah...

::Mastura Zakaria:: said...

@msredcheesecake

ye ke? igt sy sorang...

Rtp Farra Arisha said...

sometimes arisha pun merasai perkara yg sama. bila naik lif, mcm2 terpikir dlm kepala but nothing had happened actually. haha. mungkin terlebih tgk filem horror kott. muahaha.

::Mastura Zakaria:: said...

@Rtp Farra Arisha


hihihi..tu la...kadang2 mmg igt bad thing ja..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails