nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, April 23, 2011

::RAHSIA DIET:AKU MEMANG TAK PERNAH DIET::

Salam semua pemblogger, selamat beransur malam....


(Entry sharing is more than caring..hehe)


"Apa?TAK PERNAH DIET? Tipulaaaaaaaaaa....."




Selalu jawapan yang macam tu yang aku terima.Ya, betulla aku memang tak pernah diet. Jadi aku amat la terkilan bila aku tak boleh bagi jawapan bila ada orang tanya 
"Hang ni diet cemana, still slim macam dulu, aku ni bagai di pam-pam, makan pun tak boleh banyak" 




Selalu je ada orang nak bagi lemak kat aku, hihi. Kalau boleh di bluetoothkan, aku pun redha ja. Tapi nak buat cemane, bab makan aku memang laju. Dalam sehari, hidup aku tak sah kalau tak makan nasi. Sehari ja, dah 2,3 kali aku makan nasi. Tengok,macam mana laaaaaa aku nak bagi tips diet.




Tapi walaupun makan berkilo-kilo sehari, aku tak jugak mem'besar' bagaikan juara. Dengan tinggi aku yang 160 cm ni, rekod paling berat pernah aku catat 43kg ja. Tu pun dah dikira paling berat. Kalau la, sehari tu aku puasa,, berat aku turun boleh cecah cun-cun 40kg ja.




Aku makan apa-apa ja, aku tak cerewet sangat bab-bab makan ni. Tau je lah, kat Penang ni kan ibarat syurga makanan. Segala benda ada, aku makan apa-apa ja selagi halal dan boleh di makan. Tabiat makan aku pun kadang-kadang tak ikut time dan pola yang betui. Agak aku lapaq ja, makan, makan, makan ja keja aku. Tapi aku taktau la kat mana yang bocor, sampai aku tak membesorrrrrrr dengan jayanya.




BMI aku pun tak seimbang sebab berat tak matching ngan tinggi, patutnya dengan ketinggian 160 cm tu aku kena tingkatkan berat cecah 48kg.Huiiiiiiiiiiiiii, sangat susah nak capai target tu. Bagi aku la. Bila ada orang tanya aku, amalkan diet apa, berkerut-kerut aku dok mikir. Taktau nak cakap apa.hehehehhe





Kadang-kadang orang kata aku ni dari baka yang memang kurus dah(macam kucing ja). Tapi, aku pun tak pasti la faktor kegemukan atau kekurusan seseorang tu bergantung pada keturunan. Aku rasa rumors ja kot. Tak semestinya betui macam tu. 





Aku memang tak nafikan, aku memang kuat makan tapi ikut mood jugak la. Kalau mood nak makan aku mai, orang lain sepinggan nasi ja. Aku boleh harung dua pinggan terus. Macam bela hantu ja. Semua orang terkojutt..Bila orang torkojut camtu, aku pun mula la nak gelabah biawak, apa salah aku pulak ni.haha




Tapi satu ja, aku memang tak lalu megi. Last aku makan pun masa tingkatan 2.La ni aku dah keja pun. Even beli megi pun aku tak pernah.hahaha, dan aku paling tak suka megi. KFC,McD tu dan segala yang western ni aku cepat muak. Sekali-sekala makan okla, tapi kalau makan selalu aku tak boleh blah la ngan selera aku ni. Aku selera kampung ja. Bukan tekak jenis high taste sangat. Sebab aku sumbat ja apa yang boleh masuk.




Okeh, secara konklusinya, tiada la menu diet yang aku amalkan, dan janganla cakap aku dok berahsia sorok jadual pemakanan aku. Memang tiada sebarang secret recipe.Hehe, eh, ada orang nak belanja aku tak? terpikir nak makan lagi walaupun baru ja makan.






Moral of the story: serius takda tips..hahha



sekian untuk makluman.





3 comments:

OreO HitaM said...

Penang is heaven..
x sabaq nak balik reja sana

NUR AYNIE said...

best nyer kurus huhuU~~

::Mastura Zakaria:: said...

oreo:mai.mai...
aynie:hehehheheehhe...dalam usaha nak naikkan berat ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails