Salam 1 Malaysia...
mengupdate entry baru lagi malam ni
dengan cerita yang tiba-tiba buat aku panas ja.
Dahla tak ujan malam ni
hehehhe...
Okeh, malam yang suam-suam kuku ni aku nak share story budak-budak U la ni. Kat area tempat aku pun ada gak U....Tapi aku merahsiakan U apa. Sapa yang tau umah aku mesti tau U apa yang aku maksudkan. Petang tadi saja la aku ronda- ronda ngan kawan aku. Makan kat luaq, walaupun kat umah dah masak tengah hari tadi.Baziaq ja..hehehhe
Bila aku lalu depan U ni, punya la ramai student kat depan kampus.Masing- masing dok melepak kat bus stand, tunggu bas la tu. Ada yang jalan kaki ngan geng, ada yang jalan sorang, ada yang jalan ngan pakwe la kot (aku assume) sebab bersuka ria ja.... Tapi yang aku perasan, dari fesyen depa ni, tambah-tambah budak pompuan.....kena culture shock ka hapa pun aku taktau. Fesyen tah hapa-hapa, aku cuma cam depa ni student sebab nampak kad metrik yang berkaler itu.
Serius aku tak paham mahasiswi la ni.....Ketat-metat oiiiiiiiii..yang mahasiswa pulak, seluaq ala-ala nak londeh tu. Rasa macam nak tolong pi angkat naik ja seluaq depa ni. Helo, hangpa pakai baju macam ni pi kuliah??? ya Rabbi.....depa buat U macam takda protokol, padahal tempat nak tuntut ilmu. Pastu bila exam kalut buat sembahyang hajat segala, harap buleh jawab la hapa la. Tapi masa nak pi tuntut ilmu pun hangpa pakai halai-balai ja. Apa cer???
Agak-agak la der. Aku besa nampak mahasiswa pakai seluaq jeans yang jenis 'carrot' tu nek moto pi kuliah. Eh, helo....pakai jeans 'carrot' pi kuliah? Takda lecturer teguq ka. Atau depa ni yang tak diajaq dressing ethics? Aku dulu pun pakai jugak jeans, tapi takdala jeans yang ala-ala kena clorox tu. Bangga ka pakai macam tu? aku pun tak paham.
Aku ingat dulu masa aku study kat Kelantan, agak 'bersih' la jugak pemandangan aku. Ha...jangan buat main. Maya Karin nak promote Celcom pun kena pakai tudung. Segala billboard kat Kelantan mana ada seksi-seksi. Semua kena pakai tudung. Silap haribulan yang pakai seksi boleh kena saman tau kat Kota Bharu. Bukanla nak kata orang kat Kelantan semua bagussssssssss sangat. Takda pompuan seksi. Ada tu tetap ada la, cuma tak berapa nak nampak teruknya sangat.
Ni, baru masuk U ja, dah pakai macam nak pi hotel. Aku tak paham la. Bukan aku nak mengata kat semua student U, sebab aku pun student jugak dulu, tapi agak melampau la fesyen depa. Jangan heran la kalau ilmu payah masuk, sebab pakai pun dah menaikkan syahwat orang, tapi tolong la pikiaq, adakah bangga sangat pegang status 'mahasiswi' dan 'mahasiswa' kalau cara pakai pun......hampagas toi. Sapa yang tengok dia tau la. Pakai kebaya, kain belah sampai ke lutut. Tapi pakai tudung, Kebaya ikut badan lak tu. Nampak cam pembalut ja. Aku taktau la nak gelak ka nak kesian. Tapi tu lah realiti la ni.
Kalau sapa-sapa yang cakap aku ni gebang la, reka cerita la. Tak percaya, cuba perati student kita la ni. Lastly, sebagai senior (ecehhhhhhhh)betui la......elokla sekiranya diperbetulkan sket etika berpakaian. Supaya orang hormat sket kat student U. Bukan orang tengok sekupang dua ja.... Renung-renungkan...
P/s : Jangan sampai gambaq hangpa dirakam paparazzi untuk diupload kat youtube dah la. Mau pengsan mak bapak kat umah tengok kelaku anak-anak.
2 comments:
kalau tegur , katanya fashion ~
memang...sgt tak beretika....
Post a Comment