nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, April 30, 2011

:: HADIAH PUISI DARI PENULIS SENJA::

Hai....Salam 1 Senegeri dan senegara........






Mengupdate lagi keja aku petang-petang macamni.hahhahahha. Lantaklor...dah aku suka...... Okehla, baru tadi aku join segemen penulis senja. Tengok-tengok terbertuah la pulak. Hahahah. Jarang aku nak jadi bertuah ni. Dah siap dapat puisi lagi. Huihhhhhhhh.aku suka...aku suka....




ni aku nak menayang sket puisi aku dapat tadi.....hehehe. Thanks so much la ye PS....Terharu gilosss ni (sambil sengih-sengih). Simptom ke'excited'tan menjelma pulokkkk..








Perghhhhhhhh...cair tuuuuuuuuuuuuuuuuu...hahahhha... Sapa nak tengok pemenang puisi lagi, mehla rajin-rajin klik sini



P/S ; Errrr..PS buat sambungan lagi boleh dop?hahahah...mulalaaaaa bagi betis nak paha..mode:terharu lagi nih.hehe






sekian, untuk makluman.

::MAIN-MAIN DENGAN TELUR? ::

Salam 1 Malaysia.....





Apabila bercakap tentang telur ni, ada jugak orang yang dok tanya aku. "Cemana eh, nak kenai telur tiruan ka telur betui?"






Ada orang cakap kat aku telur tiruan macam ni lah macam tu lah, story telling macam-macam sampai aku pon konfius dah. Yang mana satu yang betuinya. Setakat ni, aku tak pernah lagi jumpa yang sedemikian rupa. Yang kulit licin la hape menda tu semua. Aku tak pasti isu telur ni betul-betul ada ka atau saja ja nak create rumors.






Tapi satu la aku nak bagi peringatan buat pengguna, aku nak sarankan sesapa yang baca entri ni, pilihla telur yang baik. Sebagai pengguna, andalah yang membuat penilaian yang sepatutnya. Takkan hangpa nak tunggu kementerian pengguna ja bertindak. 





Contohla aku bagi na, kalau hangpa tengok kat pasaraya A, telur macam tak berkualiti berbanding pasaraya B, takkan nak membeli kat pasaraya A jugak. Kalau nak dengaq aduan pengguna ni memang macam- macam. Ada yang cakap kat aku, report pasai nu, pasai ni. Jangan report belakang ja. Tak boleh nak ambik apa-apa tindakan susulan.





Apa-apa pun gambaq kat bawah ni aku grab ntah dari mana-mana ja.Pandai jugak depa ni main dengan telur kan? macam-macam hasil seni pulak yang jadi.kretif...kreatif....hehehhe. Tapi aku kalau buat telur macam ni, sure mak aku bising sekampung punya.hahahahha. Orang nak makan, ni tak dok buat mural plak atas kulit dia.hahahahahha










































sekian, untuk makluman.

::JOM JOIN SEGMEN PS::

Salam 1 Malaysia.......and selamat bercuti di pagi sabtu yang (wah, syoknya cuti) indah ini..heeeeee =)






Macam besa aktibiti aku, lepas breakfast, buka lappy aku yang kiut nih, cari segmen....wahhhhhaaaaaa..... nampak pulak segmen by penulis senja ni. Apa lagi, join je la. Saja nak menyemakkan keadaan dan tambahkan kesesakan lalu lintas....hehehe








Wahhhh...dah tukaq baru ka header ni..hehee. Bila tengok header ni tetiba pulak aku rasa wah, bertuahnya aku bila berumah kat kampung ni. Syok o0o0o0...boleh tengok view yang macam kat atas ni. Tapi kalau kat rumah aku takdakla nampak view macam ni sebab terlindung ngan pokok-pokok. Dulu kalau aku nak tengok sunset, aku panjat pokok rambutan depan rumah.heheheh. Dulu la, la ni tak panjat dah. Jaga keayuan..wahahahaa.





Bila ditanya sebab apa la aku suka sangat join segmen-segmen macam ni, haaaaaa..ni soalan yang sokmo dah aku jawab, dan macam jawapan standard aku, aku nak tambahkan kawan-kawan blogger aku, tambahkan silent reader aku..hahahhaha. Macam aku tau-tau ja ada silent readers. Sudi-sudilah follow blog aku yang cerah ni.





Bagi aku, blog PS ni memang comey dah. Dengan view camtu, sejuk ja bijik mata aku. Takyah nak pi panjat pokok dah, boleh pi tengok view sunset kat laman PS pulak..heehheheheheh....So far, ok dah. nak masuk pun senang la jugak.........Okehla, bagi sapa yang nak tiru aku join, hahahahhaha mai klik sini.





Sapa yang takmau join tu, jangan la sambung tidoq.....Dah siang ni..muahaahaahah. Okeh, sebelum aku lupa menurut perintah tuan tanah, maklumat yang perlu disampaikan adalah:


EXPIRY DATE : 30 APRIL 2011
BERSAMAAN 26 JAMADIL AWAL 1432H
eh, harini laaa...apa lagi..cepat la..
JAM : 12 TENGAH HARI





sekian, untuk makluman.

Friday, April 29, 2011

:DUKE AND DUCHESS OF CAMBRIDGE::

Salam 1 Malaysia.....


Wah...aku nak update gambo ex-classmate aku..hahhahah(perasan gilossss)...yang mana tadi resepsi depa. Tapi aku takleh pi. Sebab takut tak sempat balik, sok ada kenduri pulak..hihihi..




‘Duke’ dan Duchess of Cambridge’ itulah gelaran yang bakal disandang Putera William dan Kate Middleton.
Gelaran dianugerahkan Ratu Elizabeth, sempena perkahwinan pasangan diraja itu, petang tadi.




Apa-apa pun Kate memang tabah la jugak kan, berapa tahun eh?8 tahun ka?bukan senang o0o0o nak kawen ngan anak raja.....cantik la dress dia tadi kan?mantoppp gitu. Layan je la gambaq depa ni, sementara aku nak pi cari katak lain lagi...kot-kot la kiss jadi putera ka..wauuuuu...mau gilos aku.hahahahha

























Tu gambaq selingan ja..kat bawah ni masa upacara tadi. Takdan pulak nak tengok Sultan Mizan kat tv tadi.


































Nak tengok lagi, tengok kat  BEAUTIFUL NARA, macam-macam ada.....




sekian, untuk makluman.

::BESTNYA DUDUK DI TERATAK PINKY MOMMA ;) ::

Salam 1 Malaysia...dan......
sekali lagi aku mengupdate..hihihihi...(sebelum balik keja)




Petang-petang macamni idea nak update hilang tiba-tiba.....lupa dah apa aku nak 'hupdate' tadi.hahahha..gilosss toi. Okehla, buat ringan-ringan sket rem kepala aku nak mencari entri yang bakal diupdate nanti, eloklah kiranya aku join bloglist dulu.




Sapa yang dok tengah serabut kepala tu mai la join aku join segmen ni. Brought to you by PINKY MOMMA.... wuhuuuuuuu..pewwit (da macam announcement kat playground plak).hahahha, lantakla.... so maka dengan ini aku dengan sukacitanya meletakkan banner beliau sebagai penghias entri ini..muahahaha...






Memandangkan PINKY MOMMA memberi mandat untuk aku kata apa-apa ja lah untuk halaman blog beliau, maka aku pun nak katalah...wah! pink nya..heheheh...Janganla aku terjangkit kaler pink-pink ni....Tak sesuai ngan aku kot....hahhahaah.....Dulu-dulu aku suka pink, tapi start la ni aku dah tak berapa nak obses sangat ngan pink. Taktau la pasaipa, aura dah hilang kot.




Tapi apa-apa pun, aku dah follow blog PINKY MOMMA ni, walaupun aku fobia sket ngan pink ni....hehehe....Ha, yang korang ni, takkan bace entri ni je, mehle ramai-ramai gi melawat halaman PINKY MOMMA yang tak bersawang ni walaupun dia menggunakan laman sesawang nih (eh, apa aku cakap?) 




Sapa nak join meh la KLIK SINI. Haaaa...amek kau.Beso sunggu link dia, kalau tak nampak lagi taktau la..hahahhaha...






Pemberitahuan daripada pihak penganjur:

EXPIRY DATE : 1 MEI 2011
bersamaan hari buruh(aku dapat cuti ari senin)
dan bloglist akan diupdate pada hari senin a.k.a senayan!
wallaaaaaa..




sekian, untuk makluman.

::BETUL KE LELAKI BERMISAI NAMPAK LEBIH SEKSI?::

Assalamualaikum buat semua blogger yang sedang baca entri ni.
Dah makan?





Ada yang cakap itu "weiii...seksi apa lelaki ada misai?" Aku gelak ja..taktau nak cakap seksi ka hapa.hahahha. Tapi buat masa la aku lebih suka tengok lelaki yang tak bermisai. Entahla, aku rasa serabut kot, hahahhaha. Lagipun aku rasa geli la pulak tengoknya.hehhehe.





Cuba tengok gambaq-gambaq kat bawah ni? nampak seksi ka ataupun geli geleman? Misai kucing ja yang aku suka main....hehehehe.....Kadang-kadang aku tengok misai kucing aku ada yang patah-patah dah....haishhhhhh




Tapi, kalau tanya aku, aku prefer tengok yang tak bermisai..hehehhe.Taktaula, rasa rimas kot tengok yang bermisai ni, hehehehe. Apa- apa pun ada yang suka simpan misai pastu trim buat bentuk macam-macam. Kalau sesuai ngan muka ok la jugak, tapi ada yang buat pelik-pelik buat orang geli ja.haha





































Seksi ka? seksa..?hahahahha.






Ni misai kucing..hahhahaha.misai jarang ni nampak 'macho'la bagi aku
(eh, kucing ni betina ka?)haha





 Sebenaqnya yang ni misai kucing nya...hehehehheh....







Tapi yang ni agak comey kan????
errrr...warga emas dah ka ni..hahahhaha




Lelaki pilihan anda?tidak bermisai?bermisai?hehhehehe....apa pun...anda mampu mengubahnya...






Sekian, untuk makluman.

::SAPA PUNYA MOTOR NI?::

Salam 1 Malaysia and god morning guysssssssssssssss(excited terrrlajak)..




Memandangkan semalam aku terrrrrrrrrramatla kesakitan ke'kepala'an yang teramat sangat. Semalam  kalau ada kol pun memang aku tak terlayan. Sebab aku kalau dah sakit kepala, memang percentage mood aku menurun sket..huhuhuh. Tapi kalau dah kena activefast, memang lega gila.





Semalam sempat la jugak, aku jalan kat luaq, dahla takdan nak update entri. Sabo je la. Okeh, dah aku jalan-jalan ni aku jumpa laaaaa satu motor yang jarang dijumpai pada saat dan ketika ini. Memandangkan la ni cuaca pun susah nak predict. Sat ujan, sat tak. So, aku rasa ni salah satu idea yang agak patut dikagumi (sambil gelak kecik ja).









Hehe.Kreatif dak? Siap ada payung panjang tu,heheheh...Tersentuh jugak la aku,hehehehhe.Ye lah, moto tak berbumbungkan. Susah jugak kalau hujan, kena berlindung bawah jambatan ja. Takpelah, tapi sep minyak oooo.





Sekian, untuk makluman.

Thursday, April 28, 2011

::COMELKU KAU AMBIL- COMOTKU KAU BUANG... DI MANA PERASAAN ITU??::

Salam satu Malaysia...and good morning...





Buat yang sedang blogwalking, yang sedang menjenguk entri-entri ni, buat sesapalah jua di mana anda jua berada. Okeh, sebelum aku chow buat keja, aku ambik kesempatan yang sesaat dua ni untuk 'hupdate' entri aku pepagi ni.





Tidakkah kalian sayang kat kucing? Aku tau la, tak semua orang suka kucing. Ada yang tak alert pun ada kucing. Ada yang suka sepak, terajang kucing-mucing( ada ka?) Aku pantang betui la orang yang suka sepak kucing ni. Kot ya pun kalau tak suka, taktau ka kucing tu kan hidupan. Bila hidupan kan ada nyawa, bila ada nyawa kan ada hati dan bila ada hati, jadinya kucing jugak ada perasaan.










Memang la kucing macam ni melambak, tapi janganla pandang rendah kat spesies ni. Aku penah nampak ada orang buang kucing kat masjid, tepi jalan. Helo,tolong laaaaa...kalau tak suka, jangan la bela dari awai. Ni tak, bila kucing tu ada anak, buang ja anak kucing tu tanpa mak dia.Kesian sungguh...










Sanggup jugak ada orang buang kucing atas penang bridge?Pelik laaaaa aku, hangpa dok expect kucing tu nak pi mana bila buang kat tempat macam ni. Saja bagi kucing tu dapat ajal ka? Apa la agaknya cara tragis tu mati? jatuh laut? kena langgaq? wake up la.....Jangan buduh sangat. Pakai kereta mahai, tapi akai tak guna.










Kadang-kadang ada jugak orang yang buang kucing ni dengan anak-anak dia sekali. Kalau takmau, jangan bela dari awai. Jangan bila dah sekerat jalan, dah rasa malas nak bela. Ada yang sanggup pisahkan anak ngan ibu dia. Taukah kalian, ibu kucing jugak ada perasaan?Mestilah ada bila anak dia hilang. Ada yang tak makan, kemurungan (based on apa yang aku tengok).See....??? Tu maknanya dia ada perasaan la. Tapi kadang-kadang manusia sendiri yang takda perasaan. Fikir-fikirkan la....




 





Kesiankan, bila secomel ni ada yang tak sanggup ambik risiko nak jaga? dan memang heart cruel sangat la aku rasa. Walaupun kat tepi umah aku ada surau, kat situ pun jadi tempat buangan kucing. Apa yang hangpa expect kucing tu akan buat kat surau. Aku boleh ja pi beli makanan kucing, sebab aku tak sanggup tengok anak kucing yang baru nak tengok dunia ni luka sana sini, pastu dihurung lalat dan tunggu masa dia.





Dalam hati aku berdoa, semoga kucing ni dapat takdir yang baik. Semoga dilindungi la segala-gala. Tolonglah, jangan buang kucing kalau tak sanggup bela. Tak sanggup la aku tengok yang kena lenyek, tergolek tepi highway. Seriously, aku memang tak boleh tengok.

Wednesday, April 27, 2011

:: MEMANG ADA BANGKU KOSONG::

Salam 1 Malaysia.........


(Update lagi entry di malam sempena besday aku ni)
wahhaaaa..promo jap.




Oh....sebenarnya BANGKU KOSONG kadang-kadang tersedia di mana saja..hehehhe..Mesti hangpa dok pelik natang hapa la yang aku dok ngarut malam ni. Hahahha..takda la sebenonya aku ajak semua penggiat blog marilah sama-sama kita join bloglist bangku kosong.



Apa?taktau?haaa...untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah klik sini.Nanti barula korang tau...Oh, lupa pulak aku nak copy bloglist aku....sat...sat...










Ha...sapa nak skodeng pi cari tepi bloglist aku tu, agak-agak nama cam ada ejaan BANGKU tu, pi la terjah. Mana laaaa nak tau kot-kot ada yang teringin terjah beliau.hehehe.....






Oh, menurut bangku kosong:

EXPIRY DATE: berkuatkuasa tengah malam ni




sekian, untuk makluman.

::APA FAEDAHNYA KAU JOIN BLOGLIST?SEGMEN?::

Salam 1 Malaysia......



(Entry berbaur agak provokasi)

Ada orang tanya aku? Apa motifla masuk menda-menda yang tak mendatangkan 'hasil' ni? hahahaha.. Macam nak gelak pun ada. Tapi tak bekkk o gelakkan orang,(walaupun aku sedikit sengih-sengih ja).hehehehhe



 
Memang. Memang aku suka gila bila nampak segmen ke bloglist ke. Sebabnya. Salah satunya kadang-kadang idea aku kering kontang, taktau nak cerita apa. Tu yang aku suka join bloglist orang ni....




Kalau orang tanya aku, apa faedah?senang ja jawapan aku. Aku memang suka kawan dan berkawan dan berkawan. So takla salah kalau aku ambik inisiatif pi blogwalking kat blog orang, yang aku rasa cantik, tertarik, tu aku follow. 





Bab jalan memang terserah kat aku. hahahaha. Aku jalan ja(kat blog laaa) mana aku suka. Kalau aku suka entry menarik, aku join la komen-mengomen, jerit-menjerit kat shoutbox. Kan best tu. Sambil tu bolehla memancing guna umpan untuk orang singgah blog kita.





Tapi salah satu cara aku paling tak suka komen, ok dah follow sini....nanti follow me back. oooo no no no no, no no no no dont lie....hahahha(macam lagu ja ni). Aku tak suka jerit macam ni kat shoutbox orang. Buatpa kita nak paksa orang kan? suka hati dia la nak follow ka takmau. Helo, kita ni bukan lah macam tu caranya nak cari publisiti.




Tapi kalau orang drop komen, atau tinggalkan jejak kat entry-entry aku, insyaallah aku follow. Aku ikhlas ni...hehehehhe. Jadilah kita mencari kawan yang boleh kongsi idea. Kan baguih tu...Lagipun berkawankan biar beribu?tak gitu?





Sekian, untuk makluman.

:: KRONOLOGI 27 APRIL: EMO SAT SESAAT DUA ::

Salam 1 Malaysia.......and good morning..


(Entry di penghidupan baru)


Haha.macam selama ni tak hidup je. Hahaha....Sebenaqnya lenguh da aku dok reply wish kawan-kawan kat facebook, tu tak masuk email lagi.haha.Macam ramai ja. Tapi lebih pada 10 orang kira ramai la jugak tu kan. jenuh jugak aku dok mereply. Thanks la pada sesapa yang buat birthday wish kat aku. Dah cukup untuk 'mengenang' hari-hari tua aku.




Ada yang tanya, eh berapa tah umuq hang tahun ni.Hehe, aku bukannya sep sangat nak bagitau pun. Ni pun nasibla sempat cecah level ni. Bersyukur sangat, alhamdulillah....




Hahahahah... kat bawah ni aku share antara video yang aku dapat dari facebook aku..cute sehhhhhhh... Kalau nak upload video lain, lama lagi kot nak loading. Tak terloading pulak.

video




video




Okeh, ada jugak yang suh cite, celebration tahun bila paling hebat aku kena..Hahahha. Zaman sekolah, tak kena sangatla. zaman kampus la paling hebat pun aku kena.





KRONOLOGI 27 APRIL



Masa sekolah rendah: Celebrate macam besa ja, dulu merengek kat mak aku suh buat hahaha..Mintak ampun mak, masa darjah 6 siap mak tolong paketkan cokelat bawak pi sekolah bagi kat kawan-kawan. Rasa glamer sat sesaat, dua.




Masa sekolah menengah : Celebrate besa-besa lagi, kekasih gelap bagi kad la, (wah)hahahha...banyak dapat kad ja la. Tapi takdala pi celebrate kat pub ka mana ka..hihihi. Normal-normal ja.




Kat hostel( FORM 6): Memandangkan aku dok hostel masa form 6, jadi banyakla junior aku mai tempek kad kat locker, aku dah lupa tepat kul 12 malam tu buat hapa tah. Tapi kami celebrate kontol-kontrol ja takut warden naik dorm. Nak mampuih...Kreatif depa ni. Buat drawing kat kertas lukisan ja. Sekali tengok macam aku penganjur pertandingan "SAPA PALING KREATIF" plak..hahahhahaha




Kat kampus : Yang ni paling tragik aku kena. Masa ni, aku 2nd sem. Dahla bulan 4 dok kalut ngan paper exam, sampai aku sendiri pun terlupa birthday aku esok, sebab dok kalut study. 26hb, malam tu aku pi merayau bilik member tengok movie hapa tah. Kononnya nak release stress sesaat dua.(eh, cukup ka?)hahaah
.



Sekali ada member-member aku dok buat drama spektra kononnya jatuh kat toilet.(Dah plan awai rupanya budak-budak ni). Aku yang dengan muka cuaknya, pi la berlari-lari kat toilet, tengok apa dah jadi. Sebab ramai dok kerumun dia. Aku lak yang rasa nak terrrrpengsan sesaat dua.




Aku pi la tengok, dia kata kaki dia takleh gerak, dahla muka cam nak nangih. Apa lagi gelabah bewak aku, Mau ja aku bawak ambulans sendiri rasa. Sekali sapa la mai simbah sebaldi ayaq sabun breeze atas aku seraya mereka berkata 'HAPPY BIRTHDAY' wo0o0o0o0o0o0o0...hampagas sungguh. 




Basah kuyup aku tepat kul 12. Sejuk ketaq macam biri-biri tadak bulu. Rambut aku huru hara terus kena breeze, kesat siut, dekat dua minggu gak la aku nak pulihkan kesihatan rambut aku nih, hahahha. Dapatla sebungkuih megi ngan tisu muka sepeket (sebab depa takdan beli). Tapi tima kasih naaaa buat tahana kat aku, ingat sampai la.




Umah sewa: Masa ni aku dah sem 4, yang ni aku dah bijak sket, aku takut sejarah mungkin berulang (macam lagu tomok plak). Tengah dok tengok tv best-best tu. Saja ja aku tak semayang isyak awai tu (sebab aku takut depa plan bukan-bukan). Depa ni tunggu time besday ja nak pekena aku pun. So, tengok jam dah 11.55 malam, aku pi ambik wuduk, pi semayang isyak. 




Dah abih semayang isyak aku buat semayang hajat lak, tah semayang sunat hapa ja aku buat lagi. Baca quran la apa la, hahahha.Berjaya! dah depa dok tunggu aku lama sangat tak abih-abih lagi, depa pi tidoq, pakat sms ja wish besday. Kali ni plan aku berjaya!hahah. Syok sat sesaat dua.hahahhahahha.




Time kerja: Dah masuk alam kerja ni, segan sket la nak celebrate. Tahun lepas depa beli kek, tahun ni aku takmau kek. Maleh la, aku suka hari aku sesimple mungkin. Tayah la buat kek la, kenduri sekampung ka, takmau.takmau. Low profile ja. Yang sms aku, yang wish pun, aku dah terharu gila.....





Terima kasih buat semua yang wish birthday aku. Aku ingat, wish-wish yang kalian bagi tu
(mood :emo sesaat dua)


 
sekian, untuk makluman.


Tuesday, April 26, 2011

::BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH::

Salam 1 Malaysia....




Nampaknya masih tak terlambat untuk aku join segmen ni. Al-maklumla kat opis tadi tak sempatla menaip cite macamni.Maunya bos aku kalau mai, tak ka naya. Free ja kena tanpa caj tambahan.muahaha. Memandangkan malam ni cuaca agak tenang untuk aku mengupdate, maka boleh la aku update sepatah dua.(macam berpatah-patah dah ni).







Sapa yang rasa-rasa nak melibatkan diri dalam usaha 'mengenang' sedas dua mai klik sini



Okeh, alkisahnya aku ni takla ganas sangat time sekolah dulu, 7 tahun ooo aku kat sekolah ni. Dari tingkatan 1 sampai laaaaa tingkatan 6. Kalau ada tingkatan 7, 8 aku aku komfem mak aku suh pi sekolah lagi. Motifnya? Aku pun taktau. Mujuqla kerajaan buat takat tingkatan 6 ja.hehe.






Ni lah lencana yang aku dok pelekat kat tudung sekolah aku. Nak mampuih tadak natang ni, tak berkaliberlaaaaa aku nanti.haha.






Yang kat atas ni sekolah aku SEK. MEN. KEB. PENANTI. Memandangkan time aku sekolah dulu, tak berapa reti sangat bab-bab kamera digital,so tak dapek la aku nak meng'hupload' gambaq aku yang kecik dan tirus itu.muahahahaha. Sapa nak tengok aku pi google ja la. kot-kot la terselit barang sekeping-dua.muahahahhaha.




Pengalaman yang pahit-pahit tu, kepala aku tak boleh nak detect sangat sebab aku memang takla femesssss sangat kat sekolah, sekadar ya-ya an ja. Bab-bab tangkap orang aku paling suka...perghhhhhhh..best tuuuu, maklumla bila dah jadi pengawas form 6, senior pulak tu. Apa lagi, berlagak tak henggattttt.hahahha...Cikgu bukan nak kata apa sangat, sebab dah senior, pandai-pandai la. Bab bagi arahan kat pengawas junior aku paling suka. Tapi aku buat kerja belakang tabir ja (alaaaa...cakap belakang ja). Takut gak kalau aku yang kena hentam ngan junior.hahahhaha....




Cuma yang aku paling tak boleh blah bila jadi biro perhimpunan. Asyik akuuuuuuuuuuuuuu ja muka 'bidan terjun' bila ada emcee yang tak mai. Gila babun punya ketaq.....Aku ni dahla darah gemuruh jiwa punya. Asai nak pegang mic ja aku nak pengsan, fobia gila ngan mic. Tapi kalau dah pegang tak buleh nak lepas pulak. Sekali, bila cakap ja ada emcee tak mai, semua dok tengok muka aku ja! buat-buat pengggsannnnnn sesaat...Kena mai time assembly minggu english lagi mampuih. Kalau aku cakap, cikgu kata macam cakap jerman. Aku yang cakap aku ja la yang paham. Sapa suruh aku kan?




Paling tak pun giliran aku bulan depan, bulan ni dah aku prektis make perfect. Ni kena pengawas tak mai, memang alih-alih muka aku la emcee. Dok merapu apa kat assembly pun aku taktau. Nasibla ada skrip time tu.hahahha. Jangan laaaa dok pulun suh aku cakap takdak skrip, mau ja aku buat poco-poco depan tu sambil nyanyi lagu sekolah ( errr...kat penang haram ka x?heeee)




Tapi yang best jadi emcee satu ja.... Sebab aku suka pakai blazer, berdiri dan cakap kat depan.wahhhhha...gila kuasa!dah macam ADUN.wohhooo....Siap ada orang mai offer nak jadi adik angkat aku sebab nak merasa jadi adik emcee.hahahhaha..Aku terus gelak tanpa dapat dikontrol-kontrol. Macam mangkuk tingkat plak.

Lagi satu jawatan aku
FORM 1 : Bendahari
FORM2 : Bendahari lagi
FORM 3: Memang bendahari jugak
FORM 4 : Lagi sekali bendahari
FORM 5 : Pun bendahari jugak
FORM 6(B) : Bendahari buat kesekian kalinya
FORM 6 (A) : Tahun last bendahari kat sekolah
Masuk U : Bendahari jugak......




Muka aku ada cop ka 'CETI KUTIP DUIT?'..... La ni keja pun bendahari lagi...arggh! Selamatkan aku...........Kalau kat dinding sekolah tu ada gambaq bendahari, aku rasa muka aku dah tiap-tiap tahun dok pelekat kat kantin sekolah tu.huhuhu...





sekian, untuk makluman

:: JOM TEKA LAGU BERSAMA DEYNA83 ::

Salam 1 Malaysia lagi....




Petang yang keboringan ni, aku decided nak join teka lagu...hehehhehehe..Ngada ja aku. padahal keja tak siapkan lagi ni. Hegeh ja nak masuk.hahahhaha
Lagu : Kau tetap dalam anganku/Azie....





Sapa yang rasa nak join mai klik sini. sapa yang boring tahap dewa macam aku boleyla join.



Aku tag cute mum dan jugak  eja. Yang tu ja yang bertuah setakat ni..hehehhee

:: SMS YANG AKU PERNAH DAPAT %*&^@#::

Salam 1 Malaysia





Lepas berpenat lelah berblog-walking serata benua, baru lah aku terasa nak update entry sepotong-dua harini. hehehheh. Di saat kebusangan yang amat di tengah hari buta ni, aku dapati, kurang pulak laaaa blogger yang buat segment bloglist nih. Sunyi la pulak, kalau tak memang aku yang suka menyemakkan segmen orang.haha. 




Sapa nak buat segment invitela aku. Dapat aku pi nyemak dan penuhkan page korang (agagagaga....request tak tahan!haha).





Tengah-tengah aku dok melangut enset aku ni disebabkan keburingan amat,haha. Aku tengok ada ja kawan-kawan aku yang send sms macam-macam. Kengkadang buat aku gelak, kengkadang buat aku emo, kengkadang buat aku rasa nak &^&^$#%%&@#@#$$%%.huhu....










Antara sms-sms yang aku penah dapat:



(Walaupun berpinau mata aku)



AnGkAT tagaN!
inI RoMPaKan!
YaNG HenSEM Ke SeBELah KaNAn!
yaNG lAwA ke SeBelAh KIri!
yANg WaJaHNYa hoDoH ke TeNgaH.
AWak! yE AwK jgn pUrA² bAce SMS!.
cEpAt Ke TeNGah !!



=========================



satu masa dahulu ada 7 org pahlawan…..
hang tuah
hang jebat
hang lekir
hang kasturi
hang lekiu
hang baca


hang BODOH!


=========================



Aku dah fedup betul dengan ko ni! Ko jaga sikit mulut ngko tu!
Apasal ko ni busybody betul!
Habis semua orang ko bagitau yang aku ni… Kiut!



=========================



Ada cinta tapi tiada kejujuran…
Ada kasih tapi tiada kesetiaan…
Ada keikhlasan tapi tiada keluhuran…
Ada kebahagian tapi tiada kesabaran…
Tapi kalau ada ASTRO…
macam macam ada!... Hehe


 
=========================


 
Anak cina di Tanya…

Atuk apa nama? Quat Ngo Rat
Mama apa nama? Quat Ley Ter
Bapa apa nama? Quat Ray Sing
Abang apa nama? Quat Ley Park
Ni.. yang tengah baca sms ni? Quat Ken Tut!



=========================



Lumrah alam… Bila kita susah, tiada siapa yang nak tolong…
Bila kita sepi, tiada siapa yang nak temankan…
Bila kita sakit, tiada siapa yang bertandang…
Tetapi bila kita kentut… Semua orang pandang!



=========================



"Cinta..ibarat kentut..." makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ....... ahhhhhhh lega rasanya.......


=========================



mulau mandan nyawuh ngenengah,
ngunung naik nenyemang ningnga,
anyur madan ningamung nanah,
muni yang maik ningenang nyua..
kesiannya awak.. sengau rupanya!



========================




sekian, untuk makluman.

::TREND RAMBUT LATEST YANG DIGILAI RAMAI::

Salam 1 Malaysia.





(Gaya, mutu dan keunggulan)


Semalam tiduq awai, tak dan nak update entry. Nanti, aku akan reply komen semua secara berkala ye, hehehe. Harini memandangkan aku tak berapa sibuk sebelum aku sibuk (eh!apa aku cakap) aku nak share sket la, fesyen rambut pilihan yang menjadi kegilaan muda-muda remaja la ni.




Fesyen kali ni menampilkan pelbagai model bergaya yang berjaya menyumbang kepada penghasilan baekkkkkkkkkkkkk punya. mesti mereka ni berbangga kerana founder of fashion.hehe.Cayalah!


































































































Kalau macam ni kan comey sket. sejuk hati nak mandang pun.





Moral of the story: Anda mampu mengubahnya =) Renung-renungkan dan selamat beramal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails