nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, April 26, 2011

::BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH::

Salam 1 Malaysia....




Nampaknya masih tak terlambat untuk aku join segmen ni. Al-maklumla kat opis tadi tak sempatla menaip cite macamni.Maunya bos aku kalau mai, tak ka naya. Free ja kena tanpa caj tambahan.muahaha. Memandangkan malam ni cuaca agak tenang untuk aku mengupdate, maka boleh la aku update sepatah dua.(macam berpatah-patah dah ni).







Sapa yang rasa-rasa nak melibatkan diri dalam usaha 'mengenang' sedas dua mai klik sini



Okeh, alkisahnya aku ni takla ganas sangat time sekolah dulu, 7 tahun ooo aku kat sekolah ni. Dari tingkatan 1 sampai laaaaa tingkatan 6. Kalau ada tingkatan 7, 8 aku aku komfem mak aku suh pi sekolah lagi. Motifnya? Aku pun taktau. Mujuqla kerajaan buat takat tingkatan 6 ja.hehe.






Ni lah lencana yang aku dok pelekat kat tudung sekolah aku. Nak mampuih tadak natang ni, tak berkaliberlaaaaa aku nanti.haha.






Yang kat atas ni sekolah aku SEK. MEN. KEB. PENANTI. Memandangkan time aku sekolah dulu, tak berapa reti sangat bab-bab kamera digital,so tak dapek la aku nak meng'hupload' gambaq aku yang kecik dan tirus itu.muahahahaha. Sapa nak tengok aku pi google ja la. kot-kot la terselit barang sekeping-dua.muahahahhaha.




Pengalaman yang pahit-pahit tu, kepala aku tak boleh nak detect sangat sebab aku memang takla femesssss sangat kat sekolah, sekadar ya-ya an ja. Bab-bab tangkap orang aku paling suka...perghhhhhhh..best tuuuu, maklumla bila dah jadi pengawas form 6, senior pulak tu. Apa lagi, berlagak tak henggattttt.hahahha...Cikgu bukan nak kata apa sangat, sebab dah senior, pandai-pandai la. Bab bagi arahan kat pengawas junior aku paling suka. Tapi aku buat kerja belakang tabir ja (alaaaa...cakap belakang ja). Takut gak kalau aku yang kena hentam ngan junior.hahahhaha....




Cuma yang aku paling tak boleh blah bila jadi biro perhimpunan. Asyik akuuuuuuuuuuuuuu ja muka 'bidan terjun' bila ada emcee yang tak mai. Gila babun punya ketaq.....Aku ni dahla darah gemuruh jiwa punya. Asai nak pegang mic ja aku nak pengsan, fobia gila ngan mic. Tapi kalau dah pegang tak buleh nak lepas pulak. Sekali, bila cakap ja ada emcee tak mai, semua dok tengok muka aku ja! buat-buat pengggsannnnnn sesaat...Kena mai time assembly minggu english lagi mampuih. Kalau aku cakap, cikgu kata macam cakap jerman. Aku yang cakap aku ja la yang paham. Sapa suruh aku kan?




Paling tak pun giliran aku bulan depan, bulan ni dah aku prektis make perfect. Ni kena pengawas tak mai, memang alih-alih muka aku la emcee. Dok merapu apa kat assembly pun aku taktau. Nasibla ada skrip time tu.hahahha. Jangan laaaa dok pulun suh aku cakap takdak skrip, mau ja aku buat poco-poco depan tu sambil nyanyi lagu sekolah ( errr...kat penang haram ka x?heeee)




Tapi yang best jadi emcee satu ja.... Sebab aku suka pakai blazer, berdiri dan cakap kat depan.wahhhhha...gila kuasa!dah macam ADUN.wohhooo....Siap ada orang mai offer nak jadi adik angkat aku sebab nak merasa jadi adik emcee.hahahhaha..Aku terus gelak tanpa dapat dikontrol-kontrol. Macam mangkuk tingkat plak.

Lagi satu jawatan aku
FORM 1 : Bendahari
FORM2 : Bendahari lagi
FORM 3: Memang bendahari jugak
FORM 4 : Lagi sekali bendahari
FORM 5 : Pun bendahari jugak
FORM 6(B) : Bendahari buat kesekian kalinya
FORM 6 (A) : Tahun last bendahari kat sekolah
Masuk U : Bendahari jugak......




Muka aku ada cop ka 'CETI KUTIP DUIT?'..... La ni keja pun bendahari lagi...arggh! Selamatkan aku...........Kalau kat dinding sekolah tu ada gambaq bendahari, aku rasa muka aku dah tiap-tiap tahun dok pelekat kat kantin sekolah tu.huhuhu...





sekian, untuk makluman

7 comments:

Woofer Storm said...

kenangan masa dulu memang susah nak lupakan..

*mood nak ke sekolah balik..heheeeee gud luck

::Mastura Zakaria:: said...

hehe...ya betul..betul..betul...

MataHati @ MH said...

ohh mcm tu mcm ni..
err..lagi best kalau tampal sekali gambar masa jadik student dulu..huhu

iekah said...

aii..jalan2 singgah sini..
tgk ur entry dari blog abg ben..=)
follow u...

nt senang2 singgah la my bolg..=')

mizzkechique said...

wahh..dh macam along lak.. haha

::Mastura Zakaria:: said...

hahahha..memang da mcm along..

sueMUNCET said...

datang singgah.. ;)

zaman persekolahan memang best! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails