nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, April 28, 2011

::COMELKU KAU AMBIL- COMOTKU KAU BUANG... DI MANA PERASAAN ITU??::

Salam satu Malaysia...and good morning...





Buat yang sedang blogwalking, yang sedang menjenguk entri-entri ni, buat sesapalah jua di mana anda jua berada. Okeh, sebelum aku chow buat keja, aku ambik kesempatan yang sesaat dua ni untuk 'hupdate' entri aku pepagi ni.





Tidakkah kalian sayang kat kucing? Aku tau la, tak semua orang suka kucing. Ada yang tak alert pun ada kucing. Ada yang suka sepak, terajang kucing-mucing( ada ka?) Aku pantang betui la orang yang suka sepak kucing ni. Kot ya pun kalau tak suka, taktau ka kucing tu kan hidupan. Bila hidupan kan ada nyawa, bila ada nyawa kan ada hati dan bila ada hati, jadinya kucing jugak ada perasaan.










Memang la kucing macam ni melambak, tapi janganla pandang rendah kat spesies ni. Aku penah nampak ada orang buang kucing kat masjid, tepi jalan. Helo,tolong laaaaa...kalau tak suka, jangan la bela dari awai. Ni tak, bila kucing tu ada anak, buang ja anak kucing tu tanpa mak dia.Kesian sungguh...










Sanggup jugak ada orang buang kucing atas penang bridge?Pelik laaaaa aku, hangpa dok expect kucing tu nak pi mana bila buang kat tempat macam ni. Saja bagi kucing tu dapat ajal ka? Apa la agaknya cara tragis tu mati? jatuh laut? kena langgaq? wake up la.....Jangan buduh sangat. Pakai kereta mahai, tapi akai tak guna.










Kadang-kadang ada jugak orang yang buang kucing ni dengan anak-anak dia sekali. Kalau takmau, jangan bela dari awai. Jangan bila dah sekerat jalan, dah rasa malas nak bela. Ada yang sanggup pisahkan anak ngan ibu dia. Taukah kalian, ibu kucing jugak ada perasaan?Mestilah ada bila anak dia hilang. Ada yang tak makan, kemurungan (based on apa yang aku tengok).See....??? Tu maknanya dia ada perasaan la. Tapi kadang-kadang manusia sendiri yang takda perasaan. Fikir-fikirkan la....




 





Kesiankan, bila secomel ni ada yang tak sanggup ambik risiko nak jaga? dan memang heart cruel sangat la aku rasa. Walaupun kat tepi umah aku ada surau, kat situ pun jadi tempat buangan kucing. Apa yang hangpa expect kucing tu akan buat kat surau. Aku boleh ja pi beli makanan kucing, sebab aku tak sanggup tengok anak kucing yang baru nak tengok dunia ni luka sana sini, pastu dihurung lalat dan tunggu masa dia.





Dalam hati aku berdoa, semoga kucing ni dapat takdir yang baik. Semoga dilindungi la segala-gala. Tolonglah, jangan buang kucing kalau tak sanggup bela. Tak sanggup la aku tengok yang kena lenyek, tergolek tepi highway. Seriously, aku memang tak boleh tengok.

4 comments:

OreO HitaM said...

org2 mcm ni la yg menyebabkan wujudnya kucing liar

MataHati @ MH said...

sya suka bela kucing tapi lepas kejadian kucing kencing atas komputer tempoh hari, terus minat tu hilang.. kalau nak buang kucing, carilah tempat yg senang utk ia cari makan

:: noremy bte rahmat :: said...

tapi......

takut ngan kucing...


p/s:BW & folo..mehla jenguk belog saya..salam kenal! (^_^)

Azlan Hasan said...

i suka ngan kucing tapi xsuka nak bela..sbb nnt bile da attached takut sedih klu anything bad happen to them..hehehe

Regards,
-Strider-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails