nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, April 24, 2011

::3 BENDA UTAMA YANG MEMBUATKAN ADA BLOGGER TAK JADI NAK FOLLOW::

Salam 1 Malaysia buat semua kawan-kawan sepermainan, seperjuangan sepem'bloger'an(apakah?)




(Yang harus di sharing dan yang harus kita tau)


Harap-harap sihat la semuanya. Yang mana tak makan lagi tu, renti-rentikan la blogwalking sat, pi makan dulu. Kang perut masuk angin haaaa...baru tau. Yang mana yang dah makan tu, mai lepak baca entry aku ni. Ni ada dua, tiga kerat ilmu yang boleh aku share. Aku suka tanya pendapat kawan-kawan aku, dan orang yang lebih senior dalam dunia blogger ni.




Yang mana yang aku dengaq, then aku rasa berkenan tu aku share kat sini, untuk kalian jugak. Kan ilmu tu untuk kita share dan aku rasa, yang tiga-tiga ni aku paling setuju la.




 1. Pasang lagu 'merapu' yang tak boleh nak pause.


Haaaaaaaaaaaaaaa....yang ni paling sakit hati. Aku memang tak nafikan kadang-kadang ada orang suka baca sesuatu sambil dengaq lagu. Aku pun suka dengaq lagu. Tapi yang paling tragik bila aku masuk blog, dahla lagu apa pun aku taktau la rock semacam, memang tak boleh blah pastu takleh 'pause' pulak tu. Alaaaaaaaaaaaaaaaaa, memang aku pangkah terus. 


  

Bukan takleh nak letak lagu, tapi makesure jangan di'autoplay'kan. Ni tak, bila buka blog ja lagu pun autoplay. Memang semak kepala. Mau pulak kalau guna headphone yang high volume, rasa cam nak tercabut gegendang telinga. Kalau yang lagu jenis slow-slow tu tak kisahla, tapi yang heavy music ni. Adoiiiii....





Dulu aku pun pasang camtu jugak, sebab aku rasa dah kira best la lagu kat blog aku tu,haha. Tapi bila aku ambik kira pandangan orang lain, betui la jugak.......Memang terasa semak samun ja kepala. Tambah-tambah bila buka 2,3 blog dan semua blog tu ada lagu, serentak pulak. Mau 'hang' sat kepala.Kalau nak letak jugak go on la. Tapi jangan autoplay. Biaq dia dok diam-diam kat tepi tu, kalau rasa nak hiburan, ha pandai-pandai la pi play sendiri (by the way aku suka lagu dalam cite Asmara, sebab tu aku letak, pi la dengaq)hehe...





2. Letak widget yang rasa dah lawa tapi hakikatnya memberatkan blog


Ni serius aku bagitau. Ramai betui blogger yang suka letak widget yang kadang-kadang tak penting pun. Tapi hakikatnya, lambat tau nak loading page tu. Macam aku dulu, hahaha.Tak abih-abih macam aku.





Dulu, aku berkenan sangat pasang widget yang aku rasa 'comel' la, 'kiut'la, 'havoc' la. Ala, yang ada salji-salji tu, bila kita pasang widget tu, nanti ada salji turun. Sebenaqnya aku tak sampai lagi tempat yang ada snow. Kalau kemaruk sangat nak main snow, aku pi dok kat depan peti sejuk, buka bahagian freezer tu. Main ais, hahahha.gilossss!Tapi tak penting semua tu.




Dulu PW la teguq aku, Apa tu PW? ni lah dia. PW la kata benda alah camtu tak penting, pastu aku tengok-tengok balik. Ya lah jugak. Apa bondo eh pekdah den dapat?haaaaaaa..takda apa pun.hahhahah. Lagi buat blog berat dan rasa lembap ja, bagi pengguna berukband macam aku ni la. Yang bayaq RM68 sebulan tu. Tau ja la, kalau mai time line slow. Memang tahap cipan nak loading.




Ni la yang buatkan page kita lambat loading, lambat gila nak keluaq. Nak tunggu header keluaq pun mau dalam setengah jam. Mana mau tunggu nak tengok blog yang tah hapa ja ambik masa lama tu. Bek pangkah ja, pi blog orang len. Tak jadi nak blogwalking kat page kita.Haaaaa, kan dah rugi tu.




3. Kalu boleh janganla guna perolahan ayat yang bombastik dalam entry


Kalau kalian perasan la kan, dalam blog sesetengah orang, terutamanya blog yang boleh dikatakan underage la kot. Depa guna 'perolahan bahasa' yang sannnnnngatttttttttla teruknya. Guna bahasa pasar orang kata, kita dah nampak biasa lah tu macam yang aku dok guna. Bukan baku pun, tapi yang depa guna ni, aku pun taktau dari planet mana.




Contohnya macam ni " Ariew new, kitew raserrrr kitew rajen sangat, lepas tuewwwww, kitew aser kitew tak boowhat suwatuew bendew lagiey, rupewnyew kitew da lupew kitew janjiey ngan diew nak giey tengok wayang, " alorrrrrrrrrrrr....pening dohhhhhh. Aku rasa pening gila. Time study dulu aku jarang jumpa bahasa memeningkan macam ni. Aku pun tak sangka ada jugak budak-budak yang jadi pro-sak macam ni. Aku anti sket kalau orang dok suka tambah perasa bahasa camni.




Dulu pun aku pernah buat, bukan tak pernah. Sampai kan aku pun blur, apa aku tulih. Konon-kononnya seni halus lah tu kan? Tapi adoiiiiiii...sedih wooooo kalau cikgu BM aku tengok, pengetua lama aku mau pencen terus camni( padahal memang lama pencen dah), bila tengok penulisan macam ni. Kalau depa habaq kat aku, UPSR depa A..memang tipu yang amat la tu.





Yang tu ja la kot, buat masa ni yang aku rasa perlu dirombak balik. Kalau ada sebarang cadangan atau bantahan bolehla diusulkan di bawah entry ini atau pun diemelkan kepada mastura.zakaria@gmail.com. Sekian saja, salam hormat dan jumpa lagi (cesssssssssss...dah rasa macam nurul syuhada nurul ain) hahaha.






Sekian, untuk makluman.

18 comments:

GeminiGurlz said...

yg first tu pernah buat dulu... pastu ade blogger wat review kate lbih baik xde lagu... so, buat lagu tu dah...hehe

Chegu Zubir said...

yup...btul tuh...sokonmg sgt3....kadang2 blogger2 newbie nih suka wat benda2 yang leh halang blogger len masuk..huk3

cik bAtu said...

UPSR A...hahaha...xkire...nk gtaw jugak...

shafmechy said...

sy setuju..hehe

Tengku Nizam said...

bgs tips ni , bg peringatankat newbie , selalu semua widget nak letak dalam blog tuh , smpai penuh kiri kanan , myemak je , tp nak buat camne kan , lain orang , lain minatnya .. :)

::Mastura Zakaria:: said...

gemini:heheh..bagus..bertindak menurut arahan...

chegu: betul tu..ni sbgai panduan kecil-kecilan untuk puak-puak baru...

cik batu: penulisan A tak?haha

shaf:sama2 berkongsi..

Tg Nizam: tu lah, minat yg kadang2 tak disedari membebankan..

Aidanatasya said...

Salam mastura,
sy setuju sgt.. Dulu pun sy letak lagu, bila da start blaja mcm mana nak tarik pembaca, start buang yg x ptt.. Widget hanya memberatkan blog, lagu hanya buat bingit telinga heheh..

nennazrin nour said...

hye , ayat dalam entry 2 x boleyh nak wat hape , laen orang laen cara dyer taip . so if x paham , wat2 paham je lah .

::Mastura Zakaria:: said...

aida:betul2...
nennazrin: ye lah kot..cara masing-masing...

NUR AYNIE said...

alhamdulilah~~ sumer bende tu xde lagi melekat kat blog aynie hihi..=)

♥yaya budak suka embun♥ said...

kak tora, kami tak kisah sgt kalau blog tu ada lagu. tu leh tima g. tapi hat ada welcome terjojol2 muncul tu yg tak tahannya. rasa nk off laptop truih . HAHAHAHA

gugusan d'Maroom said...

btol 2 .. stju sesgt .. yg ke 2 dan ke 3 tu bley lg sabor tp yg 1st tu tang lagu ishh mmg sy pngkah trus kalo xbley nk stop ..

Ummu Khaulah said...

uhh ! sangat setuju giler dengan awak, mastura !

good job.
bagus entry ni.. ;)

btw, saye datang singgah awak and dah jadik follower awak yang ke 223..

yeay !! hehe;)

moh le jadi follower awak pulok..
kedatangan dan kesudian kome sangat la awok hargai..

ceeewahh !!
kite gegor je, kite gegor je.. hehe !

http://olahasz.blogspot.com

thanks ;)

nana riduwan said...

hik2..
nana singgah balik..
meh join GA nana meh.. :)

::Mastura Zakaria:: said...

aynie:good..good...

yaya:hahahhaha..tu kan seni..haha

gugusan:tu la...xleh nak pause yang leceh tu...

ummu..nanti awok gi gegor sane pulok...

nana:jap nak pi ushar...

HerNameIsSha said...

hehe btul jugak yer.. lagu pasang kt lptop sendiri sudah yer. widget pulak xleh lepas. sbb comel. kalau bahasa boleh je ubah.. kan..

ilanilyana said...

betul2, bak kata anwar hadi bahasa 'eeeewww'. lagi satu tak berkenana lau orang tulis macam ni --> eNtaH aPa-aPa sEkeJaP kEciK sEkeJaP bEsAr.

::Mastura Zakaria:: said...

hehehhehe...keyboard problem kot...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails