nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, April 27, 2011

:: KRONOLOGI 27 APRIL: EMO SAT SESAAT DUA ::

Salam 1 Malaysia.......and good morning..


(Entry di penghidupan baru)


Haha.macam selama ni tak hidup je. Hahaha....Sebenaqnya lenguh da aku dok reply wish kawan-kawan kat facebook, tu tak masuk email lagi.haha.Macam ramai ja. Tapi lebih pada 10 orang kira ramai la jugak tu kan. jenuh jugak aku dok mereply. Thanks la pada sesapa yang buat birthday wish kat aku. Dah cukup untuk 'mengenang' hari-hari tua aku.




Ada yang tanya, eh berapa tah umuq hang tahun ni.Hehe, aku bukannya sep sangat nak bagitau pun. Ni pun nasibla sempat cecah level ni. Bersyukur sangat, alhamdulillah....




Hahahahah... kat bawah ni aku share antara video yang aku dapat dari facebook aku..cute sehhhhhhh... Kalau nak upload video lain, lama lagi kot nak loading. Tak terloading pulak.









Okeh, ada jugak yang suh cite, celebration tahun bila paling hebat aku kena..Hahahha. Zaman sekolah, tak kena sangatla. zaman kampus la paling hebat pun aku kena.





KRONOLOGI 27 APRIL



Masa sekolah rendah: Celebrate macam besa ja, dulu merengek kat mak aku suh buat hahaha..Mintak ampun mak, masa darjah 6 siap mak tolong paketkan cokelat bawak pi sekolah bagi kat kawan-kawan. Rasa glamer sat sesaat, dua.




Masa sekolah menengah : Celebrate besa-besa lagi, kekasih gelap bagi kad la, (wah)hahahha...banyak dapat kad ja la. Tapi takdala pi celebrate kat pub ka mana ka..hihihi. Normal-normal ja.




Kat hostel( FORM 6): Memandangkan aku dok hostel masa form 6, jadi banyakla junior aku mai tempek kad kat locker, aku dah lupa tepat kul 12 malam tu buat hapa tah. Tapi kami celebrate kontol-kontrol ja takut warden naik dorm. Nak mampuih...Kreatif depa ni. Buat drawing kat kertas lukisan ja. Sekali tengok macam aku penganjur pertandingan "SAPA PALING KREATIF" plak..hahahhahaha




Kat kampus : Yang ni paling tragik aku kena. Masa ni, aku 2nd sem. Dahla bulan 4 dok kalut ngan paper exam, sampai aku sendiri pun terlupa birthday aku esok, sebab dok kalut study. 26hb, malam tu aku pi merayau bilik member tengok movie hapa tah. Kononnya nak release stress sesaat dua.(eh, cukup ka?)hahaah
.



Sekali ada member-member aku dok buat drama spektra kononnya jatuh kat toilet.(Dah plan awai rupanya budak-budak ni). Aku yang dengan muka cuaknya, pi la berlari-lari kat toilet, tengok apa dah jadi. Sebab ramai dok kerumun dia. Aku lak yang rasa nak terrrrpengsan sesaat dua.




Aku pi la tengok, dia kata kaki dia takleh gerak, dahla muka cam nak nangih. Apa lagi gelabah bewak aku, Mau ja aku bawak ambulans sendiri rasa. Sekali sapa la mai simbah sebaldi ayaq sabun breeze atas aku seraya mereka berkata 'HAPPY BIRTHDAY' wo0o0o0o0o0o0o0...hampagas sungguh. 




Basah kuyup aku tepat kul 12. Sejuk ketaq macam biri-biri tadak bulu. Rambut aku huru hara terus kena breeze, kesat siut, dekat dua minggu gak la aku nak pulihkan kesihatan rambut aku nih, hahahha. Dapatla sebungkuih megi ngan tisu muka sepeket (sebab depa takdan beli). Tapi tima kasih naaaa buat tahana kat aku, ingat sampai la.




Umah sewa: Masa ni aku dah sem 4, yang ni aku dah bijak sket, aku takut sejarah mungkin berulang (macam lagu tomok plak). Tengah dok tengok tv best-best tu. Saja ja aku tak semayang isyak awai tu (sebab aku takut depa plan bukan-bukan). Depa ni tunggu time besday ja nak pekena aku pun. So, tengok jam dah 11.55 malam, aku pi ambik wuduk, pi semayang isyak. 




Dah abih semayang isyak aku buat semayang hajat lak, tah semayang sunat hapa ja aku buat lagi. Baca quran la apa la, hahahha.Berjaya! dah depa dok tunggu aku lama sangat tak abih-abih lagi, depa pi tidoq, pakat sms ja wish besday. Kali ni plan aku berjaya!hahah. Syok sat sesaat dua.hahahhahahha.




Time kerja: Dah masuk alam kerja ni, segan sket la nak celebrate. Tahun lepas depa beli kek, tahun ni aku takmau kek. Maleh la, aku suka hari aku sesimple mungkin. Tayah la buat kek la, kenduri sekampung ka, takmau.takmau. Low profile ja. Yang sms aku, yang wish pun, aku dah terharu gila.....





Terima kasih buat semua yang wish birthday aku. Aku ingat, wish-wish yang kalian bagi tu
(mood :emo sesaat dua)


 
sekian, untuk makluman.


5 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Eza Ridzwan said...

loooo..besday ari nie keee..hepi besday dear....musti dpt special present dr boipren nooooo...semoga dipanjangkan umoq, dimurahkan rezeki, diberkati & dirahmati selalu...

sesumpahmerah said...

selamat hari lahir..berbahagia selalu..amin

silantra_gurlz said...

<----- Pengarah Drama

::Mastura Zakaria:: said...

silantra gurlz: hg memang pengarah baekkkkk punya...macam hasan mutalib..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails