nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, April 22, 2011

:: KEPADA Ex-EX-Ex STUDENT SEKOLAH, JANGAN SAMSENG SANGAT, KESIAN STUDENT BARU::

Salam 1 Malaysia lagi,heheehhe....



Memandangkan tiada sebarang komitmen berat sangat pada pagi jumaat yang mulia ni, aku mengambil kesempatan untuk mengupdate entry dengan ucapan jangan lupa semayang jumaat naaaa (buat kaum Adam).




(Entry berbentuk karangan separa skema bergenre balada)
*Sila baca dengan nada emosional yang mendalam dan bukan diprovokasi




Pendahuluan

Setelah hangpa berjaya menaikkan takhta diri, dan selaku ex-ex-ex-ex student (banyak lapih keturunan dah ni), janganla anda menjadi samseng dengan sesuka hati meng'hon' pelajar Lelembut dan lagi beretika ketika dalam perjalanan mereka.




Isi- isi penting:
Isi pertama
Apa yang aku maksudkan adalah bekas pelajar sekolah memandu, awat ingat hangpa terer sangat ka bawak segala bagai kat atas jalan tu. Kesian la aku nengok pelajar L "lelembut" ni dok prektis bawak keta. Kengkadang aku tengok saja ja si kontena lalu, pastu hon student lelembut ni, dahla kawan tu baru belajaq bawak keta atas jalan, tangan baru dok pegang stereng, hangpa plak suka sukuk hati dok ngacau. Eh, tau dak berapa desibel bila sese'ekoq' kontena hon?terrrrrrkojut mampuih......rasa cam nak mati terkejut.






Isi kedua
Aku pun besa jugak first time nak bawak keta ceni. Sempat lagi ada keta potong kat double line. Cesssssssss, macam la tere sangat, helo, dulu hangpa ambik lesen kat mana?tak kena test JPJ ka? tak kena pi dengaq ceramah jalanraya?takda jam memandu ka? aku tak paham. Jangan la membuli, memang la niat nak mengusik, tapi akan membuat cikgu-cikgu stress..... Aku pun stress gak tengok....





Isi ketiga



Ni contoh kontena la, bayangkan kontena macamni dok cilok-cilok tepi budak-budak baru pegang stereng, beringat sket aihhhhhhhhh, janganla cabut nyawa orang..... Bawak secara berhemah la, tak payah dok tunjuk terer, kadang-kadang habehla dimaki budak-budak baru belajaq bila bawak slow, aku pun takla buat samseng depan budak-budak ni, konon nak jadi ex-pelajar  teladan(muahahahahhaha...ada hati) tapi takla aku angkat tangan, hayun-hayun kat jalan tu.huhuhu




Penutup
Jadilah pengguna highway, jalan mini tar, jalan tanah merah, jalan shortcut yang selamat. Anda mampu mengubahnya. Jadilah pembela student yang berwibawa di jalanan.




sekian makluman.

2 comments:

♥nyeto89♥ said...

ngeri nak bawak keta pasni. hahaha

::Mastura Zakaria:: said...

hahahha..jangan la ngeri-ngeri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails