nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, April 21, 2011

::TERSADAI DAN TERSIDAI BUAT PERTAMA KALI::

Salam 1 Malaysia dan selamat malam diucapkan buat semua follower, bakal follower, kawan-kawan blogger yang tengah membaca ni, otai blogger seMalaysia dan sewaktu dengannya dan tak lupa jugak pada para stalker yang sudi melawat-lawat site aku ni..erkk!




(Entry berbaur ke'malu'-'malu'an lagi)
Kalau aku taip ke-malu-an ja, kang aku di cop tak senonoh pulak...
Sebelum anda tergolek sebab gelakkan aku, lebih bek dok kat bawah siap-siap(pesanan penaja)




Tatkala aku nak balik tadi, (cerita pun bermula)
Aku dengan rakusnya menggalas beg lappy aku dari opis, nak balik la kui 5 td. Tapi langit suam-suam kuku lak, kompem nak ujan ni....Aku pi keja nek moto ja pun. Sebab target aku nak keta evo tak sampai, maka  aku merajuk ngan tokey kedai tu sebab takmau turunkan harga.




Dari belakang, bila aku nek moto,member opis aku cakap macam turtle, ada 'cengkerang' gitu. Mangkok hayun betoi. Yala sebab, nampak beg dulu dari tuan. Sebab aku takla sebesaq mana. Tapi aku dok ushar gak jarum minyak kat moto aku ni. Baru merah ja, tak cecah 'E' lagi. Esok ja la aku isi minyak.




Aku pun balikla, sedang aku, bawak moto, tiba-tiba slow dan senyap terus. Minyak out!!!dengan kadar otomatiknya jarum minyak terus cecah E. Dahla, aku baru separuh jalan kat highway ni. "Zhaf(nama manja moto aku), janganla macam ni zhaf..huhu..Tak bagi salam terus out. Ingatkan dan sampai esok."Alamak, dengan jisim aku yang 42 kilo ni, cemana pulak aku nak menolak si zafril ni......




Bersambung lagi...

Cuak tahap cipan aku tengah highway tu sengsorang, Dahla aku  sorang tengah highway, sapa aku nak kol nih....Otak aku krem seketika, rasa macam nak kol sekampung tanya sapa buleh tulong aku.Terus capai enfon aku kol mak aku, tapi enfon dok bunyi pulak. Kredit enfon pulak ditahap yang menyedihkan.Dahla nak ujan.




Malu jangan cakapla, memang muka aku rasa tebai 55 kilometer. Dan jugak aku bercakap tanpa henti kat fon tadi dan ayat terakhir aku, "mak tipon balik". Aku dah rasa cam aku cakap jerman. Ha la, cakap kalut-kalut sambil tarik nafas,sambil cover malu,sambil bagitau arah aku. Alamakkkkkkk nebesnya...nebesnya....




Di saat muka aku masih lagi tebai 60 batu nautika,malu punya pasai. Adala sorang brother ni berentikan moto dia dan jalan mai kat aku. Aku memandang beliau dengan tidak berkedip(macam tak pernah nampak orang) selama adala dalam 4-5 saat,(kira paras normal lagi kot).





ala-ala camni muka dia


Dia mai tanya aku 
"kenapa ni, berenti kat sini?"
"minyak abih plak,takleh start dah ni" malu tahap dewa dah time ni.
"takpa, nek moto mai saya tulong tolak sampai stesen minyak"
"eh, takpa kot, sebab saya dah kol orang tadi"
"ish,takpala saya tulong, bahaya ni kat sini, takut orang lain tak perasan satgi naya ja kena, takpa saya tulong tolak"




Aku pun nek jugakla, dah orang nak tulong, lagipun jauh jugak nak pi stesen minyak. Mampuih kalau aku nak tolak....Lega...bila dah nampak MOBIL....




Untuk brother moto ni, tima kasihla sebab tulong tadi, takdan nak tanya ada pesbuk ka, ada blogspot ka.Kalau tak memang komfem aku follow dia..hehehhe....Buleh aku bagi award sekali.Tima kasih daun keladi, takdan nak tanya nama tadi, almaklumla dalam keadaan trauma.Tapi sempat la aku menerima berterima kasih  kat dia.




Dalam dok kalut tu, aku sempat snap pic di tempat kejadian.



 si zafril ni memang tak boley idup dah masa aku start



 janganlaaaaaa ujan time ni... mau kuyup aku



 mana la aku nak cari stesen minyak tegah-tengah highway ni


  serius, malu gila masa ni, rasa cam nak terjun tali ayaq yang ada kat 
sawah tepi pagaq tu pun ada



 sempat lagi aku snap pic masa brother tu tengah tolak,
laju plak dah, sep bek aku boley mengontrol keadaan



si zafril ni basah kena ujan....



Moral : Orang berbudi kita berbahasa, disebabkan cuak terlampau aku lupa tanya nama beliau(padahal aku segan sebenaqnya)hihi....



sekian makluman
(rasa nak gelak lagi)
aku cite kat sepupu aku,kemain sakan dia gelak.huh!






2 comments:

oReO HitaM said...

Esok try lagi skali..kot2 jumpa ngan brader yg sama mana tau..bleh mintak alamat dia p meminang teruih

::Mastura Zakaria:: said...

kalau dia mai minang teruih...memang excited..muahahahhaha..(gatai)...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails